Pop Timbul Pada Ulasan Blog Anda

Pop Timbul Pada Ulasan Blog Anda

Note : Bermulanya proses PENGHANTARAN 
hadiah & anugerah Tropi, Sijil dan hadiah
iringan kepada 11 peserta join Program
Anugerah Tropi Untuk Blogger 2014
di laman Pesona & Mustika.
( Penting :1. Sabar dan doa, tawakal sama-sama kita lakukan agar semua hadiah tidak tercicir.Penting : 2. Sila letak alamat nama, notelefon dengan segera di ruang Ulasan blog Etuza )
Ini Entry/ Entri/n3 Detik Ini.
Perkongsian ini berdasarkan kajian Etuza
sebagai pengguna kaedah Pop Timbul pada
ruang Ulasan sesebuah blog maya.

Blogger Zuki & Madam Kamsiah Menggunakan Perkhidmatan Pop Timbul Pada Ulasan Blog ( lihat bagaimana Ulasan Pop Timbul berkhidmat kepada blogger )


Blogger Umi Aly & Etuza Juga Menggunakan Perkhidmatan Pop Timbul Pada Ulasan Blog ( lihat bagaimana Ulasan Pop Timbul berkhidmatkepada blogger )

     Pagi ini terfikir hendak berkongsi sekali lagi kepada sesiapa sahaja tentang apakah sebenar FUNGSI apabila kita menggunakan aplikasi POP TIMBUL pada ruang ULASAN di blog kita. Etuza sebenarnya sambil berblog sambil belajar dan memerhati apakah maksud setiap kemudahan aplikasi yang disediakan oleh GOOGLE dalam dunia blog ini. 

       Sebenarnya mungkin ramai blogger yang kurang menyedari betapa bagus dan baik nya bila kita menggunakan apikasi pop timbul pada ruang ulasan di blog kita. Etuza dapat rasakan manfaat dan kebaikan serta kepentingan sebenar menggunakan pop timbul pada blog kita. Cuba lihat gambar di atas yang mana blogger seperti Dady Zuki, Madam Kamsiah dan Umi Alya serta Etuza sendiri menggunakan pop timbul.

        Tengok pada gambar tu apabila kita gunakan pop timbul kita akan dapat melihat kesan yang amat baik iaitu seperti berikut:-

1. Klik pada ulasan pengguna ( pop timbul ) template blog kita secara keseluruhan masih kita nampak dan masih boleh kita klik scrol ke bawah atau ke atas, tanpa menganggu ruang kotak ulasan yang sudah timbul di atas dekat header blog kita. Bermakna kita dapat jimatkan masa kita tanpa menunggu timbul header atau template blog dengan menggunakan aplikasi lain pada ulasan blog kita seperti ulasan tenggelam dan lain-lain. 

2. Dengan menggunakan pop timbul kita masih dapat membaca pada entry blog kegemaran serta membaca komen-komen kawan-kawan blog maya kita, bermakna di sini kita boleh katakan istilah sambil berenang sambil menyelam kedua- dua perbuatan membaca dan mencatata komentar dapat dilakukan serentak tanpa menganggu templat dan header blog kita. Menarikkan. Kalau tidak percaya cuba anda praktikkan pada blog anda sendiri. Oleh yang demikian penggunaan pop timbul Etuza rasakan sangat mesra maya.

      Etuza ada memerhati ( pandangan Etuza saja ) blog yang tidak menggunakan pop timbul, Etuza klik pada ruang yang tertulis ULASAN/KOMEN, apabila di klik blog akan hilang seketika dan baru perlahan timbul keseluruhan template blog. Kadangkala ( line slow ) blog mereka terus erro dan loading terpaksa bekerja keras untuk timbulkan balik blog tersebut. Di sinilah akan terduga kesabaran seorang blogger kerana menunggu ruang ulasan timbul untuk kedua kali dan ketiga kali. Tapi dengan pop timbul sekali sahaja line ternet pancing blog kita terpapar dan sekali jugalah kita klik ruang ulasan, catat terus komen dan klik untuk terbitkan. Menarikkan teori Etuza sebab kita dah jimat masa dan kerja kita dapat dipercepatkan diblog. 

       Kepada rakan blogger jika pendapat Etuza ada kebaikan dan betul pada anda mengapa tidak gunakan aplikasi pop timbul, jika anda suka blog anda di komen secara membina gunalah pop timbul. Tetapi jika anda blogger yang tiada masalah tentang ruang ulasan anda, dan memang anda menyukai cara paparan kotak ulasan maka abaikan lah teori Etuza ini. Tidak ada paksaan, tetapi kita share apa-apa yang kita nampak baik. InshaALLAH.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

antara 3 pilihan yg diberikan blogspot-embedded,full page dan pop up window..pop up window yg paling ringan..cepat..

@❤Kamsiah❤

Sedap amat tu madam K

Paling penting senang nak komen..

dulu ayie mmg pkai pop-up window.. seronok je tpy skrng shje nak beralih arah.. hehe

JM pernah guna pop pup window for comment...then rasa x best kembali kepada emmbedded. Itulah masing2 punya selera kan :-)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (213) Kasih sayang (197) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger