Tanggungjawab Lebih Besar
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang menyatukan dua insan yang membentuk satu keluarga. Perkahwinan adalah merupakan sunnah Nabi kita, Bagi insan yang sudah berkemampuan adalah dinasihatkan agar segera mendirikan rumah tangga demi mengelakkan maksiat berlaku.
Tanggungjawab lebih besar setelah berkeluarga.
Bagaimanapun tanggungjawab bagi kedua insan yang berkahwin yakni lelaki sebagai suami dan wanita sebagai isteri menjadi lebih besar. Kedua-dua insan ini harus sefahaman bertolak ansur dan saling menghargai. Keharmonian sesebuah rumah tangga akan lebih beterusan andai tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah ini dapat dipupuk dan disemai setiap saat dalam hubungan keluarga.
Tanggungjawab akan menjadi lebih lagi besar apabila pasangan suami isteri itu dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang.Di sinilah cabaran dalam rumahtangga dalam membentuk ke arah keluarga sakinah semakin mencabar. hanya dengan amalkan nilai sabar dan sentiasa berdoa kepada Allah kita mampu pertahankan sebuah ikatan keluarga. Kepada pasangan yang hendak mendirikan rumaht angga fikirkan kemampuan, tanggungjawab dan keyakinan bahawa bukan mudah mengharungi onak dan duri manis dan pahit dalam menarajui sebuah rumahtangga.
6 Ulasan
Besar tanggungjawab yang perlu digalas..baik suami mahupun isteri..
BalasPadamtak tau la mcmn alam rumah tnga ni..moga dipermudahkan
BalasPadammoga perkahwinan membawa sakinah yg saadah
BalasPadamSemoga kita dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
BalasPadamMudah2an rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.
Mengembangkan zuriat.
BalasPadamSama2 pikul tanggungjawap yang diamanahkan ...
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.