Jasamu Di Kenang Selalu -Selamat Bersara Ustazah Rupiyah Jusrie

Jasamu Di Kenang Selalu -Selamat Bersara Ustazah Rupiyah Jusrie

Jasamu Di Kenang Selalu -Selamat Bersara  Ustazah Rupiyah Jusrie 

Ustazah Rupiyah J - Bertudung  Hitam 
Asalamualaikum semua.

Informasi kali ini ialah tentang persaraan seorang Ustazah  Rupiyah Jusrie. Merupakan guru Pendidikan Agama Islam yang cukup lama bertugas di SK. Penagatan, Keningau, Sabah. Ramai pelajar atau genarasi yang berjaya hasil didikannya.

Tahun lalu, semua guru sudah maklum akan persaraan Ustazah Rupiyah Jusrie ini. Tetapi kami semua kurang ingat apabila buka sekolah sahaja sesi 2016, semua guru-guru sibuk dengan bidang masing-masing.Kesibukan menyebabkan agak lupa memperkatakan hari-hari terakhir Ustazah Rupiyah J. Hari ini, Etuza buat kenangan bersama Ustazah Rupiyah J dalam blog ini. Sebagai mengenang jasa perkhidmatan Ustazah Rupiyah J. Walaupun sekadar gambar bisu tetapi cukup menyatakan penghormatan kami warga guru kepada Ustazah yang akan bersara minggu hadapan ini bersamaan 11hb Jan 2016.

Rasa sedih juga bila, semua guru memperkatakan hari persaraan dia pada minggu hadapan. Semua guru juga agak teruja untuk membeli hadiah kepada Ustazah Rupiyah termasuk Etuza dan isteri. Etuza amat bangga dengan tempoh perkhidmatan Ustazah Rupiyah J ini.Bagaimana pun jejak Ustazah Rupiyah J, sebagai guru agama telah diperturunkan olehnya kepada dua anaknya iaitu Ustazah Khusuriayani Mohd Alias dan Ustaz Nazirul Mubin Mohd Alias serta seorang kerani sekolah iaitu Awang Abdullah Mohd Alias.Tahniah kepada anak-anak Ustazah Rupiyah Jusrie.

Pantun Kenangan

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh juga menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Pasti kita berjumpa lagi.

Dua tiga kucing berlari,
Mana lah sama melati si kucing belang,
Ramai saudara sahabat handai,
Mana sama Ustazah Rupiyah seorang.

Kenangan Ustazah Rupiyah Jusrie - Bertudung Hijau
JASAMU DI KENANG SEHINGGA BILA-BILATERIMA KASIH DIDIKASIHMU...SEMOGA BAHAGIA DAN TENANG DALAM MENERUSKAN HARI-HARI GURU BERSARA..
Kenangan Ustazah Rupiyah Jusrie - Bertudung Hijau.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

cantik bj. sedondon.

assalam selamat bersara ustazah...jasa yg ditaburnya pasti diingati semua yg menerimanya.

Selamat bersara ustazah...

dah lama tak datang ke penagatan..dulu selalu juga datang rumah kazen

Jasamu dikenang Ustazah ^-^

Seorang guru akan tetap dikenang sepanjang hayatnya..

Selamat bersara ustazah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger