Pesona Bunga Di Laman Etuza # 1

Pesona Bunga Di Laman Etuza # 1

Bunga di laman indah berseri-seri
Mata melihat tak jemu memandang
Laman indah bertambah seri
Menjadi penghibur semua orang

( Alamak betul ke pantun ni )
Etuza andaikan kemasukan 
entry bunga kali ini sebagai siri 1/# 1
apa agaknya jenis bunga siri 2/ # 2
Nantikan ...
      
           Inilah antara koleksi tanaman bunga - bungaan Etuza di laman. Memang ada berbagai jenis di tanam di dalam pasu atau terus di tanam ke tanah. Antara yang Etuza gemar tanam ialah jenis  bunga gantung seperti gambar pertama di atas. Memang cantik kelihatan berjuntai mencecah ke bawah bertambah seri bunga itu dengan dedaun yang unik dan menarik sekali.

      Selain itu terdapat juga bunga-bungaan Etuza jenis daun seperti dalam gambar  ke dua, itu baru empat jenis, selebihnya akan masuk dalam blog ini. Setiap pagi memang Etuza serta anak-anak akan keluar rumah melihat-lihat keindahan bunga. Anak-anak Etuza sudah faham sangat hobi Etuza iaitu menanam bunga, menyiram bunga dan mengurus bunga apabila ada masa senggang. Bila bunga menyerlahkan keseriannya memang tak lengkap jika Etuza tidak mengambil gambar bunga itu. Untuk infor lain Etuza sudah menghasilkan sebuah album gambar bunga-bungaan di laman Etuza. Kalau nak buat kad pun boleh juga, banyak manfaat pada gambar-gambar bunga itu jika kita bijak memanfaatkannya.

      Terlanjur bercakap pasal bunga, Etuza hendak berpesan kepada para suami seperti Etuza. Memang jarang lelaki seperti Etuza, suka tanam dan jaga bunga. Kalau di desa Etuza boleh kira 1,2 dan 3 ada lah seperti Etuza. Etuza rasa kalau isteri anda seorang kaki bunga, gila bunga dan suka tanam bunga, apa salahnya suami pula menolong si isteri setakat menyiram bunga dan membubuh tanah ke dalam pasu. Kalau Etuza fikirlah kerja berat ini sebaiknya lelaki atau suami yang buat, isteri hanya membantu suami. Etuza fikir tugas isteri tu banyak menjaga makan minum dan urus segalanya dalam rumah, hal urus suami pun ada oleh isteri yang solehah. Yang taatkan suami. Jadi hal kegemaran isteri suka bunga boleh lah suami tu mengabulkan niat isteri itu dengan menjaga bunga dia, menyiram bunga dia.InshaAllah isteri akan menyayangi suami dunia akhirat.

      Isteri Etuza ada berkata bahawa bunga - bungaan yang Allah cipta itu sebenarnya ada jiwa katanya. Ada perasaan kasih dan sayang pada tuannya yang menanam dan menjaganya. Mula-mula tu Etuza tak faham apa maksud dia. Isteri Etuza tambah penjelasan katanya "Kita akan merasa sangat kagum dan terhibur sangat hingga perasaan sedih menjadi ceria semula sebaik melihat keindahan bunga, bunga yang kita belai dan kita puji kecantikan itu akan BERTAMBAH berseri dan cantik kerana dia faham kita memuji dan membelainya, sebab itu bunga itu menyumbangkan kecantikan apabila kita memandangnya, ha itu lah bahasa dan perasaan bunga kepada kita" Alamak begitu pula ya bila bunga berbahasa dengan tuannya. Tak pelik pun memang Etuza lepas tu faham dan ikut dia membelai bunga. Huuuuu!!!! memang benar amat kagum dengan keunikan dan cantiknya bunga aneka jenis ciptaan Allah.

    Sesungguhnya Allah ciptakan manusia, haiwan dan tumbuhan untuk saling berinteraksi antara satu sama lain. Paling mudah anda fahami ialah tumbuhan ( bunga-bungaan ) di laman kita akan menyumbang kualiti dan kuantiti OKSIGEN untuk kita bernafas lebih segar. Jadi bunga itu penting ke tak penting hanya anda mampu menilainya.Salam 1 Malaysia.

Note : ruang mesej ( Cbox ) telah
Etuza pasang dalam ruang Blogger Mesej
mohon letak mesej dan link Url blog anda 
pada ruangan ini.




Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

15 ulasan

Etuza... kena berdiri jauh sikit... kena berdiri tinggi sikit... amik gambar keseluruhan taman... seribu puji2an untuk anda yg rajin menanam pokok... ramai orang sekarang tangan panas...taman apa pun tak menjadi

kalo gmbo2 bunga yg bro etuza tunjuk tu dekt umah mmg xad tapi dekt umah nenek bnyk.. mak ngah suka tanam bumi hijau2 mcm gitu.. agpon klo g umah nenek mesti nk g tgok bunga2 tu.. damai je rasa sebb warna hijau dan segar mata melihat..

@Najib Ariyan
Najib A, hehehe inshaAllah..terim aksih jenguk baca entry ni. Alhamdulillah tanah sejuk kot tumbuh juga Etuza tanam..syukur kepadaNya. Pernah dengar juga tangan panas ni..mybe takdir dia kan Jib..tak apa boleh buat hobi melancing sakan macam Jib ni..huuuu! best tul Etuza tenoglah awak ..

@Azrin Rahim
Asalam Azrin. Azri ni man ke women ni..minta maaf ya tak tau nak teka.
Ya betul memang segar mata memandang keghijauan bunga ni..

semua pokok berdaun di taman tu JM x kenal..kalau lah cikgu boleh letak caption pada setiap gambar nama pokok tu kan..

Betul cakap isteri cikgu..pokok2 ni kan bernyawa dan ada jugak perasaan..bila sering bercakap dan memuji pokok2 tu dia akan tumbuh subur..tapi jgn ckp kuat2 nanti orang ckp kita tak 'betul' pulak hihih

@Jari Manis
JM itulah masalah Etuza tu, tak tahu pun nama2 saintifik spesis bungaan tu ..hehehe tau tanam ja ni .apapun akan diusahakan..ya JM. Penting juga nama2 bunga2an ni..untuk rujukan para pelajar kot

@Jari Manis
JM itulah masalah Etuza tu, tak tahu pun nama2 saintifik spesis bungaan tu ..hehehe tau tanam ja ni .apapun akan diusahakan..ya JM. Penting juga nama2 bunga2an ni..untuk rujukan para pelajar kot

Cantiknya bunga dilaman Cikgu..

Sejak saya melahirkan puteri sulung 13 tahun lepas, terus biarkan laman tanpa dijaga..tiba2 hilang minat berkebun, kalu dulu rela parabihkan duit setiap bulan untuk cactus. hu3

memang betul cakap cikgu tu...suami yg suka tanam bunga2 ni boleh dibilang dgn jari hehe

Bunga etuza hijauuuu je. Bagus utk mata.

@Hana Syed
Terima kasih kunjunan di blog ini ya Hana S

@Etuza Etuza

selalu orang confius nama azrin kan.. azrin lelaki lah .. hehe selalu nama azrinkan perempuan je ea? nak sng panggil shje ayie

Wah banyaknya pokok yang CIkgu Etuza tanam ..Bunga2 poncantik bila berkembang ..Kat rumah Lya pon ada jugak tanam pokok bunga tapi takde la banyak sangat sbb takde ruang ..Kalau kat kg mak ayah mmg penuh pokok2 bunga..

tangan etuza berseni..mmg kalau tanam apa2 boleh tumbuh..kalau MV ni tanam syur pun kdg2 tak subur...suami yg tanam baru jadi...nipun salah satu hobi etuza di waktu lapang kan

Bunga-bunganya cantik tapi awas cikgu, ada yang beracun tu..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger