Mohon Maaf Komen Belum Terbalas

Mohon Maaf Komen Belum Terbalas

Etuza mengambil kesempatan memohon maaf
kepada teman blogger yang belum Etuza terjah balas 
Harap kita sentiasa positif hal komen di blog masing-masing..

Banner memohon maaf Etuza bersama Bulat..
Maafi Etuza yang belum balas kunjungan..

Keperluan komen di blog:-

1. Satu tanda blog itu hidup dengan ukuhuwa sesama insan tanpa mengira agama dan bangsa.

2. Sebagai tanda sosial maya anda. Bukti kita miliki jiwa blogger di Malaysia.
3. Bukti anda blogger yang mesra maya dan mudah mesra antara blogger.
4. Komen yang membawa rezeki kepada blogger.
5. Bukti blogger itu seorang yang tidak pentingkan diri dan  tidak sombong.

Masalah besar di ruang komen.


1. Ruang komen yang sukar keluar paparannya.

2. Ruang komen yang memerlukan kod pengesahan.
3. Kod angka atau abjad pengesahan yang kabur.
4. Kotak komen yang paling lambat keluar di paparan blog.
5. Infor komen yang di kaburkan atau tiada tanda perkataan komen tetapi sebenarnya ada komen.Dengan erti kata lain komen di hidenkan 
( disembunyikan )
6. Ha berlaku juga komen kita di blog yang tidak dihiraukan blogger. 

Kata memohon maaf Etuza di ruang komen.


1. Maafkan Etuza kerana masih ada komen anda yang belum berbalas.

2. Maafi komen Etuza di blog anda yang ada silap ejaan komentar.
3. Maafi komen Etuza yang sukar difahami.
4. Maafkan kerana lambat menjawab komen, kita ada kengkangan masa untuk blogwalking.
5. Etuza nak komen tetapi ruang komen tiada disediakan dalam blog. Maka maafkan Etuza.
6. Maafi juga Etuza kerana nak komen di blog anda juga padahal blogger itu tidak pernah komen di blog Etuza. Maafkan juga Etuza ni penyebok. Tapi selagi tiada warning maka Etuza akan komen ke blog itu.

Berterus terang lah di Komen anda.


1. Katakan no komen di blog anda jika anda tidak sukakan komentar bloggers.

2. Nyatakan jenis komen yang anda kehendaki.
3. Jangan letak ruang komen jika anda memang tidak suka kehadiran komen di blog.
4. Tidak perlu marah bila ada komen kritikan di blog.Be positif.
5. Bacalah hanya di blog anda sendiri jika anda memang tidak suka membaca di blog kawan-kawan bloggers lain.
6. Blog tanpa komen bagi Etuza sangat sepi dan tiada keseronokan berblog.

Nota: Hargailah rakan bloggers  dan JANGAN SEKALI-KALI JIF KAN ATAU BLOK  nama blogger yang meletakkan blog anda di bloglist blog anda masing-masing. Adalah kesalahan besar jika anda blogger yang BLOK kan nama bloggers yang meminati dan menyukai blog anda. Harus anda semua ketahui bahawa blogger itu suka tampilan blog anda semata-mata hal minat dengan diri blogger adalah perkara kedua sebagai sahabat maya atau saudara sesama muslim muslimah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

16 ulasan

assalam n3 yg sgt menarik ni, cikgu berterus terang tntg isu komentar di blog....pada kak blog yg meriah dgn komen2 blogger adalh kerana adminnya blogger yg ramah n pndai brinteraksi dgn kwn2 maya n blogger yg lain...blog yg xinginkan komentar blogger lain kelihatnnya sepi xdisinggahi.

bila sebut KOMEN BELUM BERALAS..JM salah soerang daripadanya...byk lagi kome belum berbalas..masih belum ada masa huhu..bila ada masa free nanti semua komen akan di balas

JM rasa semua reader blog JM memahami situasi ini begitu juga reader di blog pesona dan mustika

Bab tinggalkan komen di blog org lain, JM pernah alaminya apabila komen yg JM tinggalkan telah di 'delete' pada mulanya x perasan tetapi selepas beberapa kali kunjungan di buat dan check semula komen dlm entri sblm ni dh 'tak ada' so maybe blogger tu x suka.then lepas tu JM x tinggalkan lagi komen di blog beliau..x semua org suka kan kita kan

semoga tahun 2015 lebih baik

Biasalah cikgu.. adat berblogging kan. Ada masa2 saya pun mcm tu juga.. apa yg penting selagi mampu akan terus menjaga silaturrahim yg telah terjalin ini.. Selamat tahun baru buat cikgu Etuza sekeluarga.. :)

Selamat Tahun Baru Cikgu...
Okje pun lama tak berbw ...... rasa rindu pd teman teman. Tapi tulah cikgu entah kenapa rasa malas pulak menjelang akhir tahun ni.

Hehehe ... Takpe Cikgu slow2..

Bila line internet ada masalah @ lembab, memang punyai kesukaran untuk tinggalkan komen

Saya bukannya sombong atau meninggikan diri, kadang2 jika komen kita disalah tafsir dan jawapan yang diberi agak pedas, seakan tidak boleh menerimanya, sebelum terasa hati, baik undurkan diri.

Memang ada laman yang tidak dikunjungi lagi, itu yang saya akui

Laman saya cuma berkisarkan kisah2 peribadi & tidak memberi manfaatnya, jadi tak kisahlah jika tiada yang sudi tinggalkan komen

Yalah geng, kemana menghilang, i miss u

seelok2nya janganlah memberei komen yg boleh menghiris perasaan org lain..

memberei tu apa kak?

Pelik sungguh, line wi fi kt umah slow sgt, nak bwpn ambil masa, mgkn sbb banjir kot.. Maafkan saya sbb byk entri tertunda, salah satunya mengenai hadiah yg diterima t/hari

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger