Pentas Majlis Persaraan Guru Besar Jasamu Di Kenang
JASAMU DIKENANG SELALU..
Hari ini 11hb Ogos 2016 ( Khamis ) majlis rasmi persaraan Guru Besar Cemerlang SK. Penagatan En. Garipin Elid telah dilangsungkan di Dewan terbuka SK. Penagatan dengan penuh gemilang dan meriah walaupun dalam pada itu ada rasa kesedihan dalam hati.
Tetamu jemputan yang hadir seawal pagi ialah Pegawai PPD Daerah Keningau Tuan Masly Wahip dan beberapa rombongan dari PPD, rombongan Guru Besar Zon Pegalan dan AJK Tertinggi PIBG yang diketuai oleh YDP Dipertua En. Mohd Khairil Abdullah.Selain itu ibubapa dan murid-murid sekolah turut secara rasminya menyaksikan Majlis Persaraan Guru Besar ini.
En. Garipin Elid, dalam ucapannya menyatakan rasa sangat dihargai dengan mengadakan majlis khas ini untuknya. katanya lagi, sukar juga hendak menarima hakikat ini bahawa kini sudah masanya beliau bersara dengan rasmi sebagai pendidik yang menjawat sebagai Guru Besar. Kerlihatan Guru Besar dalam keadaan sebak menyatakan permohonan maaf jika ada melakukan kesilapan selama mentadbir serta mengharapkan agar jentera pendidikan SK.Penagatan sentiasa di hadapan walau beliau tidak bersama lagi.
Kami team work SK.Penagatan, Keningau mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti guru besar selama mentadbir sekolah dalam tempoh 7 tahun. Kami berdoa guru besar sentiasa sihat dan cergas dalam meneruskan hari-hari sebagai seorang pesara Guru Besar 2016.
Inilah pentas indah majlis persaraan Guru Besar SK.Penagatan,
Keninagu, Sabah.
Team work SK.Penagatan memakai batik merah..
Inilah anugerah kepada Guru Besar SK.Penagatan, Keningau, Sabah.
Indah nya kenangan ini untuk mu insan yang 60 tahun
berjasa di arena Pendidikan..
10 Ulasan
Wkmsalam.
BalasPadamSelamat bersara wajib kpd GB SK Penagatan.
:) singgah pagi
BalasPadamseronok jadi cikgu =) cita-cita saya yang tak kesampaian =(
BalasPadamsalam singgah , maaf lama tak jenguk cikgu
BalasPadamSungguh besar jasa dan pengorbanan seorang guru. semoga dipermudahkan buatnya
BalasPadamnice sharing
BalasPadamselamat bersara.
BalasPadamYa bersara wajib Guru Besar sekolah kami ya
BalasPadamselamat bersara..
BalasPadamHensemnya Cikgu, mamapun cantik bangat, suka tengok pasangan serasi ni..moga bahgia ke akhirnya, aamiin..
BalasPadamSelamat bersara buat Guru Besar..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.