Wajah Gembira Hari Ini Di Blog Etuza

Wajah Gembira Hari Ini Di Blog Etuza

Wajah Gembira Hari Ini Di Blog Etuza

Asalamualaikum Semua Yang Etuza Hormati .
Wajah Ceria Pengantin Baru
Erma dan suami ..tahniah kepada mereka ini.
Perkahwinan pada 12 hb Disember 2015


Pantun Cinta & kasih Sayang

Pengantin bersanding dua sejoli..
Saling memandang senyuman terukir..
Ramai datang saudara dan saudari..
Memberi ucapan selamat berbahagia cinta kan mekar.
Hari ini 14 hb Disember 2015, sejarah dalam dunia pendidikan Malaysia telah mengumumkan keputusan peperiksaan PT3 di seluruh negara hari ini.

Sewal jam 9.30 pagi Etuza, isteri Etuza dan anakanda Afif bergerak ke SMK Agama, Kenngau. Tujuan ialah untuk bersama Afif datang di sekolah untuk mendapatkan slip keputusan PT 3 2015. 

Nampaknya anakanda Afif kena terima keputusan PT3 dia dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Alhamdulilah tidak lah mengecewakan hanya sekadar bersyukur atas 11 subjek mata pelajaran lulus semuanya.Etuza selaku ayah kepada anakanda Afif memeluk Afif dan bersyukur kepada Allah. kewajiban bersyukur sangat penting. Keputusan PT3 anakanda Afif setakat berpuas hati kerana lulus 11 mata pelajaran.Yang membanggakan Etuza Afif dapat kredit pelajaran KILLER dalam aliran sekolah agama iaitu Bahasa Arab.

Rekod Terbaik Keputusan PT3 di SMK Agama ialah anak kepada Timbalan Pegawai  PPD Keningau dengan pencapaian terbaik 11 A. Seorang lagi anak kepada Penyelia Linus Di PPD ialah anak perempuan Haji Kamilin dengan pencapaian 10 A 1 B. Tahniah kepada mereka semua. Wajah ceria. Bagaimana pun terdapat di laman sosial menyatakan peratus keputusan PT3 2015 agak menurun. Sekian dahulu entri baru Wajah Gembira hari ini di laman Etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

tahniah buat anakanda..

salam tahniah ! apa pun ni baru permulaan

setakat lulus ja Umi..apapun semua lulus ada lah 3 A yang lain B and C..ibubapa lain happy banyak A ..rezeki anakanda begitu..terima ja lah

Syukur...yang penting sentiasa beri sokongan apa pun terjadi...kerana ibu bapa tulang belakang anak anak...

Baru permulaan Cikgu, Insya Allah SPM nnt pasti dia di antara yg terbaik..

Tahniah buat pengantin Baru dan anak Etuza juga :)

Alhamdulillah etuza ,anak saya pun sama wlpun ada juga A namun kami terima seadanya wlpun agak terkejut dibandingkan anak2 lain dlm PMR dpt keseluruhan A.

Tahniah kepada pasangan pengantin Erma dan suami

Tahniah juga buat Afif tu, jangan putus asa dan terus perjuangan mu ye...SPM masih menunggu dan buat yang terbaik eh

Tahniah buat anakanda Etuza..terus kan perjuangan untuk menuntut ilmu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger