Blogger Pesona Etuza Santai DI Pantai Tanjung Aru Sabah

Blogger Pesona Etuza Santai DI Pantai Tanjung Aru Sabah

    Menulis Nama Blog Pesona Etuza Di Atas Pasir Di Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu, Sabah. Kemudian nama itu terhapus apabila ombak laut menghempas ke tepian pantai. Berbagai aktiviti orang sekitar Sabah dan para pelancong yang datang berkunjung ke Tanjung Aru Beach pada masa Etuza sekeluarga bersiaran di Pantai Tanjung Aru pada hari selasa.

Menaiki kenderaan beroda besar, berenang, bermain pasir, duduk santai merenung ombak laut. Kejar - kejaran penuh riang bagi sekumpulan kanak - kanak dalam pengawasan ibubapa.Terdapat juga yang sedang menjamah juadah di kawasan teduh yang disediakan. Pasti makanan yang di bawa terasa sedap apabila bersama anak-anak serta kedua ibubapa bersama-sama menikmati lazatnya makanan yang disediakan oleh peserta sendiri.

Untuk anak-anak Etuza, Etuza melihat mereka sangat happy pada hari khamis kerana berkesempatan berkunjung di Pantai Tanjung Aru satu kawasan yang sangata luas lautannya.

Kepada yang berminat berkunjung ke Pantai Tanjung Aru Beach, segala kemudahan ada di Tanjung Aru, Sabah. Berbanding dahulu kemudahan seperti tempat duduk yang selesa belum banyak. Gerai-gerai menjual makanan dan minuman juga banyak beroperasi setiap hari. Tandas awam sentiasa bersih dan strategik. Datang lah ke Tanjung Aru, Sabah.Pasti anda terasa hendak mandi bermain air laut. Kulit badan yang bermasalah segera sembuh. 

Gambar Berbicara 

Antara lain style kerusi dan meja yang disediakan di Pantai Tanjung Aru Sabah

Sementara jalan menuju ke Pantai Tanjung Aru ialah jalan menuju ke arah Sembulan dan ikut terus ke Lapangan Traminal  2 Air Asia.Jalan terus kerana tidak susah mencari tempat Pantai Tanjung Aru kerana pantai ini adalah tepian lautan di Kota Kinabalu.


Untuk masuk ke Pantai Tanjung Aru, kita hanya di minta bayar tol untuk car park. Jika lama berada di Pantai Tanjung Aru, maka kita kenalah di minta bayar lebih.

Ha kalau berkunjung ke Pantai Tanjung Aru, kenalah ambil gambar, dan cubalah ambil gambar dengan style sendiri lebih baik post special untuk blog anda. Bukan seperti gambar - gambar yang Etuza rakamkan ini kurang bagus. Tetapi syukur dapat abadikan gambar di Pantai Tanjung Aru seisi keluarga. 

Mama & Alya ambil kesempatan duduk santai berehat2 di kerusi kayu yang sangat best untuk duduk melihat pantai dan ombak laut.

Duduk berdua di bawah teduhan payung ..Memang sangat sesuai untuk membasahkan tekak di Tanjung Aru beach

Wanita dan anak-anak perempuan Etuza. Mereka gembira itu
kebahagiaan Etuza

Kemungkinan merenung lautan dan ombak laut, perasaan kita menjadi tenang..
Abadikan kenangan ...tengah menunggu adik-adiknya ...kakak tersenyum riang sambil berehat..
Lagi suasana sepanjang tepi Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah
Jalan menuju ke tandas awam...
Sudilah mampir di Sri Tanjung, sekurang-kurangnya oder snak makanan petang dan segelas air kopi...
" Pantai indah saujana memandang,
Tidak jemu di pandang mata,
Sudilah datang  kami mengundang
Melihat Pantai Tanjung Aru sungguhlah ceria"
by etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

cantik permandangan...selamat hari raya adidiladha

cantik pantai ni..syukurlah Sabah tak terjejas dengan jerebu

Bestnya ekin belum lagi sampai lg ke sabah tu ...

semakin cantik pantai ni dh la,a x singgah sini

Salam perkenalan ..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger