Bilangan Followers Blog Tidak Berganjak Seolah Statik!

Bilangan Followers Blog Tidak Berganjak Seolah Statik!

Bilangan  Followers Blog Tidak Berganjak Seolah Statik!


Assalamualaikum Semua & Salam Sejahtera!. 

   Nampaknya Etuza sekali lagi keudara maya. Terasa hendak mentarikan jari jemari, untuk menyatakan satu beku di dada ini. Ingin bertanya kepada seseorang yang tidak tahu siapa. Tetap juga hendak nyatakan pertanyaan ini, beku di dada ini agar terlerai seketika. Sebelum itu mohon baca sajak ini. 

" Follower Blog Lambang Kegembiraan"

Bertanya pada angin 
Pasti tanpa jawaban pasti
Bertanya pada hujan
Hujan tidak pernah akan dengar..
Bertanya pada alam 
Diri  tidak kuasa membelah buana..
Kerana pasti buana alam tidak pernah akan mendengarkannya
Lalu .....
Bertanya pada teman maya..
Ada tenda lakaran jejak mereka..
Bertanya pada sahabat bloggers..
Akan ada lontara suara menyatakan perasaan
Sebab itu perlunya bertanya..
Agar beku membeku di dada terlerai seketika ..
Remehnya pertanyaan ini..
Diajukan juga...dizahirkan jua..
Agar semua menjadi saksi betapa itu amat berharga sekali..
Betapa unik kelihatannya ruangan FOLLOWERS mencanak naik..
Setiap ketika terisi ruang yang kosong..
Alangkah bahagia jiwa seorang blogger..
Sayang sekali ...
Dijejaki dan persinggahan pasti imej diri melabuhkan diri..
Turut bertapak mengisi ruangan followers teman maya..
Walau tidak dikenali tetap imej menjadi taruhan..
Bukti ETUZA menjadi seoranga antara ribuan followers itu..
Sayang tidak di perdulikan..
Sayang kemesraan itu tidak di lihat..
Sayang sekali kerana kesempatan mengenali tidak akan terungkap..
Menerusi segmen dan segmen tanpa malu ada menyertainya..
Lalu membuat jejak followers..
Entalah kenapa tetap bilangan 330 tetap statik..
Sudah lama impikan perubahan..
Sebab ruangan terhampar untuk yang baru..
Yang telah lama mengikuti begitu bahagia melihat mereka..
Teman mayaku...
Bukan keutamaan kerana bloggers lain tidak membuat apa-apapun..
Itu cara mereka kita usah persoalkan..
Ini Pesona Etuza...berharap..Followers bertambah dan bertambah...
Kerana ruangan followers lambang kejayaan jua..
Ada rasa kepuasan dalam berblog..
Seandainya ruangan follower terus bersinar..
Terus menjadi banyak tidak terkira..
Akhir sekali..dalam bicara ini...
Follow lah blog ini...anda tidak akan rugi apa-apapun..
Melainkan anda menyumbang satu rasa bahagia kepada insan ini..
Semoga nantinya Allah berikan rahmat pahala bagimu.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

19 ulasan

In sya Allah cikgu..berkat kerajinan cikgu update entry..sabar dan ikhlas..pasti berbalas kelak..amin...jangan putus asa..

Cikgu .....sedihnya puisi ini hihi....mcm mengharapkan follower jer.
Kalau tanya pandangan okje, okje tak kisah pun follower sikit ke banyak tapi yg penting teman blogger rajin berkomen disini......

Mula mula blogging mungkin okje mengharapkan ramai follower tp rupanya itu tak menjamin mereka datang selalu ke blog kita pun...

ehh JM dah follow ke belum eh ;

susah jgk nak komen pasal follower ni bak kaa cikgu Etuza.....dah join segmen buat still follower x bertambah buat for me...JM x de lah nk kejar sgt bilangan follower jika ada alhamdulillah n i will follow back

sabar ye cikgu Etuza..sikit masa lagi cecah lah tu 400 org..in sha Allah

Asalamualaikum cikgu..salam hujung minggu...banyak juga tu cikgu berbanding follower yan...

Salam cikgu. . Entahlah.. mgkin jg ramai blogger baru yg agak memilih utk follow...follower sy pun dah lama statik.. pelik jg...huhu... apapun dh lama follow sni... moga akan bertambah bilangan sahabat alam maya ini...

Sangat setuju dengan PC..terima kasih ya beri semangat

Betul tu Cikgu, saya setuju dengan OKje..

Follower ramai tapi jejak yang ditinggalkan sikitpun rasanya tak berbaloi

Cer tengok kat Laman OKje, komen rakan2 fuhhhhhhhhhhhhhh meletop2..

Mula2 join dulu, memang nak follower ramai, bila dah jumpa hala tujuan berblog, tak kisahlah follower bertambah @ statik.

Sekarang ini lagilah saya tak kisah, ada follower baru atau tidak..

Lagipun blog saya sekadar blog personal, abis2 gambar Alya jer yang timbul.

InsyaAllah will be increase soon :)
Dont giveup Etuza

Sabar Etuza..nanti pasti akan ramai follower..

Insyaallah cikgu..nnt ramai yg follow..

betul tu kak Umi Alya...follower ramai tetapi pembaca setia x ramai...x best jgk kan..bagi JM lah...klaau boleh nk dapat ramai kenalan di alam maya..berbalas2 kmen baru rasa meriah

setuju dan sokong akak Okje dan kak Umi Alya

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (302) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (185) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (177) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Makanan (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger