Seri Majlis Perkahwinan Di Zaman Moden

Seri Majlis Perkahwinan Di Zaman Moden

Seri Majlis Perkahwinan Di Zaman Moden

Pakaian sopan bagi lelaki ke Majlis Kahwin.
Pakai lah pakaian yang sopan...


Pakaian sopan dan sesuai bagi wanita muslimah 
ke majlis kahwin..


Asalamualaikum semua teman maya dan para pembaca semuanya.

Tiap insan yang sudah mampu dan berkeinginan hendak mendirikan rumah tangga, maka percepatkan lah kerana perkahwinan atau pernikahan adalah satu perkara Sunnah Nabi akhir zaman kita iaitu Nabi Muhammad saw.

Bagaimanapun, ada proses tertentu sebelum, pra perkahwinan dan semasa persandingan perkahwinan anda. Sebagai orang Islam pasti sama sahaja situasi yang dialami dalam perkahwinan yang dirancang. Begitu juga kaum lain dan anutan agama lain, ada budaya atau cara sendiri mengikut landasan agama masing-masing dalam meraikan hari bahagia dua insan yang bercinta kini disatukan dalam rumahtangga.

Baiklah tanpa banyak cakap, kita lihat gambar berbicara bisu kepada anda detik bersejarah perkahwinan anda.Dan kita imbas kembali peringkat pertama sebelum dan semasa persandingan dilaksanakan nanti.

Peringkat Pertama - Jalinkan Pertunangan dahulu kepada gadis atau lelaki pilihan kalbu.
( Gambar rombongan peminangan )


Peringkat Kedua : Pasangan yang sudah diijab kabul ( Di nikahkan ) sejurus kemudian akan bersanding di singgah sana. Diiringi dengan muzik lagu Selamat Pengantin Baru. Pasangan duduk menerima renjisan air mawar dan taburan beras kuning serta wangian bunga sebagai tanda meraikan kebahagiaan pasangan yang berkahwin.


Peringkat Ketiga : Pengantin dua sejoli akan dijemput memotong kek hari perkahwinan. Detik inilah dikatakan adanya unsur kasih sayang yang nyata apabila pengantin lelaki dan perempuan saling bersuapan kek hari persandingan mereka. Biasanya kek yang dipertontonkan ialah kek bertingkat. Jarang kita nampak kek perkahwinan yang bukan bertingkat. Kek tersebut pastilah di oder atau ditempah awal.Bukan kek biasa yang selalu digunakan untuk kek hari lahir.


Peringkat Keempat : Majlis beralih lagi dengan acara paling menarik iaitu makan beradab pada kedua mempelai dan diapit oleh dua buah keluarga lelaki dan pihak perempuan. Makan beradab juga lelaki dan perempuan bersuapan dengan mengambil juadah dihidangkan. Akhirnya pihak keluarga lelaki dan keluarga perempuan akan menikmati juadah di meja makan beradab pada hari persandingan. Masa ini orang ramai mengambil kesempatan mendoakan pengantin agar bahagia hingga ke akhir hayat.


Acara lain dalam majlis perkahwinan : Menjamu para tetamu jemputan yang hadir. Memang ramai yang akan datang meraikan hari perkahwinan pasangan berkahwin. Tetamu yang hadir kena lah beradab semasa di majlis perkahwinan. Berpakaian sopan dan sentiasa ceria di majlis perkahwinan yang di hadiri.


Sekian satu bingkisan kenangan pada majlis perkahwinan yang Etuza hadiri.
1. Majlis perkahwinan Asmera Fitri Saidin
2. Majlis perkahwinan anak gadis saudara Jafli Rahman
3. Majlis perkahwinan Rohaida Bodor 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

berpakaian sopan di majlis sgt penting, selain menceriakan majlis..ia juga tanda kita menghormati empunya majlis.

salam kenal dari saya juga..:)

Lain tempat lain caranya kan cikgu etuza

Pakaian ketika majlis perkahwinan itu penting pakai yang sopan

Salam cikgu , ada beza zaman sekarang dan zaman dulu punya majlis, rewang terutamanya, tempat saya still ada rewang ni

Kehadiran tetamu meraikan pengantin memeriahkan lagi majlis :)

rasa macam nak kahwin pulak dah..

ternyata orang Melayu kaya dengan adat dan budi bahasa yang tinggi nilainya

Meriah orang kawen waktu cuti sekolah nie cikgu

Teringin dah nak buat majlis perkahwinan tapi anak2 masih belajar..
# cikgu ,saya ada tag soalan bersanad....harap sudi2kan lah ya.

berpakaian haruslah sopan dan sedap mata memandang.

seronok menghadiri majlis perkahwinan, paling seronok bila melihat pengantin bersanding, nampak cantik disinggahsana raja sehari

Kadang2 kalu jatuh pada hari bekerja / program luar, tak sempat nak bersalin pakaian, pergi jer, janji dapat memenuhi undangan..

Cantik baju Etuza..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger