Permainan Bahasa Selepas Perjuangan Meredah Kod HTML Blog

Entry 82
( Cabaran 100 Entry Oktober 2014 )
Etuza kongsikan gambar kenangan ini..
diberi penghargaan Guru Penyayang 2013
( Semoga benar2 ada nilai itu dalam diri Etuza )
Terima kasih yang percayakan sikap Etuza..
Entry kali ini Etuza hendak kongsikan 
permainan bahasa dalam bentuk PEPATAH.


Kata Pepatah bermula huruf A

1. Ada pasang, ada surut
( Sesuatu yang dilakukan, ada masanya memperolehi keuntungan dan ada masa rugi )
Contoh ayat: Perniagaan pak Hamid ada pasang, ada surut tetapi dia tabah menguruskan perniagaannya.
2. Ada sampan hendak berenang.
( Orang yang sengaja mencari kesusahan, sedangkan ada cara yang boleh memudahkannya.
Contoh ayat: Aziz sanggup berpanas menjaja kuihnya dengan menaiki basikal, sedangkan lebih senang sekiranya menaiki motosikal, dia umpama ada sampan hendak berenang.
3. Akal tak sekali datang,runding tak sekali tiba.
( Tidak ada sesuatu kerja pun yang terus mendapat hasil paling baik )
Contoh ayat: Setiap perkerjaan yang kita lakukan harus dipertingkatkan dari masa ke semasa kerana akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.

Ok lah hanya 3 saja ya..nak rest
( Mohon maaf tak dapat BW - Jika ada masa akan balas 
kunjungan anda )

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Dapat berbicara dengan Cikgu Etuza meskipun di alamaya cuma, saya dapat rasa dan yakin anugerah itu sememangnya layak untuk Cikgu, kiranya tidak salah pilihan mereka.. tahniah..

    BalasPadam
  2. BELAJAR PEPATAH MELAYU YG TERSIRAT MAKSUDNYA...

    BalasPadam
  3. Orang penyayang kepada keluarga seperti Etuza memang pantas dianugerahkan tokoh guru penyayang...
    Satu lagi peribahasa yang bermula dengan huruf A: "Ajak-ajak Ayam", maksudnya seseorang yang mengajak/menawar sesuatu kepada orang lain dengan maksud yang tidak ikhlas. Semoga kita dapat menjauhi peribadi ini...

    BalasPadam
  4. Tokoh Guru Penyayang 2013 ..Alhamdulillah PENYAYANG betul la Cikgu Etuza kita ni..Kalau tak penyayang camner blh dapat aNUGERAH GURU PENYAYANG KAN KAN KAN ??? Mesti anak murid ramai yang sayang kat Cikgu diaorg ni ..

    BalasPadam
  5. Memang Cikgu layak dapat Anugerah ni ..Kalau kita tak layak camner la boleh dapat hehehe..Cikgu Penyayang Murid2 pon sayang ..Yeyyy ..

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu Etuza dapat pengiktirafan yang bagi saya sangat tinggi nilainya.

    BalasPadam
  7. tahniah etuza,,mmg layak menerima anugerah tue..oh ya tq juga atas perkongsian ilmu ni....

    BalasPadam
  8. Kan betul, tadi was2, mana tau tersilap perhitungan, hi3

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.