Situasi Berada Di Lapangan Terbang

Situasi Berada Di Lapangan Terbang

*Entry kali ini menjurus kepada pengalaman ketika 
berada di Lapangan Terbang.
*Semua gambar adalah ketika Putera Sulung Etuza yang 
berbaju biru adalah situasi berada di Lapangan Terbang KKIA.
*Kelihatan kumpulan penerbangan ini tenang dan sesekali
meninggalkan post istemewa kepada camera canon Etuza.

Ok...layan korang tatacara berada di lapangan Terbang versi Etuza.

1. Etuza dahulu tidak pernah terfikir akan dapat naik flight. Tetapi ada membayangkan bagaimana rasa dan nikmat apabila naik kapal terbang, bagaikan burung besar bersayap terbang di legar udara. Terfikir juga pertanyaan besi berat boleh terbang! tetapi kuasa kecanggihan minda manusia dan teknologi menjadikan besi yang dibentuk boleh terbang tinggi di awan nan biru.
2. Berada di Lapangan Terbang, berbagai situasi kelihatan selain keadaan kita sendiri. Cek in boarding tiket, tekan nombor boarding pada mesin  dan keluarlah tiket untuk diajukan kepada Pegawai yang bertugas. Etuza lihat tiada keadaan bersesak jika buat cek in boarding tiket, tetapi dalam keadaan yang aman dan damai, ini kerana seawal 2 jam atau paling akhir 30 minit akhir panggilan ke dewan menunggu untuk naik flight telah dilakukan. Biasanya kita beli tiket atau online pay tiket kita akan dinasihatkan sejam paling selamat,mesti berada di area Lapangan Terbang, untuk mengelakkan kita terlepas Kapal Terbang dan kena booking sekali lagi flight kita. Tiket ratusan ringgit nampaknya tiada makna kerana hangus secara percuma. Ingat tindakan pantas harus dibuat, jika kita bakal flight ke mana-mana.

3. Di Lapangan Terbang banyak pengalaman kita lihat, kita perolehi dan pengalaman itu sekurang-kurangnya mematangkan kita menjadikan kita lebih berdisiplin mengatur masa. Ambil lah langkah tenangkan fikiran sebelum flight, tenangkan diri serta bagi yang Islam, ambil masa solat jamak atau solat qasar tiap kali solat yang sewaktu dengannya. Berdoa, agar Allah selamatkan penerbangan semua penumpang serta mendarat ke distinasi dengan lancar  dan mudahkan semua urusan kita. InshaAllah keselamatan akan kita nikmati dengan adanya Rahmat Allah.

4. Langkah agar sentiasa mengikut arahan sangat penting di Lapangan Terbang, sesekali pengumuman dari Pramugari dan Pramugara harus didengar setiap patah dalam ayat pengucapan mereka. Usah leka,kerana jika leka masalah akan timbul seperti tertidur di ruang menunggu dan kita akan kelam kabut jika ini lah yang berlaku. Berilah peluang pada diri mengatur proses penerbangan anda, agar kita dapat menikmati satu penerbangan yang sangat indah sangat membahagiakan kita, bukan diselubungi parasaan takut hingga menjadikan hati kita kalut beku tanpa perasaan mensyukuri atas nikmat penerbangan yang luar biasa yang sangat indah itu.

5. Segala keperluan pastikan tidak tertinggal, handphone, dompet, bagasi dan sebagainya harus bersama kita. letak penanda pada bagasi agar percepatkan kita kenalpasti bagasi kita sendiri. Jangan pula hingga terambil bagasi orang lain sehingga masalah itu menjadi masalah besar kepada dua belah pihak. Ingat bahawa berada di lapangan Terbang sebenarnya memerlukan kosentrat, tumpuan dan kerjasama serta disiplin anda yang sangat tinggi.

Entry akan datang tatacara ketika dalam flight menurut Etuza. Harap Maklum.



Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

Assalam
Nice sharing. CP pun kalau nak terbang mesti sampai awal terutama kalau kat KLIA.

Bila kat airport, saya rasa happy, sbb saya nak travel.. huhuhuhu

Ana tak pernah naik flight. Selalu hantar orang je. Kih3. Insya-Allah ade rezeki. Ecehhh..berangan lebih.

MV ada satu habit kalau kat lapangan terbang..Mv akan kerap ke atas sebelum masuk flight..wlaaupun takda niat nak buang air...sebab takut nnt bila naik nnt sibuk nak cari tandas..hihi

Bunda dah lama tak terbang...lama sangat dah..

Pernah ada pengalaman 'terbang' ke Langkawi, urusan rasmi

Kat sinipun hanya tertulis Putera Sulung, keliru sudah..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (233) Pendidikan (220) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (108) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger