Alhamdulillah Syukur PadaMu Pada 23 Nov 2016

Alhamdulillah Syukur PadaMu Pada 23 Nov 2016

Penerima Anugerah Tempat 1,2 dan 3 kelas  5Bijak dan 5 Cerdik

Etuza panjatkan kesyukuran kepada Allah yang maha esa kerana memberikan peluang kejayaan kepada anak tersayang Etuza yang bernama Nur Aliya Adibah atas kejayaannya mendapat tempat ke 2 dalam kelas 5 Bijak semester 2 2016. Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna bagi kami sekeluarga.

Tempat pertama di capai oleh Izwandin Bin Jaslin. Memang pelajar ini sangat bersopan santun, hormat kepada guru dan rajin membantu sesiapa sahaja, selain amat berdisiplin ketika guru mengajar di dalam kelas. Diucapkan tahniah kepada Nur Aliya Adibah dan kawan-kawannya. Semoga kejayaan ini kekal berterusan dan akan lebih baik di masa hadapan.

Menyentuh tentang cuti panjang sekolah. Ke mana hendak di tuju? Pastinya kita mulai merancang hendak buat apa dan bagaimana hendak memanafaatkan percutian ini agar lebih bermakna. Apapun perancangan itu harus diputuskan bersama keluarga dan nikmatilah percutian dengan penuh ketenagan dan kita berdoa agar ke mana pun juga kita berada dalam keadaan sihat dan selamat sentiasa.Selamat bercuti kepada warga Malaysia.Bestnya bercuti...


Kenangan Etuza ..pada 23 Nov 2016

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Alhamdulillah tahniah Cikgu Etuza dan isteri..kejayaan anak itu lazimnya sokongan ibu bapa,,dan guru...

    BalasPadam
  2. TAHNIAH KPD ANAKANDA CIKGU ETUZA N KAWAN2NYA YG CAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DLM EXAM..SELAMAT BERCUTI CIKGU N MURID2 SEKOLAH SEMUA.

    BalasPadam
  3. Wahhhhh, tahniah Nur Aliya Adibah..tumpang bangga..

    BalasPadam
  4. tahniah kerana dpt mendidik anak2 menjadi murid cemerlang!

    BalasPadam
  5. alhamdulillah tahniah buat mereka semua...

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu dan anak yang telah berjaya.
    Selamat bercuti panjang kepada guru2 dan pelajar2.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.