Tetap Berusaha Tolong Baca & Berikan Kata Semangat

Tetap Berusaha Tolong Baca & Berikan Kata Semangat

Ahli (1178
Inilah jumlah terkini followers Blog Pesona.Setiap kali menatap blog ini terasa hendak masuk ke dalamnya untuk mentadbirnya semula.Entah kan ada harapan atau tidak.Tetapi seolah Etuza yakin ada sesorang yang akan datang membantu.Tidak tahu siapa dan bila.Biarlah hanya Allah saja yang tahu.

Melihat blog kawan-kawan yang segar di arena maya, Etuza turut merasakan perlu seiring dengan mereka. Melalui blog kita boleh berinteraksi secara sihat dengan ramai kawan-kawan blogger. Berbanding laman sosial FaceBook Etuza sejujurnya amat suka blog. Meskipun ramai yang tidak tahu pembabitan Etuza berbelog di daerah Etuza, tetapi tetap Etuza rasa nikmat berblog. Memang luarbiasa,seronok dan gembira melihat, membaca cerita dan info kawan-kawan blog.

Kini blog baru Etuza bertukar wajah, header blog Etuza seperti yang dulu, kerana Etuza amat senang dengan header ini yang dihadiakan oleh Blog Bunga Hati Mama kepada Etuza. Terima kasih kepada Mama Arina.

Kini wajah blog ini agak suram, kemungkinan sebab kesuraman blog ini mengakibatkan tidak ramai blogger Malaysia yang suka tengok lagi. Berbanding blog dahulu kelihatan segar dengan paparan bertemakan kehijauan, teratur dan mesra klik maya. Kadang kala blog baru Etuza bergegar bagaikan sarat muatan, tak tahu kenapa. Etuza sebenarnya tidaklah berputus asa dalam mentadbir blog ini hingga dikenali. Usaha yang berterusan pastinya Etuza lakukan. Seperti pelari yang akan terus berlari hingga ke distinasi. Itu hasrat Etuza.

Dulu ada ramai yang drop komen blog Etuza, kini terasa Etuza terpinggir sepi. Tidak diperdulikan. Kadang kala risau dan takut Etuza kala melihat komen Etuza ke blog kegemaran Etuza tidak diterbitkan. Tapi itu bukan membunuh semangat Etuza berbelog menulis dan berkongsi apa ada pada minda Etuza. Terfikir dan Etuza sepertinya kehilangan idea dan sebagainya dalam berbelog. Hendak dikatakan seperti itu Etuza sebenarnya terlalu banyak hendak di Kongsi. Apa lagi setelah pengalaman melancong ke Jepun baru-baru ini. Dalam blog dahulu ada telah Etuza mulakan cerita hal melancong ke Jepun tetapi terhenti kala blog Pesona itu terdampar di awan maya tidak boleh Etuza tadbirkan lagi. Sayang sekali.

Menurut Etuza, tentang blog " Komentar" pada ruang ulasan itu bagaikan satu sudut yang menjadikan blog kita itu bernyawa. Hidup dengan ukuhuwa, sebab itu lah Etuza sering memberikan komen yang seringkasnya asal tidak mengguris hati. Keduanya ruang "Follower" sudut ini juga adalah aspek utama yang harus diberi perhatian. mereka yang follow blog kita adalah penyokong blog kita. Kepada blog yang mempunyai Follower yang ramai pasti dapat rasakan perasaan bahagia gembira dan bangga dengan adanya follower yang ramai. Setidak-tidaknya kita tidak keseorangan di blog milik kita ini. 

Pesan Etuza " Follow lah blog Etuza ini" sama - sama kita saling menyokong,Etuza yakin ada ukuhuwa ada imbalan pahala apabila kebaikan dan berkongsi ikhlas di blog cuma ini. Wallahualam.

Hakcipta@Etuza




Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Bunda rasa okay dah blog baru ni..cikgu memang suka page yang tiga side yer?
...cuma sikit saja kalu boleh tulisannya kasi terang sikit...agak pudar...atau di besarkan sikit lagi bagus...

Cadangan saja yer...jangan marah..

ya ckgu..melalui blog kita menjalin ukhuwah walaupun tanpa menatap wajah...

suka tgk pic tu...suasana desa...damai dan segar...

Jangan risau, kami tetap menyokong walaupun blog baru. teruskan menulis

salam ciktu Etuza..ramai tu follower 1000++...semoga terus menulis kerana JM still support your blog n we support each other..bila nak kongsi kisah travel ke Jepun tuh

terima kasih JM kerana sudi kenal blog saya

saya tetap menyokong rakan rakan blogger. teruskan berblog...

Kadang2 tengok gak blog lama tu, sayang seribu kali sayang bila ia berlegar2 dan tetap dikunjungi.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (233) Pendidikan (220) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (108) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger