Restoran Arista Family R

Restoran Arista Family R

 Restoran Arista Family R

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Mohon maaf kerana belum sempat buat lawatan dan membaca ke laman anda semua. Rasanya sudah suntuk masa untuk online ketika waktu pagi sebaik kembali bertugas. Banyak kerja yang harus diberi tumpuan terutama hal P&P di kelas. Objektif kena capai dan kena ready mengajar murid di kelas agar jelas tujuan mengajar di kelas.

Hari ini rabu, sekolah Etuza dikejutkan oleh kehadiran 2 orang Pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Sabah dan 1 orang Pegawai dari Pendidikan Daerah Keningau, membuat pemantauan secara mengejut di sekolah tempat Etuza bertugas. ( akan ada gambar & entri hal ini )

Baiklah,sebaik keluar dari sekolah hari ini, Etuza terus ke bandar Keningau dengan membawa terus Aliya dan kakaknya bersama-sama. Hari ini kelas agama Aliya tidak ada, senang lah Etuza tidak perlu hantar Aliya ke kelas agama. Sampai di bandar Keningau, dalam minda hendak singgah di satu restoran hendak mengalas perut.Etuza drive terus menuju ke Jalan Masak dan masuk ke simpang kanan menuju ke kawasan Bank Islam. Nampaklah sebuah restoran yang agak lengang, rasa selesa hendak parking kereta. Jemput tengok apa ada dalam restoran ini.
Menu dan harga di Restoran Arista Family R..
Harga baru makanan kelihatannya...
Gambar Aliya depan restoran ini..agak baru restoran
 Arista Family R .Mama dan anak-anak oder
soto ayam lah pula...
Wifi percuma pun ada lah kat restoran ni..
layanan pun bagus..Etuza suka makan di restoran
yang tak berapa sibuk..janji menu sedap...hehehe...
Menu makanan di restoran ni, sesuai dan sedap. Etuza suka makan dengan mengambil sambal pedas tomato. Sedap rasanya, sengat rasa pedas pun Etuza suka. Rasanya hendak ke sini lagi lah lepas ni. Selain itu kalau tengok menu pada gambar pertama itu ada ditunjukkan Pisang Cheese  AF..wah ni Aliya minta oder, sedap pula. Sampai nak lagi, tapi sekelip mata ja habis, semua anak-anak rasa puas hati makan. Inilah kelebihan di Restoran Arista AF ini, ada sambal pedas tomato dan pisang goreng cheese AF.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

Cikgu..

Sengat @ sangat? keliru sudah..

Tengok pada tanda harga, lebih kurang jer dengan semenanjung..

As salam. Memang gementar gak jika ada pemantau pd hari pertama persekolahan kan? Mujurlah abam terselamat. Jika etuza nak order diari muslimin tu sila wassap abam kie di 012 9820100. Thanks.

yan pun suka makan delat kedai yang lenggang sebab cepat dan ada parking

bz ye cikgu..minggu pertama permulaan persekolahan

Awal awal dah ada lawatan mengejut ya cikgu...
Pisang cheese tu memang sedap...makan panas panas...

KALAU PUAS HATI MKN DI RESTORAN TU LAIN KALI BOLEH BAWA FAMILI MKN SITU LAGI KAN CIKGU..

umi memang sengat, bermaksud rasa pedas cili tu yang menyengat rasa di lidah..sengat etuza ertikan juga sebagai sambal pedas yang sangat sedap hingga menambat hati nak datang lagi ke restoran ini..

bab makan di Sabah sama ja Umi..ada makanan murah tu makanan kampung pun dah mahal

Kalau nak mengulang makan kat situ lagi, maksudnya mmg sedap betullah tu ye cikgu. Macamanalah agaknya rasa sambal tomato tu ye cikgu. Mcm sambal belacan ke?

Kalau restoran menyediakan menu makanan yang sedap...pasti akan berkunjung lagi...kan cikgu...

Pergi sana boleh la cuba makan di sini

Sama la dengan CP sibuk sampai tak sempat nak singgah sini..cuma malam ni baru sempat nak singgah dan baca semua entri Etuza..sedap makan di sini ye

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger