Kepada Anaknada Yang Mengambil PT3
Oktober 2015 Inilah Doa Tulus Untukmu
Serta Doa Kepada Anakanda Yang Berada Di Ratauan.
Entri ini cedokan dari laman Pesona Warna-Warna
Kehidupan. Klik SINI
Kata Madah
HIDUP INI ADALAH SEMENTARA, KITALAH HAMBANYA SEBAGAI PELAKON MEWARNAKAN KEHIDUPAN YANG BAKAL MENDATANGI..BUKALAH PINTU HATIMU...
Doa Kami
" Ya Allah hu akhbar, ampunkan dosa-dosa anak-anak kami,jauhi mereka dari hasutan kejahatan yang membisik, jauhi mereka dari sikap bermalasan, berikan mereka kekuatan dan keyakinan agar selalu menginagtiMu. Ya Allah hu akbar, limpahkan daya fikir yang baik kepada anak-anak kami agar betah dan cepat memahami ilmu dipelajari. Jadikanlah mereka anak yang menurut kata ibubapa, guru dan taat kepada perintahmu, beri mereka kesempatan untuk berjaya di Dunia dan di Akhirat.Amin ya rabbal alamin
" sajak kami Wahai anak-anak ku..Adakah kau tahu isi hati ku dan mamamu.. Adakah kau rasa betapa amat mensyukuri.. Tika lahirmu, mendengar tangismu.. Kala pagi memecah keheningan subuh hari..Adakah kau tahu ..tiap detik berlalu.. Terisi detik yang lalu jua detik mendatang.. Ada kalungan doaku dan mama mu.. Mengalungi melingkari tubuh mu..Bahawa ingin kan kau damai sejahtera selalu..Di dalam pelukan masa yang penuh warna keriangan..Bahawa ingin kan kau tabah dan perkasa.. Membawa belati putih menempuhi cabaran hidup..Bak pahlawan membunuh tiap duri dan onak ranjau..Bak perwirawati..musim muslimah yang kamil...Yang akhirnya kau sedar sudah dipuncak jaya..
Tahukah kau wahai anak..Tiap kata ku dan mama mu..Adalah azimat bak permata menyuluh jiwa..Laksana lorong yang basah tanpa kemarau..Adalah azimat untuk mu menuju jaya..Kerana tiap kata dan doa kami..Adalah hikmah
dan arahan dariNya...Bahawa menurut kata ibu dan ayah itu..Satu kewajibanmu mendengar setulus hatimu..Kerana ada berkat dan rahmat memayungi..Kejayaanmu..Di Dunia dan Di Akhirat..Wahai anak, adakah kau belum tahu..Maka inilah datangku dan mama mu..Memberitahu mu setulus hati.
Marilah Bersama Berusaha Menjadi
Ibubapa Yang Terbaik.Usaha Ikhtiar Doa Tawakal
Inilah Ismat Afif yang akan duduk PT3 Esok hari |
"Semoga anakku yang mengambil PT3 pada minggu hadapan akan dapat menjawab dengan tenang dan berjaya menjawab tiap soalan pada semua mata pelajaran dengan cemerlang. Doa ayah dan ibu akan mengiringi setiap detik untukmu." Amin.
Karya dari hati
ETUZA.
15 Ulasan
assalam..semoga anak cikgu sukses cemerlang dlm exam pt3 nanti..insyaAllah...aamiin.
BalasPadaminshaAllah terima kasih PI..
PadamAmin...sebak baca entri ni...moga anak cikgu tenang mnjawab kertas soalan
BalasPadamIryanty terima kasih kerana merasa kan doa itu..terima kasi
PadamAmin.. Moga semua anak2 cikgu peroleh kejayaan di dunia dan akhirat.. Best of luck untuk Afif ... :D
BalasPadamterima ksih Ikhwan...
Padamamin..amin..amin...Moga Afif tenang menjawab setiap soalan ye..selain redha Allah..redha ibu bapa juga menjadi keutamaan..moga Allah permudahkan semuanya..
BalasPadambetul PC terima kasih moga PC juga beroleh kejayaan .amin
PadamAaminn.... Moga kejayaan sentiasa bersama
BalasPadamSemoga anak-anak cikgu semuanya beroleh kecemerlangan dalam pembelajaran dan juga kehidupan... aamiin ya Robbalalaamiin..
BalasPadamgood luck ismat afif
BalasPadamassalamualaikum etuza...semoga berjaya hendaknya...:)
BalasPadamaamiin. doa dari seorang ayahanda...semoga anakanda etuza dapat menjawab soalan dengan tenang
BalasPadamSemoga anakanfa cikgu dan adik-adik yang menduduki peperiksaan PT3 mendapat keputusan yang cemerlang.. ;)
BalasPadamSemoga anak-anak Cikgu Etuza berjaya dalam pelajaran dan kerjaya juga nanti ^-^
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.