Salam Jumaat..
Cinta Untuk Dunia Hanya Sementara.Tetapi Buatlah Sebanyak Mana Amalan yang Baik Ketika Di Dunia.. |
Kadangkala tertipu oleh hasutan keindahan duniawi..
Kadangkala terlena oleh keseronokan menyaluti hati..
Ada masa begitu hanyut di buai duniawi..
Sini dan sana begitu melenakan
Membuat lupa diri bahawa ada kewajiban lain menanti tindakan..
Segeralah leraikan keasyikan duniawi..
Usah tertipu dan tertawan terpesona..
Segeralah mengingatkan dirimu ..
Dunia akan hancur..akan berakhir namanya dunia ini..
Renungilah berapa ada amalan mu..
Hitunglah kelemahan kekurangan yang telah berlaku..
Jika nampak kala diri merenungi kalam mu yang lalu..
Tangisilah dan ratapilah betapa banyak terleka..
Insafi diri bawalah ingatkan diri pada Dia..
Sulamilah cinta Teragung untukNya..
Kerana cinta padaNya adalah yang terhebat..
Pasti anugerah syurgawi untuk kita..
By Etuza.
10 Ulasan
Jumaat hari yang sangat afdal untuk beribadah kan cikgu etuza..:)
BalasPadaminshaAllah..SP..beramallah tanpa mengira waktu
Padamwow... nice poem... agree sgt etuza...
BalasPadamAsalam Sheila..tiba2 lancar ja idea ni keluar di minda Etuza..terima kasih..
Padamsalam cikgu, begitulah menulis kadang lancar saja keluar dari minda . moga kita tak terpesona dengan yang sementara
BalasPadamAllahu...puitis dan mendalam maknanya cikgu..
BalasPadamRupanya Cikgu orang seni ya..
BalasPadamselalu bermuhasabah diri..
BalasPadamSuka dengan puisi dari Etuza..terima kasih kerana sering ingat mengingati
BalasPadamdunia hanya sementara
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.