Bertemu Berpisah Adat Manusia Biasa

Bertemu Berpisah Adat Manusia Biasa

Bertemu Berpisah Adat Manusia Biasa
Teacher June V G, menerima cenderahati
di Majlis Perpisahannya pada  29hb Jan 2016

Asalamualaikum semua. Semoga sihat sejahtera semua.


Kadang kala kita sudah merasa amat serasi dan amat menyenangi tempat kita berkerja/berkhidmat. Sebagai kakitangan kerajaan dan apa tah lagi sebagai guru memang tempat bertugas kali pertama itu adalah suatu tempat yang amat bermakna.

Keterujaan menabur bakti dengan cara menjadikan murid didikan menjadi celik huruf pandai membaca dan mengiri begitu kuat dalam sanubari.Sebaik berada dalam kelas, melihat karenah murid yang berbagai ragam hasrat untuk mendidik tiba-tiba menjadi pudar. Tetapi keadaan begitu bukan padsa jiwa kami, bukan pada para guru di sekolah Etuza.

Etuza berani katakan bahawa ramai guru di sekolah Etuza yang subuh lagi sudah ada kereta berparking di tempat parking kereta. Etuza juga amat kagum dengan kehadiran Guru Besar sekolah kami yang tepat jam 6.00 pagi sudah membuat tinjauan sekeliling sekolah. Hebat kan.

Namun keadaan selalu bersama di sebuah sekolah itu, sering tidak mungkin untuk selamanya. Ya, akan ada perpisahan, berbagai situasi perpisahan itu. Perpisahan dengan rela dan ada perpisahan tidak rela dan ada juga perpisahan terpaksa di hadapi.Apa juga bunyi bagaimana berlaku hingga ada perpisahan tetap akan berlaku perpisahan. 

Situasi ini, berlaku pada Etuza suatu masa.Sedang bertugas dengan gembiranya di sebuah sekolah di Zon Seberang Keningau, iaitu berada di SK. Ambual Keningau, tiba-tiba tanpa terduga Etuza dapat perpindahan ke sekolah Etuza masa ini. Sebenarnya Etuza amat seronok berkerja di SK. Ambual kerana ada seorang guru lelaki yang semaktab dengan Etuza, sebilik tempat tidur dan sebilik dalam kuliah setiap hari dahulu.Bangganya dapat bersama kembali, persahabatan terjalin amat manis. Sayang kena berpisah selepas seminggu Etuza menimbang tara. Guru Besar sekolah itu yang menghulurkan perpindahan Etuza ke sekolah sekarang. Begitulah yang berlaku kepada cikgu June V Gabrin.

Saya tengok dia banyak menangis. Menangis dan menangis. Ramai guru wanita dan murid-murid juga turut menangis.Dalam bulan Januari sahaja sekolah Etuza telah mengadakan 3 Majlis Perpisahan dengan guru yang bersara dan dua guru berpindah sekolah.Rupanya sakit perpisahan ini, apabila kemesraan dan rasa serasi dengan sekolah telah terjalin utuh.Apakan daya cikgu Jun V Gabrin kena akur dengan surat arahan dari KPM dia di tempatkan di sekolah Zon Seberang Keningau dan tidak jauh dari sekolah Etuza bertugas. 

Selamat mengajar di sekolah baru buat Cikgu Jun V Gabrin. Pasti ada kegembiraan di sekolah baru. Ingat visi misi kita semua sama iaitu menabur bakti kepada murid di sekolah, hanya tempat sahaja berbeza.Budaya sama iaitu budaya alam persekolahan murid dan budaya guru menabur ilmu.Salam perpisahan kepada Cikgu Jun V Gabrin, semoga gembira bertugas di sekolah baharu.

Sesi bersalaman..berderai air mata ..tak tahan tengok...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Perpisahan ini terlalu menyakitkan..namun kita tak berdaya menahannya..

Semoga perjuangan tetap diteruskan dan ukhwah sentiasa berpanjangan meskipun berjauhan...

Biasalah pertemuan, pasti tiba saat hadirnya perpisahan..:(

Lumrah dunia..yang datang pasti pergi juga...

Memang terasa kehilangan jika adanya perpisahan ini

ada kawn baik...telah di arahkan tukar pejabat..sgt sedih

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger