Sugarbuns Di Beach Tanjung Aru Kota Kinabalu

Sugarbuns Di Beach Tanjung Aru Kota Kinabalu

    Lawatan Etuza seisi keluarga di Beach Tanjung Aru Kota Kinabalu, berakhir di Sugarbuns. Permis menyediakan pelbagai makanan yang memang lazat dengan secawan white coffie atau milks tea atau apa - apa yang anda perlukan.Terus terang Etuza nyatakan bahawa bukan lama kami bersantai di Beach Tanjung Aru, hanya sekitar dua jam sahaja. Dua jam kami manfaatkan bersiaran di Beach Tanjung Aru Kota Kinabalu.

Bergambar, merenung ombak laut, menulis seketika nama di pasiran yang halus, berjalan menyusuri tepian pantai laut, sesekali bergerak jauh apabila ombak laut menghempas ke pantai. Melihat bot atau kapal layar berlalu serta melihat kanak -akan di temani ibu ayah berenang di laut dan sesekali menyelam ke dalam air laut.Kelihatan kanak - kanak berlari berkejaran namun tidak juga kami lupa melihat ada tetamu lain begitu asyik melihat keajiban samudera lautan. Kalau ikut kan hati terasa hendak lama berada kerana selalunya tidak berkesempatan datang di Beach Tanjung Aru ini.

Nampaknya kunjungan kami di Beach Tanjung Aru berakhir di Surgabuns di Beach Tanjung Aru. Anak -anak Etuza semuanya ingin membasahkan tekak sebelum beredar. Kami di layan dengan baik dan oder jenis minuman serta kuih serta snak pilihan masing - masing. Etuza tidak merancang untuk makan tengahari di Sugarbuns Beach tanjung Aru, sebaliknya hendak cepat kerana tidak lama lagi akan sampai ke jam 2 petang. Sebelum jam 2 petang kami beredar ke Lapangan Terbang KKIA.

Apa yang nyata sekali ialah anak-anak sangat gembira dapat melihat suasana Beach Tanjung Aru kali ini. Etuza dengar ada ajakan untuk kunjungi lagi Pantai Tanjung Aru bila ada kelapangan masa. Percutian yang hanya 2 hari sahaja cukup banyak meninggalkan kesan emosi anak - anak Etuza. Etuza bangga sekali kerana nampaknya anak - anak Etuza tidak banyak cerewet tetapi mereka menampakkan kegembiraan dan saling bergurau antara satu sama lain. Etuza pula pastilah teringat banyak bahan kali ini untuk di kongsi di blog. Kerana sebelum ke Beach Tanjung Aru kami semua ada pergi ke Lok Kawi di Putatan Kota Kinabalu. Anda tahu apa ada di Lok Kawi Putatan Kota Kinabalu? Saksikan di blog Etuza dalam masa terdekat ini nanti. Harap klik laman Etuza. Jumpa entry Lok Kawi Putatan nanti.

Tengok mereka happy kan..Syukran Etuza dapat berikan mereka rasa
bahagia pada hari itu...
Entry Menarik Klik SINI dan SINI
Kelihatan Alya rasa tidak puas hati..Entah apa yang
mereka bincang kan ini. Mungkin mama beri semangat kepada
kakak agar tabah nanti di rantau orang..akan flight ke Mesir...
pada jam 2 petang hari ini 24 Sept 2015
Nak balik ..kenderaan pun menunggu tuan masing2
Tidak ketinggalan kenderaan milik Etuza..
Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu
Pantai indah sangat menarik kalbu
Subahanallah inilah keajaiban buktiNya
Segalanya lukisan semulajadi dari yang Esa. ( Etuza )

Sahabat jauh bertandang ke Sabah
Pasti ada beramai - ramai flight di musim cuti
Jangan lupa singgah di Beach Tanjung Aru Sabah
Pasti melakar kenangan indah di pasir pantai.( Etuza )

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

SubhanAllah menikmati anugerah ciptaan Allah dengan aktiviti yg dpt mengeratkn hubungan kekeluargaan... Apa2 moga anak cikgu selamat sampai ya.. :D

Alhamdulillah Ikwan mereka happy ..syukur dah ada berita anak di Mesir katanya baru ke rumah orang Arab..ada kenduri raya haji..biasa makan daging unta mungkin...

Alhamdulillah... aktiviti kekeluargaan yg menceriakan.. menarik tempat ni. Mudah2an satu hari nanti dapat ke sana juga... :)

Seronok lihat keharmonian keluarga cikgu...

Ya KK tempat ni menarik di Sabah..ramai pelancong dtang

Terima kasih ya..

seronok dpt berkumpul ramai satu keluarga dengan anak2 yg semakin membesar

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger