Pemimpin PBRS Sabah En Athur Joseph JP Yang Sentiasa Tersenyum Bersama Rakyat.

Pemimpin PBRS Sabah En Athur Joseph JP Yang Sentiasa Tersenyum Bersama Rakyat.

Pemimpin PBRS Sabah En Athur Joseph JP Yang Sentiasa Tersenyum Bersama Rakyat.

Encik Athur Josep JP, sentiasa tersenyum sepanjang
bersama dalam majlis hari ini di SK.Penagatan, Keningau.
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Hari ini Majlis Penyerahan Wang Surau, Beg Sekolah & Bahan Binaan khas untuk Surau Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, Sabah. Penyerahan itu disampaikan secara rasmi oleh Yang Berbahagia Tuan Athur Joseph Kurup, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Seawal jam 10 pagi ketibaan Yang Berbahagia Tuan Athur Joseph di Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, Sabah. Diiringi oleh Timbalan Pemuda PBRS Sabah EN. Kahirin @ Sahilin Bador serta rombongan yang lain. Pihak sekolah difahamkan bahawa Tuan Athur Joseph terlebih dahulu pergi ke Kampung Penagatan Ulu, bagi merasmikan program gotong royong yang dia adakan oleh semua orang kampung. Begitu gigihnya pemimpin muda ini turun padang bagi melihat keperluan dan menjayakan kehendak rakyat. Semestinya inilah contoh terbaik seorang pemimpin parti politik dalam menabur bakti dan khidmat kepada masyarakat.

Seramai 55 orang murid datang menerima bantuan beg dan juga ibubapa yang hadir ke majlis penyerahan secara rasmi oleh Tuan Athur Joseph.


Sebagai organisasi sekolah, semestinya kehadiran Yang Berbahagia Tuan Athur Joseph harus dialu-alukan dan disambut dengan penuh semangat gembira dan bersyukur, kerana kehadiran pemimpin muda ini bukan dengan tangan kosong. Tetapi Tuan Athur Joseph datang di sekolah untuk menyerahkan beg sekolah kepada 55 orang murid sekolah, menyerahkan sekotak sejadah kepada pihak sekolah, 50 karung simen dan 4 bundle bata alat binaan khas surau sekolah yang kini sedang dalam pembinaan.

Dalam ucapan pemimpin muda ini, sambil tersenyum menekankan bahawa beliau dan pucuk pimpinan PBRS mengharap kerjasama daripada ibubapa bagi menyokong kepimpinan beliau. Selain itu beliau juga memberi nasihat kepada murid sekolah agar beri kerjasama kepada pihak sekolah, guru dan ibubapa agar lebih rajin belajar dan berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang.Katanya murid hari ini adalah genarasi yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang.

Pn. Masrina Mohamad selaku Penolong Kanan Kokurikulum dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin muda ini, atas kesudian menymbang berbagai sumbangan kepada sekolah.Pn. Masrinah Mohammad berharap agar ibubapa gembira dan bersyukur atas pemberian beg kepada anak-anak masing-masing.Selian itu Pn. Masrina Mohammad juga berharap agar Tuan Athur Joseph JP, tidak akan serik untuk memberikan sumbangan kepada pihak sekolah.




bergambar bersama Tuan Athur Joseph selepas ad=gihkan
beg kepada 55 orang murid sekolah...


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

Meriah...kecerian hati terpapar diwajah...

Salam singgah sini cikgu...meriahnyq suasana cikgu...

Tergambar wajah2 ceria

Semoga menjadi pemimpin yang berjasa kepada masyarakat dan tidak lupa diri.

Muda dan kacak ya pemimpin masyarakat di sana..bagus dapat pemimpin muda macam tu..

Laman Cikgu bagaikan laman rasmi sekolah.. banyak kenangan terpahat di sini

Moga pemimpin muda ini memimpin bukan kerana pangkat, harta atau kepentingan lain. Tetapi untuk memperjuangkan hak bangsa agama dan negara

Pemimpin yang berjiwa rakyat pasti disenangi...

Semoga beliau akan terus berbakti kepada rakyat..

Mesra rakyat sungguh

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger