Resipi Telur Rebus Masak Merah

Resipi Telur Rebus Masak Merah

Resipi Telur Rebus Masak Merah 
Menu Keluarga Etuza ( Special Dari Mama )
Terima Kasih Mama...
Ini rupa masakan telur rebus masak merah Mama.

Bahan-Bahan
1. 5 biji telur ayam ( ikut suka hati )- di rebus dahulu
2. 2 batang daun bawang -dipotong
3. 1 biji lada merah - dihiris halus
4. 2 biji bawang merah- tumbuk halus
5. 2 biji bawang putih- ditumbuk halus
6. Bawang besar 1 biji- dipotong dadu
7. Sedikit garam, gula dan ajinomoto.
( garam jangan banyak sebab sos tiram sudah masin )
8. 2 sudu besar sos tiram
9. 2 sudu besar sos cili dan tomato puri.

Cara Menyediakannya.
1. Bersihkan telur dan rebus hingga masak
2. Sementara menanak telur bawang merah, bawang putih ditumbuk halus.
3. Bawang besar dipotong dadu, daun bawang dipotong dan lada merah dihiris halus.
4. Setelah masak telur rebus, buang kulit telur dan belah cara memanjang ( ikut suka anda )setelah siap ketepikan.
5. Sos cili dan tomato puri digaulkan bersama 2 sudu sos tiram serta garam, gula dan ajinomoto.Masak dan masukkan potongan dadu bawang besar dan hirisan lada merah.Bila masak angkat.
6. Ambil belahan telur letak atas pinggan secara satu persatu kemudian titiskan campuran sos tiga rasa tadi perlahan-lahan. Ulangi sehingga belahan telur rebus habis di susun ke pinggan.
7. Akhir sekali taburkan potongan daun bawang sebagai penyeri resipi ini.

Selamat mencuba untuk seisi keluarga. Ada bahan bolehlah anda memasak. Terima Kasih.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

114 ulasan

ringkas je resipi ni tapi JM perlu gantikan ajinomoto atau pak haji naik moto tu dgn perisa/perasa lain..JM x mkn ajinomoto...smlm makan bihun sup..sakit sgt kepala..rupanya dalam kuah sup tu letak pak aji tu..berdenyut2 kepala sampai ke malam huhhu

Boleh jugak kan resipi yg sama JM gantikan denga ikan siakap je..ikan bawal ke kan cikgu..tapi JM ni rajin masak yg simple je..almaklumlah masak mkn sendiri :-)

@Jari Manis

Boleh saja ya JM ikut kreativiti JM masak apapun janji JM ikhlas memasak..ha baru sedap

Asalamualaikum ..pelik dengan Etuza pun ada Verty adoi.. apa nak buat ni dah juga klik NO mahu rujuk blogger UMI lah ...UMI mana UMI kat mana ni ...(((

Mungkin akaun google kot ..

Saya ada ni Cikgu, ada program luar..( baru punya kesempatan buka blog), insya allah malam nanti..

Amboi rajinnya JM masak, bertuahnya bakal suami nanti..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

usim cuti...musim kenduri ni..banyak dapat bunga telur...bole la dicuba resepi ni nanti.

mudah nak buat resepi ni sesuai untuk orang bujang macam CP..

In sha Allah Aminnn :-)

Apa kata telur rebus yang dikupas kulit digoreng seketika hingga ke warna kekuningan, barulah dibelah dua, cadangan saya..

sedap nampaknya cikgu etuza.
bungkus satu

Nampak ringkas dan mudah. tapi kalau saya yang masak belum tentu jadi hahaha

pak aji no moto memang tak elok makan.
saya tak beri larangan keras buat isteri untuk menggunakannya. huhu

JM dah masak pos kat saya ya.

masak dengna ikhlas itu terbaik walaupun hanya goreng telur :)

cuba log out akaun dan sign in semula cikgu etuza di semua device

CP mesti hebat memasakkan. Saya langsung tak reti huhu

Amboi2 aRz.. udah terjangkit kami berdua k, kemain lagi bertalu2 tinggal jejak.. ahakkk

Suami suka stail gitu sbb kulitnya garing kekuning2an, cantik jer bila terhidang..

aRz beruntung, isteti pandai masak

Betul setuju dengan umi, memang lebih sedap goreng...resipi tu bukan lagi telur rebus umi..tapi telur rebus goreng merah hehehe..

aRz nak makn megh datang umah :-)

Tak nak kalah tu eheheeheh

wah...cikgu ahahaha

Untung lah ada isteti...mcm kami ni huhhu..nk mkan pegi ke dapur buat sendiri

aRz.. Keliru jap.. Tak beri larangan keras @ beri larangan keras?

Rumah sayapun bebas aji no moto walaupun pada mula2 dulu agak susah nak elak sebab keluarga suami pengguna tegar aji no moto, mengalahkan penggunaan garam...

Alhamdulillah berjaya akhirnya.

JM jemput aRz jer k, akak???

xper, meh ramai2 tinggalkan jejak kat sini, idok le laman Cikgu terbiar kosong

Akak setuju 100%, yang penting keikhlasan dan nak tambah KASIH SAYANG dalam masakan.

Masalah dah selesaikan? Entah le blogspot, macam2 gaya kekdah..

Pastinya dua2 cara SEDAP..

Kalau akak bertandang rumah JM, guna ikan bawal ya sebab akak tak gemar siakap

Fuh..kak Umi pulak yg lebih rajin reply komen dari tuan rumah ahaha..confius sudah

ka Umi pandai masa..malu nk jemput makan masakan org yg x pandai masak ni heeee

tak best jgak asyik ita je yg tinggalkan komen

JM x boleh langsung mkn masakan org yg letak pak aji ni...lepas makn je kepala mula sakit..rasa nk muntah huhuh

Wahh..akak suka ikan 'mahal' heee...iakan siakap pun sedap apa..goreng garing ..buat masak merah..nyum nyum nuym

JM suka masak sambil senyum...buat iar teh pun senyum je..bila mium sedap rasanya walupun hanya teh o heee

kalau x nk susah dgn verty tu x perlu guna pop pup window

kak umi masak apa pun sodap argh...

Akak dpt pelepasan Cikgu Etuza, dia bagi "green light", bila2 masa jaa boleh balas komen JM, tengok tu, Cikgu senyum kambing jaa baca komen kita berdua

Dulu bolehlah, idok le pandai sangat tapi sejak2 umur dah masuk ke usia kilauan emas, masak ala kadar jer.. mungkin penat kot..

Yalah, asyik kita berdua jaa

Alorrr bukan selalupun akak datang, inipun tak tau bila? Tapi rasa2nya sini k sana dekat jer, hi3

Oh ya, akak dah terima kiriman, tqsm.. nanti wat entri.. (erkkkk kita dah salah guna laman Cikgu untuk personal..)

Tambahkan senyuman dalam masakan.

Masih berfikir nak ubah setting ke tidak?

Alahai adik akak yang manis, cam le JM pernah makan akak masak...

tak perlu fikir..tukar je kak

dh dpt eh..alhamdulillah...terima kasih kerana support blog JM tp perlu lah up entri akak small gift je tu :-)

Betul ke cikgu selesa ngan kia berdua ni kak

kak umi...sedap x sedap janji si suami dan anak2 suka..ok lah tu

ahahah....kak umi ni kan..pantang nampak JM komen mesti nk 'jawab' kan ahahaha

Entahlah JM, tuan rumah senyap jer tapi komen2 merapu kita tetap 'up', itu tanyanya suka kot...

Udah JM bersembang dengan akak, nak tak nak kena layan, nnt dikatakan sombong pula, ahakkk

Itu tandanya sedapkan?? perasan jap, hi3

Comel, benda kecik, xmo tunjuk pd Alya, kan si ibu berputih mata, kejam tak akak berebut dengan anak?

Masih berfikir lagi, alorrrr JM, kt laman akak xderpun yang bertalu2 tinggalkan komen cam kita berdua, maklumlah tak glemer...

ahahaha...ada lagi ingatkan dah habis

ahaks...Arz dan CP org berbeza kan

x pe nanti JM rajin kan diri ehh

ahaks...ada lagi sambungan nya tu

heee...x pe next time JM kasi 2 supaya dua2 org dapat :-)

tuan tanah suka kak Umi yg rajin tinggalkan komen

kak umi org yg paling rajin tinggalkan komen di blog cikgu Etuza nih compare dgn blog org lain

ahakss...JM dh tahu akak ni peramah

As'salam..oooo sini ya tempatnya..ni lah masakan kalau nak cepat..kalau goreng lagi macam UMI dan JM sangat sedap..lagi sedap tu..kalau letak lagi dengan hummm!!! sambal balacan aduh nah oral llau pun tak sedar..hehhee...entry lain tak nak komen ke..? alamk lari..kena marah ganggu JM dan kakak dia UMI..

Dua tiga blog jer akak tinggalkan komen, lain2 silent reader, kiranya yang terpilih, kalu banyak,, kan satu kerjapun tak jadi, ralit tau

Lagipun JM suka layan akak, apa lagi, meh le kita bersenbang..

cukup daa tu, segan..

Sebenarnya rasanya tak berubah, maklumlah telur rebus cuma ia digoreng seketika untuk nampak cantik kekuning2an.

Entri lainpun kami dah komen tapi dek hidangan telur rebus memikat mata kami, maka disinilah tempat kita bersembang sambil tengok hidangan telur di atas, kenyang rasanya, ahakkk..

Nampak gaya boleh dijadikan hidangan pagi esok, JM, meh kita masak guna resepi di atas..

ohh..di sini rupanya kak umi hihihi

ayooooo!!! berderet2 komen dari kak Umi...patutlah bil komen mencanak naik..mesti takut JM potong Q kan ahahah

Berderet?? tak lah, apa yg akak nampak, insan berbaju merah jer banyak hiasi kt sini, akak xder, itu gambar Alya, ahakkk

(Padahal kita serupa, entahlah bila nak abiskan komen kt laman resepi ni?) Letih daa Cikgu dok layan kerenah kita berdua..

Maafkan kami cikgu :-)

belum rasa dah tahu sedap ke bunda hee...saje nyakat Bunda

ahaha..ada lagi tu kaka Umi nak tambah...ingatkan dah habis

dont worry arghh..kak umi tetap JUARA

Nanti JM 'SILENT' for 11 days...JM bagi peluang pada akak ye heee

Amboi JM..pandai ye nak nyakat2 bunda pulak...

Umi...umi dah tergoda dengan hidangan telur resipi orang Sabah yer...nanti buat yer...

idok le JM, kan akak dah kata, di mana ada JM, disitulah adanya akak..

jgn.le silent dik, nnt akak rindukan JM..

Itu le akak ingatkan dah habis tapi bersambung2 lagi..

JM tu memang Bunda, kuat sangat menyakat orang..

Betul tu Bunda, akan diusahakan menu2 dari Sabah, pasti sedapkan..

kiranya blog JM antara yang terpilih lah ye...tapi JM x leh buat cam akak..JM perlu balas semua kunjungan yg terjah blog JM tu ..tanda terima kasih..skrang ada 109 blog yg perlu di terjah setiap hari huhhu

ehehehhe...ok..kita stop chatting utk entri ni

alright last..no more sambungan nya :-)

eheheheeh...sorry ya Bunda...

JM kena jaga rakan2 blogger, ramai kawan2 tinggal komen kay sana

ofcos lah kalau tidak kerana mereka..siapalah JM di sini

Haik.. Kata xmo komen daa kt sini

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger