Permata Yang Berbakat Besar Digilap Di SK. Penagatan, Keningau

Permata Yang Berbakat Besar Digilap Di SK. Penagatan, Keningau

Permata Berbakat Besar Tergilap 
Di SK. Penagatan, Keningau, Sabah

Hail Hafiz Yahya bersama keluarganya,ibu Hail berbaju merah..

Baru-baru ini pada 20hb Nov 2014 bersamaan hari Khamis tergilap satu bakat besar yang sangat berharga, bakat besar ini bagaikan permata yang bersinar yang perlu dijaga dan di semai selalu bakat besar yang ada dalam diri pelajar lelaki ini.
Nama pelajar ini ialah adik Mohd Hail Hafiz Yahya berusia 7 tahun dan duduk di kelas 1 Bijak 2014. Pada peperiksaan lalu adik Hail Hafiz Yahya mendapat kedudukan 5 A dalam mata pelajaran teras mata pelajaran. Serta mendapat tempat ke 2 dalam kedudukan peperiksaan semester 2 2014.
Bakat besar tergilap dari adik Hail Hafiz ialah apabila adik ini berjaya menyampaikan dengan penuh fasih dan sangat tersusun penceritaan satu cerita bertajuk "Budak gembala dengan serigala". Pegawai perasmi majlis penyampaian hadiah juga terpegun dengan kefasihan adik Hail Hafiz menyampaikan cerita yang sangat menarik ini. Semua warga dalam dewan pada hari tersebut terpegun dengan kehebatan pelajar ini dalam mempersembahkan penyampaian ceritanya yang sangat menarik tanpa tersekat-sekat.
Permata yang digilap atas bakat yang dia ada ini harus seluruh warga sekolah Etuza hargai, kepada ibubapa yang melahirkan Hail Hafiz, berilah sokongan kepada pelajar ini, beri sokongan dengan memberikan rangsangan yang berterusan, motivasi yang berterusan serta galakan dan penghargaan yang berterusan. InshaAllah dengan cara ini, bakat yang dia ada akan tergilap diperingkat yang lebih tinggi. Syabas & tahniah kepada ibu Hail yang berbaju merah kerana memilik anak lelaki seperti Hail Hafiz yang sangat berbakat. Teruskan usaha menjana kejayaan, kejayaan menjamin keamanan kearah hidup lebih baik.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

Kemarin 20hb Nov Hail ada buat persembahan bercerita sempena hari anugerah di sekoolah Etuza, oleh kerana Etuza yang beria2 sangat nak hail buat persembahan, dan menjadi pula maka haruslah Etuza hargai..Etuza bagi lah hail hadiah . tahniah hail..budak yang bijak dan pandai dalam pelajaran...

Sejuk perut ibu mengandung..

Pssttt. Bagusnya Cikgu, sentiasa bagi semangat kepada anak2 didik.. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan kebahgiaan.. Memang patutpun Cikgu terima anugerah guru penyayang..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

comel budak tu...tang matanya tu hehe

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

@umi alya
Asalam UMI nanti ambil banner ya.

OOoo Hail bagus budak ni, tak malu bah. Ibu dia yang berbaju merah pun dah tengok dan sudah baca info di blog Etuza ni tentang anak dia hail..teruja kemarin hail bercerita huuuuu!!! tanpa sekat suara lancar..boleh masuk pertandinggan ni..

@❤Kamsiah❤
Madam kamsiah...budak kecik ni putih melepak lelaki yang sangat berani tampil di khalayak ramai..gerun dia bercerita kemarin dari awal hingga habis tak ada salah wei!!!!

Nanti saya ambil banner tu.. krg ni kerja luar daerah, cam tak best jer guna lappy ni & bw ngan phone..

Nak juga guna lappy satu lagi..

Wah bila Cikgu buat entri ttg anak murid..poasti anak muridrasa bangga kan Cikgu ..TERBAIK la adikni..Moga terus cemerlang dan berjaya dalam pelajaran >.InsyaAllah..

Tahniah adik Hail Hafiz...semoga menjadi pelajar cemerlang disekolah setip tahun..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (433) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (368) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (294) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (203) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (179) Berita Keningau (173) Hadiah (150) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Sejarah (103) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (24) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Makanan (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger