Animasi Ke 2 Google Doodles Ucapan Selamat Bercuti

Animasi Ke 2 Google Doodles Ucapan Selamat Bercuti

Animasi Ke 2 Google Doodles Ucap Selamat Bercuti
Untuk Seluruh Dunia.

Selamat Bercuti daripada Google!
Ini doodles Google SEO Search tampilan hari ini..
Kreatif dan sangat unik..Hai Google..
We love you..terbaik..Terima Kasih Google..

     Hari ini seawal jam 5.00 pagi Etuza dah bangun dan tunaikan solat Subuh, alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana masih mmeberi kesempatan untuk kami berada di Dunia Maya ini. Klik pada google search ternampak GOOGLE warna biru. Kemarin agak kemerahan dan doodle rusa tarik truk dan kelihatan lambaian kanak-kanak di dalam trak. 

    Hari ini doodle animation yang ke dua tampilan dari google, Etuza lihat masih ucapan selamat hari bercuti dari google, tetapi kali ini nampak macam pakcik mendayung  dan tarik perahu yang sarat dengan muatan. Ini ibarat google seo search memberitahu bahawa masa sekarang ni musim cuti tetapi hati-hati apabila berada di sungai, di laut dan di kawasan yang banjir. Google isyaratkan agar rakyat di mana juga khasnya di Malaysia sentiasa waspada walau di mana kerana keadaan tempat tertentu yang dilanda banjir seperti di Kelantan, Terangganu dan di negeri lain juga di Sabah. Kepada teman blogger walau di mana berada harap tenang kan hati dan berdoa pada Allah agar banjir cepat reda dan dapat menjalankan kehidupan dengan aman dan damai di rumah masing-masing.

     Rupanya setiap hari ada tampilan kreatif doodles dari Google Imej. Nampaknya Etuza agak ketinggalan melihat imej baru Google. Sebab Etuza tengok ada doodle sempena HARI IBU  di Negara Indonesia jatuh pada 22hb Desimber 2014. Jemput tengok tampilan Imej Google mengucapkan Selamat Hari Ibu pada Negara Indonesia. Ini dia Imej tersebut.
Mother's Day 2014 (Indonesia)
menarik imej Google Search sempena
hari ibu di Indonesia. Unik, kreatif...

Nota: Perkara yang paling indah dalam kehidupan ini ialah apabila kita sanggup menerima keadaan tertentu dengan penuh redha dan sabar. Menyatakan kesyukuran dan berterima kasih apabila mendapat bantun daripada pihak tertentu. Sentiasa bersabar dan memohon keampunan dari Allah yang maha mengetahui.Hidup pasti diberkatiNya.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

memang cantik dan kreatif doodle oleh google tu cikgu...

selamat bercuti kepada yg sedang bercuti...
buat mangsa2 banjir di pantai timur, harap mereka tabah la ya...
di kedah pon ada keluarkan amaran juga.. di universiti ni.. dah bapa hari tak nmpk cahaya matahari...kecian plak saya tengok rakan2 yang pergi exam dalm keaddan hujan ni.. mana saya boleh bantu saya bantu.. ajak tumpangkan kereta..

Google memang kreatif..

itu sbb google adalah website pertama dalam ranking dunia..kreatif dan semua carian melalui google..info yg diperolehi cepat dan pantas

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (433) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (368) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (294) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (203) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (179) Berita Keningau (173) Hadiah (150) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Sejarah (103) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (24) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Makanan (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger