Anugerah Bersama Jasamu Di Kenang

Anugerah Bersama Jasamu Di Kenang

Anugerah Bersama Jasamu Di Kenang
 Gambar dalam fram kenangan bersama mantan Guru Besar
Cemerlang En. Garipin Elid 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Bersara WAJIB itulah realiti yang dilalui oleh penjawat Guru Besar, SK.Penagatan, Keningau 2016. Merupakan Guru Besar Cemerlang SK.Penagatan En. Garipin Elid, yang berkhidmat sejak 2009 hingga Ogos 2016. Kini tiba masanya melalui detik persaraan wajib pada 12hb Ogos 2016. Majlis besar-besaran diadakan bagi meraikan hari persaraan Guru Besar Cemerlang pada 11hb Ogos 2016. Tetamu jemputan khas dari Pejabat Pendidikan Daerah Keningau yang terdiri dari Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, semua guru besar Zon Pegalan Keningau, serta ibubapa dijemput bersama meraikannya. Majlis meraikan persaraan sesungguhnya amat meriah, walau kelihatan wajah Guru Besar agak sugul menahan kesedihan berpisah dengan guru-guru atau warga SK.Penagatan,, Keningau

Kelihatan Guru Besar baru sedang berbual
dengan mantan Guru Besar lama di Bilik Guru Besar SK.Penagatan
Lumrah kehidupan ini yang pergi akan berganti sebagai meneruskan kerjaya pendidikan. Pimpinan baru akan bermula sebaik persaraan secara rasmi ini. Sebagai kenangan yang terindah, gambar-gambar dalam fram di atas diabadikan sebagai ANUGERAH khas kepada guru besar. Wajah-wajah yang ada menjadi kenangan kepada mantan guru besar. Kami yang ditinggalkan yang masih menerajui pendidikan di SK.Penagatan, berdoa semoga mantan guru besar sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari bersara seorang pendidik yang bergelar Guru Besar ( Pemimpin Utama) sesebuah sekolah.

Hari terakhir Mantan Guru Besar 
melepaskan punch terakhir...
Pada 12hb Ogos 2016 pemimpin baru Guru Besar En. Mohd Asrin Bin Halim, datang mendaftar di SK.Penagatan, Keningau untuk kali pertama. Dan waktu itu detik pertemuan antara guru besar baru dan mantan guru besar lama. Apapun mereka sebenarnya saling mengenali kerana bertugas di Daerah Keningau dan kedua-duanya berasal di daerah Keningau. Selamat bertugas kepada guru besar baru dan semoga mantan guru besar sentiasa tenang hadapi hari-hari bersama keluarga tersayang.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Ya nersara wajib ya..

Alhamdulillah.
Bersara wajib tu sekarang 60 tahun kan.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger