Dengan IzinNya Bertemu Jodoh Di Facebook

Dengan IzinNya Bertemu Jodoh Di Facebook

Dengan IzinNya Bertemu Jodoh Di Facebook
Dia lah yang akan bernikah hari ini yang ada jari tunjuk itu..
Erma Tambiasin namanya, bertemu jodoh melalui Facebook ...tahnia..Erma
Asalamualaikum semua..segar pagi ini di Keningau, kerana hujan semalam dan masih lagi hujan ketika ini. Hujan tu rahmat kena syukuri. Mohon lah doa padaNya agar beri kita hujan dengan iringan rahmat berkat dariNya. Moga terelak dari bala banjir mengejut. Mohon padaNya agar teman maya di mana juga dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga apabila hujan berlarutan.Musim hujan selalunya di bulan Disember. ( Panjang intro..kena komen pembaca baru tahu..)

Etuza Dapat Jemputan Kahwin

Hari ini sabtu, ada jemputan kahwin oleh seorang ibu yang memang selalu mesra dan suka berbual dengan Etuza. Sebabnya ada lah kaitan tentang hal bisnes sikit-sikit dengan dia dan ramai lagi kawan lain. Ibu ini datang sendiri jumpa Etuza hulur kad jemputan kahwin anak gadisnya. ( anak gadis dia yang di tujuk jari dalam gambar)

" Siapa yang akan berkahwin ni kak? " Soal Etuza pada ibu ini. " Ni, Erma anak saya tu..berjumpa jodoh hanya di facebook saja" Kata ibu ini. " Oo iya ke..wah syukurlah, dengan pemuda mana dia akan bernikah ?" Soal Etuza lagi. Hendak tahu beberapa yang wajib sahaja, pertanyaan lain simpan sahaja, tak boleh lah hendak korek sangat bagaimana insiden bertemu jodoh hanya melalui facebook." Pemuda dari Kundasang Ranau, orang kita, baik orangnya..tu yang bertemu jodoh tu dah berkenan elok percepatkan.." Jawab ibu itu. Alhamdulillah.

Kalau sudah jodoh dengan izinNya, maka jadilah dengan rahmatNya. Satu saja Etuza hendak kongsi pada anda semua. Etuza kenal Erma ini gadis yang baik dan sangat menjaga aurat. Masa Etuza hantar produk ke rumah mereka, ibu dia tak ada, Erma yang keluar ambil produk. Etuza sempat tengok dia memberi makan pada kucing banyak di laman rumah mereka, gebu-gebu kucing Erma. Dia kelihatan penyayang dengan kucing. Kini Erma bakal menjadi raja sehari hari ini. Syukur kepada Allah murah rezeki gadis ini.Tahnia..dan kami akan bakal hadir ke majlis persandingnnya petang ini.InshaAllah.

Keluarga Erma Tambiasin
Wanita berkaca mata duduk tengah itu lah ibu yang Etuza maksudkan..
Semua gambar ini anak-anak dan menantunya.
Wanita yang lembut dan soleh pasti awal jodohnya ..kerana Allah mahu wanita itu dijaga Disayangi dan dipimpin ke arah Syurga oleh lelaki solleh. Wanita berbangga lah andai ada kumbang datang hampiri..Kerana wanita itu dari tulang rusuk lelaki.

Doa pagi " Ya Allah ya Allah ya Allah ..ampunilah dosa-dosa ku yang lalu, ya Allah ya Allah ya Allah ampunilah dosa-dosa ku yang lalu, ampuni dosaku ya Allah, ampuni dosa teman ku ya Allah dan ampuni doa ibubapa ku ya Allah dan ampuni dosa semua saudara Islam ku Ya Allah juga ampuni dosa orang yang telah mati" Amin

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Alhamdulillah..
Jika sudah jodoh tak kira dimana pertemuannya ye Etuza..
Allah telah mengaturkannya..
Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke syurga..

Alhamdulillah, moga jodoh mereka kekal keakhirnya, aamiin...

tahniah selamat pengantin baru erma...jodoh pertemuan Allah penentunya. fb hanya asbab saja.

Hehe teringat teacher qila pun jumpa jodoh dkt fb hihi.
Alhamdulillah! Jodoh tak kemana ;)

alhamdulillah . kl dah jodoh tu , mudah je kan ...

salam , sebab tu dikatakan jodoh pertemuaan ditangan Allah :)

x kisah lah intro panjang pun..blog sendiri kan janji hati senang ;p

kalau dah jodoh datang nya dalam pelbagai cara...tahniah buat Erma

jam 11 tadi JM pegi kenduri kahwin..bos JM kahwin di Rembau N9...bila JM tgk suaminya..JM terkejut sbb mcm pernah tgk tetapi di mana ya...rupa-rupanya bos JM ni bertemu jodoh dgn suami beliau semasa Misi Bantuan Banjir di kelantan awal tahun 2015 yg lalu ingat tak...lelaki yg menjadi suami dia tu satu group dgn JM semasa misi bantuan tu..rupanya dorang mula berkenalan semasa misi tu..itulah yg di katakan jodoh

Teringat lak lagu Cinta Muka Buku..
jodoh tiada siapa yang tahu..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger