Esok 11 Hb Jan 2016 Hendak Tengok Siapa Yang Ingat

Esok 11 Hb Jan 2016 Hendak Tengok Siapa Yang Ingat

Esok 11 Hb Jan 2016 Hendak Tengok Siapa Yang Ingat

Gambar kenangan ketika di Osaka sebagai hiasan blog hari ini
Asalamualaikum & salam sejahtera semua.

Pagi ini mama rancang hendak ke Tamu Ground Keningau. Maka bangun pagi-pagi lah dia dan solat subuh untuk sedia ke Tamu Ground, tetapi bila lihat mama di luar rumah asyik menyiram bunga-bungan di luar Etuza klik lah PC dan online blog. Baru tak boring, tak lama lagi akan ke Bandar Keningau bersama mama, Azie dan Afif.

11 Hb Jan 2016 Esok Menjelang.

Esok nampaknya akan tiba, dan semoga Allah tambah nafasku hari esok dan kita semua disayangiNya. Untuk hari ini " Ya Allah alhamdulillah dengan kesihatan yang Engkau berikan ini. amin". Esok itu kenapa sangat di tunggu-tunggu. Ya bukan Etuza sahaja yang menunggu tiba hari Esok. Semua hari itu indah tetapi setiap hari juga ada kelainan pengalaman dan keadaan kita melalui kehidupan sehari-hari.

Esok Etuza hendak tunggu siapa antara keluarga, anak-anak dan isteri Etuza yang akan ingat. Mampu kah mereka ingat hari esok yang bahagia buat Etuza. Selalunya Etuza tidak kisah hal hari 11 hb Jan itu. Tetapi baru-baru ini pada minggu ini, Etuza dikejutkan oleh seorang murid Etuza bertanya tentang tarikh 11 Jan. Wah ingat dia..hanya murid, bagaimana dia tahu, esok Etuza akan tanya dia. Ok mari kita tunggu siapakah antara anak-anak atau adakah isteri Etuza akan ingat 11 Jan 2016. Selamat berhujung minggu semua. Happy day to all my friends

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

17 ulasan

Nak ucap dulu...hepi besday..moga umur yg berbaki tu menjadi umur yg diberkati, dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu, bertambah murah rezeki dan keep on blogging..

Betulkan? Saya taknak tggu esok, sbb hari kerja biasanya sibuk, tak sempat nak wish nnt.

Cepatnya masa berlalu...
Apa istimewanya esok cikgu

Sangat istemewa bagi saya ya CA

selamat hari lahir bro etuza...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. dan dipermudahkan segala urusan.

Salam cikgu. Bila perkataan siapa yg ingt tu saya dh bileh guess apa sebab saya juga akan diam dan tgk siapa yang ingat

Anak murid cikgu tentu sayang sangat dengan cikgu sebab tu dua ingat tarikh 11hb tu.

Akak pun nak ucapkan inadvance utk Etuza..
Selamat hari lahir Etuza..
Semoga usia dirahmati Ilahi..
Diberikan kesihatan yg baik..
Berbahagia bersama keluarga..

ulangtahun kelahiran ya cikgu...kalau betul...sanah helwah cikgu etuza...moga sentiasa diberkati setiap apa yang dilakukan..menjadi imam yang terbaik untuk isteri dan anak-anak..amin...
*maaf cikgu kalau bukan ulangtahun kelahiran*

Hepi bezday.. nak adiah bole x? Ehehe

I observe your post , well then , this is definitely your birthday encik Etuza . hehe . Nak wish ke tak ni . Macam tak kene pula kalau wish awal sehari , nanti rase macam cepat sangat naik umur nya . hehehehe :D

Wah wish kat entri lagi satu :)

Semoga panjang umur dan berbahagia disamping keluarga

harijadi etuza yer... selamat hari lahir etuza.... semoga diberi kesihatan yang baik berjaya dunia akhirat.... :)

Saya rasa tentulah mama yg paling ingat sekali bezday cikgu ni. Betul tak?

Baru sempat nak bagi ucapan kepada Etuza setelah sibuk di ofis..

Bila tak ada yang ingat..pasti rasa sedih dan kecewakan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger