Tanpa Nama & Blogger Bin Muhammad Terima Kasih Pembetulan Pada Kesilapan Kiraan Unit

Tanpa Nama & Blogger Bin Muhammad Terima Kasih Pembetulan Pada Kesilapan Kiraan Unit

Siapa Lelaki Ada Saiz 27 Inci

( Saya tengok no saiz seluar ada 27,28,29,30,31,32,33 - Rupanya Unit Inci bukan CM mohon maaf pada kesilapan ini)Terima Kasih Juga Kepada Blogger Bin Muhammad 
Lelaki baju biru tu lilitan pinggang 27 Inci ( agaknya ramai
remaja lelaki bersaiz pinggang 27 Inci 
Asalamualaikum semua.

Petang hari ini Etuza dan Irfan pergi berjoging bersama-sama. Irfan hari-hari berjoging, katanya tidak mahu naik lemah pada badan, tidak mahu berat lagi bertambah. Lepas tu Etuza perhatikan Irfan agak kurang makan, mulanya pelik sebab sepatutnya remaja seperti usia Irfan berselera makan. Kemudian terfikir Irfan dah pandai jaga badan dia.Tahniah anakandaku Irfan.

Setiap Lelaki Ada Saiz Pingang Sendiri ( Ini Etuza - Saiz Pinggang Anda lain Ya)

Ternampak dalam folder pictures dalam komputer gambar Etuza bersama sahabat Etuza dalam gambar atas itu. Masa ini lilitan pinggang 27 Inci  ( tahun 2000). Usia memang muda belia, remaja lah katakan. Ketika itu memang Etuza ni bersaiz badan kecil dan kurus. Memang inilah badan Etuza yang Allah kurniakan. Etuza ingat hingga 2003 lilitan pinggang Etuza mulai naik ke 28 Inci Masih selesa dengan pakaian dan seluar panjang Etuza yang ada. Semasa di Maktab Perguruan naik lagi lilitan pinggang ke 29C Inci.Etuza masih rasa selesa, nampak tubuh badan berisi dan agak tembam sedikit. Mulai naik berat juga. Berat Etuza yang paling Etuza ingat ialah 56Kg. Ringan kan...sesuai lah dengan ketinggian dan umur masa itu. Berat sekarang ha!! berapa?Lupakan ja ya, atau boleh teka ?

Bila nampak gambar di atas, jauh betul beza kelihatannya. Berbanding gambar lelaki di dalam gambar di bawah ini. Lihat pinggang pun tidak lagi cantik. Lilitan pinggang lelaki ini dalam gambar itu ialah 32 inci Risau pula jika naik ke 33 inci lagi. Hendak kurangkan saiz lilitan pingang dari 32 inci ke 30 inci agaknya boleh kah di kurangkan. Tabiat suka makan kuih muih kena kurangkan mulai hari ini.Periksa tekanan darah hari ini pun kurang menggembirakan. Tekanan darah yang baik kena 120 atas dan 80 bawah. Cek jantung cantik, tetapi tekanan darah tu agak tak baik. Tu sebab buat misi dan visi kurangkan lilitan saiz pinggang.
Saiz 32 Inci ..alamak lilitan pingang semakin bertambah..
Tak lawa lagi lah ..dalam ketinggian seperti lelaki dalam gambar..
Nampak ke depan sedikit perut yang Allah beri ini...alamak...
Impian Kurangkan Lilitan Pinggang.

Terbaru lilitan pinggang 32 inci. jauh betul beza dari 27 inci ke 32 inci.Seluarpun berubah. Itu lah realitinya kehidupan ini. Saiz badan kadar isi lemak pun naik melekat dalam tubuh badan kita. Usaha untuk ke arah kurangkan lilitan pinggang ini kena buat juga, oleh itu misi visi itu telah mulai hari ini.Semoga usaha Etuza ini akan berterusan dan jika berhasil Etuza kongsikan pada anda semua. Tips lebih sihat dan badan cergas dan ceria.Siapa tidak mahu tampil lebih sihat hati pun bahagiakan. Usaha yang perlu di lakukan ialah:-

1. Joging setiap hari diwaktu petang.
2. Kurangkan makan kuih muih
3. Kurangkan makan makanan berlemak
4. Banyakkan makan sayuran & buah-buahan.
5. Senaman - pemanasan badan 
6. Aktiviti naik bukit secara ulang alik
7. Amalkan minum tea ( herba)- bersihkan usus
8. Amalkan minuman pembersih usus ( lactos - produk Elken 2 kali seminggu )
9. Banyakkan minum air putih
10. Kurangkan gula..atau langsung tidak ambil, sebab minuman 3 in 1 dah cukup untuk bancuh segelas air minuman.

Doakan Etuza dapat buat secara istiqomah. InshaAllah. Hari ini telah dimulakan misi visi kurangkan lilitan pinggang ke 30cm.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Malu sebenarnya bila berlaku ralat ( kesilapan) inshaallah akan perbaiki apa jg kesilapan dan kelemahan. Namun ejaan dah cek tul2 masih ada pula tersilap..kadang ry lari setting mouse..kita letak a tekan a jadi e lah pula kekadang. lepas tu dua, tiga baca tetap ada yg tak nampak ejaan salah terutama huruf melibatkan i , e dan j saya selalu cek jg ejaan tapi ni lah makin banyak pula salah eja..kena guna kamus lepas ni..terima kasih yang selalu tegur..terima kasih banyak2

hehe x pe usaha tangga kejayaan

Takpe Etuza..tak salah untuk menagku silap..respek dengan Etuza..pembaca pun dapat ilmu juga..

ASSALAM...BIASALAH TU CIKGU LILITAN PINGGANG 20 TAHUN DULU PASTI DH JAUH LARINYA TU...

semoga berjaya capai misi kurangkan lilitan pinggang..nak kurus tu soal nombor dua.yang penting adalah kesihatan..

yan tak.merasa pinggang lilitan 27 inci masa remaja..huhu

Saya x perasan pula ada kesilapan pada unit ukuran..hi3

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger