Berita Keningau Terkini

Berita Keningau Terkini

Berita Keningau Terkini & Geomatika College Keningau, Sabah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Kalau sudah anggap diri blogger, maka haruslah peka tentang tempat sendiri sekurang-kurangnya ada pengetahuan untuk dikhabarkan kepada peminat blog. ( Huuu! ada ke peminat blog- tunjuk muka ) Sebagai blogger mustahil tahu semua perkara walau dalam daerah sendiri, ada pun pengetahuan yang akan di ketahui ialah apabila blogger rajin mengembara, rajin membaca dan rajin online. Namun tidak semua akan diketahui. Daripada 10 perkara baru sekurang-kurang ada yang kita tahu dalam sepuluh itu, kalau 10/10 kita tahu itu sangat hebat dan luar biasa.

Kali ini Etuza hendak khabarkan bahawa Keningau Kini sekali lagi harus bangga dengan adanya Kolej baru iaitu GEOMATIKA COLLEGE KENINGAU yang tersergam indah di lokasi berdekatan dengan belakang Pasar Umum Keningau dan berdekatan dengan Pos Laju Keningau.  Kedudukan agak strategik dengan persekitaran yang bersih dan agak damai. Bangunan kawasan Kolej ini masih baru semua dan 80 % bangunan serta pintu yang ada belum dibuka atau belum beroperasi. Struktur bangunan kelihatan agak unik. Boleh anda lihat dalam gambar. Jika hendak mengalas perut dekat Kolej ini ada sebuah restoran baru. Hebat juga Keningau Kini dalam prasarana pembangunan yang pesat. Masyarakat Keningau harus bangga dengan kemajuan setapak ini.

Geomatika College yang Etuza dengar ada menawarkan kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pelatih boleh membuat latihan mengajar atau pratikal di sekolah yang ada Prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tetapi syaratnya pihak pengurusan Gematika College harus terlebih dahulu menghubungi pihak PPD Daerah bagi tujuan kebenaran pelatih Kolej ini membuat latihan mengajar di Prasekolah. Jika tidak pihak sekolah yang ada Prasekolah tidak akan menerima pelatih tersebut. 

Informasi Kemudahan Pendidikan &  Prasarana  Di Keningau Setakat Ini.

1. Institusi Pendidikan Guru Malaysia ( Dulu Maktab Perguruan Keningau)
2. Institusi Pendidikan Dakwah Islam Sabah, Cawangan Keningau.
3. Pusat Kraftangan Sabah - Cawangan Keningau ( terbesar di Sabah )
4. Hospital Besar Keningau ( Hospital terbesar di Sabah)
5. Kolej Vokasional Keningau ( Kolej Vokasional antara terbaik di Sabah)
6. Kolej Giat Mara Keningau ( Bangunan Baru Giat Mara sedang disiapkan)
7. Sekolah Menengah  Agama Keningau ( masih baru dan Terbesar Di Sabah)
8. Sekolah Agama Negeri  Di bawah JAHENS  ( baru beroperasi - sekarang masih menumpang bangunan)
9. Sekolah Memandu IDA ( Institut Driving Akademy ( Di kira masih baru dan lokasi yang strategik berhampiran dengan  PUSPKOM JPJ Keningau )

Nota : Sesiapa orang Keningau yang terbaca artikal ini, mohon buat pembetulan jika ada kesilapan nama tempat itu dan beritahu dalam komen jika ada lagi organisasi kepada kemajuan pendidikan di Keningau.
Arah jalan ke College Geomatika Keningau
Di sini ada restoran Muslim..dan barisan ini
ada Pejabat Pos Laju Keningau.
hakmilik@etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

semakin maju keningau. bagus juga untuk penduduk setempat ada peluang berniaga dan bagus untuk anak-anak keningau mudah untuk sambung belajar

Keningau semakin berkembang ya Cikgu...

assalam Keningau semakin pesat pembangunannya.

wahh... bagus ada Kolej ni cikgu.. dapat memberi ilmu pada anak2 tempatan..

Hospital besar Keningau yang terbesar di Sabah ka cikgu etuza? Saya pun kurang pasti pula..

nah!! keningau semakin maju

bila sebut kolej ni yuran pendaftaran mesti mahal kan

Semakin bertambah institusi pendidikan di Keningau

Tq info geomatika college...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (302) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (185) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (177) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Makanan (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger