Selesaikan Urusan Demi Tanggungjawab Ibubapa

Selesaikan Urusan Demi Tanggungjawab Ibubapa

Selesaikan Urusan Demi Tanggungjawab 

Terima Kasih Blogger JM..hadiah Anda Kini Sampai.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini 7hb Nov 2015 bersamaan hari isnin. Dalam minda berkata agak sibuk rasanya menjelang isnin minggu depan. Kerana memikirkan banyak urusan yang kena selesaikan, kena siapkan dan harus disegerakan urusan. Jika difikirkan minggu lalu boleh diselesaikan tetapi ada saja halangan seperti terlupa isi dokumen sebenar, lupa bawa buku alamat dan belum di sahkan tandatangan serta lain-lain perkara yang menggagalkan urusan minggu lalu. Akhirnya terpaksa akur dan redha sahaja bahawa minggu depan sahaja diuruskan ( minggu ini )

Isnin hari ini, selain tertekan dengan keadaan  jalan raya di bandar Keningau yang sesak pada beberapa bahagian seperti di round about Jalan Masak dan dekat Masjid Ar Rahim Keningau, terasa bahang mentari juga menyiat kulit. Apapun tugas dan urusan utama harus diselesaikan. Tanggungjawab ibubapa wajib dijalankan kerana menyokong masa depan anak-anak genarasi kita.

Senarai kesibukan hari ini, seolah boleh buat anda mungkin tercabar dan berundur untuk melaksanakannya. Tetapi bagi Etuza tiada halangan dan tiada alasan untuk bertangguh lagi. Kemungkinan ada antara kita sesibuk seperti yang di alami oleh admin blog ini. Lihat senarai tersebut:-

1. Lengkapkan borang dan tandatangan borang perjanjian Biasiswa JPA ( Tambahan Biasiswa dari JPA ) kepada anak sulung di Mesir. 
2. Ke Pejabat Daerah Keningau memohon Pegawai Daerah turunkan tandatangan sebagai saksi utama kepada penjamin. ( Kumpulan sokongan professional ) 
3. Ke Pejabat Pendaftaran Negara Keningau ( JPN) mohon sahkan salinan kad pengenalan.
4. Ke kawasan Quuen Hotel, hantar anak ke 5 pergi berjumpa dengan kawan-kawan sekolahnya. ( Pesan - Call ayah jika hendak balik)
5. Ke bank ambil duit tambahan kegunaan.
6. Ke Masjid Ar Rahim tunaikan solat Johor . ( Ar Rahim Keningau kini kelihatan ada dipasang sisi TV nampak wajah ini pada skrin TV )
7. Ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Keningau bersama isteri. Kena pay...alamak. Naik gaji kena ambil balik, seolah macam itu anggapan admin.Jumpa kerani sekolah Encik Denddy Purara.
8. Lepas di Lembaga Hasil sebaik stem duti dimatikan, terus sahaja ke Publick Bank Keningau, bayar ansuran yang diarahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. ( Sedih juga)Kepada sesiapa yang ada payment ansuran di Jabatan Hasil jika hendak bayar di kaunter bank Publick Bank tidak perlu ambil nombor giliran tetapi terus sahaja ke kaunter 1. Senang dan cepat. Kena bayar service RM 2.50 sen.
9. Ke Pejabat Pos Laju ( dua kali ke Pos Laju-hantar hadiah komen unggul nov 2015) ada 8 hadiah di hantar hari ini.
10. Ke Stokis Elken, ambil hadiah Etuza, ambil Eternal Beauty kawan yang minta tolong ambil, beli produk oder teman lain. 
11. Ke Pejabat Perangkaan tempat Blogger SP bertugas jumpa blogger SP dan menghulurkan hadiah kepada blogger SP ( Hamidi namanya).
12, Ke restoran makan ( perut lapar - rasa pedih) sampai restoran pun lupa nama. Jumpa ustaz Sopian dalam restoran yang sama.
13. Ke Gmart hantar isteri ke Gmart beli apa-apa keperluan rumah.Di Gmart huuu!! sesak lagi...huu!!  sabar...
14. Ke Besh Mart beli barangan jualan ibu. ( ini amanah ibu admin )Kena tunaikan.
15. Balik ke rumah. Lihat jam hampir jam 5.30 petang. Rehat seketika legakan pernafasan. Pasang kipas sejukkan badan. Bangun dan terus ke bilik mandi.Kini berblogging sambil menonton GUSTI  di TV.

Nota: Masih ada yang belum diselesaikan hari ini, esok pasti ada kesibukan lagi. Sesungguhnya inilah realiti kehidupan. Tunaikan tanggungjawab dan pastikan lancar urusan semua nya dengan izin Allah. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

19 ulasan

Apapun kan dah selesai....l3ga.....tarik nafas dan senyum...
Alhamdulillah

ternyata hari yang sibuk banget buat tuan..

Betul2 sibuk seharian etuza nampaknya...apa pun dah selesai kan boleh tarik nafas lega tentunya.

Tu dia..sibuknya Etuza..Alhamdullilah dah selesai semua kan..janagn lupa jaga kesihatan sama ya

ya Syukran CA..berkat usaha ..

Betul HA..banyak betul urusan ..apapun sudah selesai semuanya

tak akan pernah selesai selagi kita mengurus kehidupan yang Allah rencena kan untuk kita

terima kasih nasihat CP

typo, harap cikgu perbetulkan

Solat Johor = solat zohor (x perlu upkan komen saya ni..)

typo 2

Bank Public, bukan publick..

Cuaca di Keningau ok k Cikgu?

Panjang list tu cikgu hihi....
Arwah ayah saya pun suka tengok wrestling cikgu....

Ha'aaa erkkkk okje, kitapun suka tengok, join arwah ayah dulu, hu3

Yan dan hubby suka juga tengok

ole2 dari JM dah sampai...syukur

utk elakkan kes terlupa isi dokumen sebenar, lupa bawak buku alamat or apa je..better buat list supaya tak de yg tertinggal

perghhhh! byk nya urusan yg perlu di selesaikan sehari...itulah kan tanggjungjawab sbg ibu dan bapa..semoga anak2 hargai kesusahan ibubapa mereka

rupanya blogger Sentiasa Panas berada di keningau

dari jam berapa cikgu keluar dari rumah ni

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger