Kesibukan Kali Pertama Minggu Persekolahan 2015

Kesibukan Kali Pertama Minggu Persekolahan 2015

Kesibukan Kali Pertama 
Minggu Persekolahan 2015

Dan  Etuza harus akur bahawa ada ketika 
sepi blog, no entry, no komen, no respond, 
no interaction, no klik serta no blog walking.
Bulat dan Lili wakil Etuza menyatakan kesibukan berlaku
hari ini, mohon maaf bagi pihak tuan kami Etuza.Dia sibuk seketika.

Kesibukan Kali Pertama Minggu Persekolahan 2015
    
    Hari pertama pembukaan sekolah minggu pertama di sekolah Etuza, memang sibuk yang lain dari persekolahan biasa. Sebagai guru kesibukan bertambah apabila seseorang guru tersebut di beri penghormatan sebagai guru bertugas mingguan di sekolah. Dan kali pertama minggu persekolahan Etuza di beri penghormatan sebagai guru bertugas bersama dua orang guru lain. Dan kami bertiga harus bekerjasama. Antara tugasan yang telah Etuza laksanakan dan kerjasama juga dengan dua orang guru lain. Antaranya ialah:-

1. Etuza menjadi pengerusi majlis perhimpunan rasmi di dewan perhimpunan.
2. Etuza menyampaiakan pengumuman yang diminta oleh pentabiran sekolah.
3. Etuza membantu lembaga Hal Ehwal Murid mengagihkan duit RM 100 wang bantuan awal persekolahan.
4. Etuza mengambil kehadiran murid di setiap kelas.
5. Etuza meminta agar rakan bertugas membuat catatan ke buku rekod guru bertugas pada apa sahaja maklumat yang berlaku di sekolah.
6. Etuza mempastikan kawasan sekolah tiada sampah yang dibuang oleh murid selepas rehat.
7. Etuza mempastikan kelas ada guru dan masa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Membantu pihak pentadbir membuat pantauan.
8. Etuza mempastikan disiplin murid baik dan berharap tiada murid mengadu hal masalah disiplin dan berharap tiada murid  yang sakit.
9. Etuza mempastikan papan maklumat enrollment kemas kini.
10. Etuza memudahkan ibubapa yang datang ke sekolah dengan cara melayan mesra mereka dan memberitahu arah ke pejabat sekolah.
11. Etuza, membantu sekolah mempastikan tiada masalah bekalan makanan di Rancangan Makanan Tambahan dan makanan di kantin sekolah. 

    Kepada anda semua, inilah antara tugas guru bertugas setiap minggu di sekolah selain masuk mengajar dalam kelas. Kepada anda Etuza memohon agar tidak tunding kelemahan guru jika ada anak anda yang sukar menjadi pandai di sekolah. Sesungguhnya kita semua bertanggungjawab atas kemanjadian anak-anak di sekolah, terutama ibubapa itu sendiri. Etuza hendak menyatakan bukan semua guru berkerja sekadar melepas batuk di tangga. Hakikat sekarang ini apa saja jabatan seolah pernah dicemari oleh pihak individu yang kurang bertanggungjawab. Bermakna di sini seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. Apa kan daya kita, manusia ini hakikatnya kita tidak sempurna. 

Baca keajiaban Allah di laman SINI.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

21 ulasan

ASSALAM...BANYAK BETUL TUGAS CIKGU YA..KAK MMG TAU TUGAS CIKGU NI SIBUK SGT SBB DIRUMAH KAK PUN ADA SORANG CIKGU...

busy nya cikgu di awal minggu persekolahan!

Cikgu, kemanjadian itu membawa maksud apa?

Manja semulajadi ke apa?? Maaf...

Wahhhh sibuk bebenor tu.. Sama dengan saya walaupun kita berlainan bidang, beberapa entri Cikgupin belum habis saya baca..

Assalam cikgu, saya yg cuma cikgu tadika ni pun sibuk, apa lagi cikgu sekolah mcm cikgu, tambah lagi baru bukak sekolah, banyak benda nak disettlekan, banyak yang nak diperhatikan, so..kami faham.
Apapun selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

selamat kembali menjalankan tugas ya cikgu..

banyak tugasa ckgu ya...semoga dipermudahkan ya cikgu

Memang sibuk sangat minggu ni kan cikgu etuza. Tak cukup tangan mau mengurus semuanya. Yang penting ikhlas menyumbang peranan dan tenaga, pasti Allah beri balasan yang jauh lebih baik..Insyaa-Allah..:)

cikgu saya tag ckgu join GA dri Dr. shikin
http://sayazarulfarhana.blogspot.com/2015/01/my-birthday-giveaway-by-dr-shikin.html

wah memang sibuk Etuza..apa pun jangan lupa jaga kesihatan sama ya.

Hai Bulat , hai Lili.. bagusnya tolong wakilkan Cikgu Etyza ya

Amboiii banyak betul tugas cikgu etuza.
All the best, cikgu.

itu cikgu "Dan Etuza harus akur bahawa ada ketika
sepi blog, no entry, no komen, no respond,
no interaction, no klik serta no blog walking" tapi bagi JM NO NEW ENTRI huhuh

tak pe cikgu..menulis blog adalah hobi sampingan je utamakan yang wajib dulu ye

walaupun sibuk tetapi ada entri setiap hari ok lah tu jgn jadi seperit JM Ni almost 2 weeks x update blog...adakah blog akan sepi selamanya huhhu

Tugas sbg seorang guru mmg amat berat then JM amat menghargai jasa seorang guru tapi guru siapalah JM sekarang :-)

Sebagai ibu bapa, beberapa hari ni pun saya turut sibuk. Nak mengadjust masa seperti sediakala selepas cuti sekolah hehee. Jalan raya pun dah mula sesak kembali. Semoga dilancarkan segala urusan cikgu Etuza ye... aamiin.. :)

All the best untuk CIkgu Etuza.......Semoga segalanya dipermudahkan untuk CIkgu ..

bermaksud individu yang menjadi anak yang berdisiplin yang bakal menjadi genarasi yang berguna kepada agama bangsa dan negara ..itu lah maksudnya tu UMI

ni lah kucing kesayangan anak2 Etuza ..nak beli makanan pun satu hal..apakan daya kucing ni pun makhluk yang nak hidup..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (445) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Promosi. (313) Doa (312) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Artis (20) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger