Hal Berkaitan Khutbah Jumaat & Perkara Sunat Yang Berkaitan
Khutbah Jumaat bererti perkataan yang mengandung MOUIDZAH ( pengajaran ) dan bimbingan ibadah yang diucapkan oleh khatib dengan syarat - syarat yang telah ditentukan syariat dan menjadi rukun dalam memberikan pengertian kepada jemaah menurut rukun mendirikan solat Jumaat.
Khutbah Jumaat mempunyai dua bahagian dan setiap bahagiannya terdapat tempoh rehat sejenak dan khutbah dilaksanakan sebelum perlaksanaan solat.
Dari Jabir Bin Samurah, berkata "Bahawasanya Rasulullah SAW berkhutbah dengan berdiri, kemudian duduk,kemudian berdiri lagi..." ( Riwayat Muslim )
Antara syarat -syarat Dua Khutbah Jumaat.
Syarat - syarat dua Khutbah Jumaat adalah seperti berikut:-
1. Khatib mestilah lelaki
2. Khatib mesti normal pendengarannya dan tidak tuli.
3. Khatib mesti suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
4. Khatib harus suci badan, pakaian dan tempatnya.
5. Khatib menutup aurat.
6. Khatib berdiri pada waktu menyampaikan khutbah, kecuali bagi yang tidak mampu untuk berdiri.
7. Khatib harus duduk isterehat sebentar di antara dua khutbah.
8. Tertib berturut - turut antara kedua - dua khutbah dengan pelaksanaan solat..
9. Khatib harus menguatkan suaranya, sekurang - kurangnya didengari oleh empat puluh hadirin.
10. Khutbah dilakukan pada waktu Zuhur.
11. Rukun khutbah harus menggunakan bahasa Arab.
12. Khutbah dilaksanakan di tempat yang adanya solat Jumaat.
Semoga para pembaca akan menadapat informasi hal solat Jumaat dan paparan ini lebih bermanfaat kepada hambaNya yang bergelar mualaf. Dapatkan infor hal keagamaan dan mantapkan jiwa agar lebih kukuh akidah dan iman.
6 Ulasan
Asalamualaikum ...hari jumaat hari yang ditungu tungu untuk mendengar khutbah jumaat..
BalasPadamsalam jumaat yg mulia lagi penuh barokah...perkongsian info yg berguna ni...tq.
BalasPadamMenjadi wajib bagi lelaki mulim ke masjid atau surau tunaikan solat jJumaat.Jika x ada alasan kukuh kena tunaikan
BalasPadamSalam Jumaat Cikgu Etuza, perkongsian bermanfaat ^-^
BalasPadamAssalam,etuza sblum tu kakak dh baca komen etuza tu,..mmng patut panggil kakak dah brusia pun cuma bezanya lewat dpt zuriat sbb tu ank kakak lbh muda.
BalasPadamKakak dengar khutbah dari rumah je..
Perkongsian yang bermanfaat
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.