Perhatian Terhadap Anak Ketika Menghadapi Peperiksaan.

Perhatian Terhadap Anak Ketika Menghadapi Peperiksaan.

 
    Hari pertama putera ke 4 Etuza menghadapi UPSR kertas Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Kefahaman dan Matematik Kertas 2. Sekitar jam 5 pada 9hb Sept  Etuza lepas solat membaca yasin dan berdoa agar puteraku Ibnu Mustaqim menghadapi peperiksaan dengan tenang dan aman damai tanpa gangguan. kepadaNya ku pohon , kita memohon agar semua urusan kita dalam kehidupan ini dimudahkan. Amin.

Etuza perhatikan hari ini putera ku kelihatan tenang bersama kawan-kawannya yang lain. Apapun masih kelihatan murid khasnya lelaki agak tidak faham situasi hadapi peperiksaan ketika dan selepas peperiksaan itu berlangsung. Murid yang bijak dan mahukan agar perasaan tenang sepanjang peperiksaan berlangsung sepatutnya kurangkan aktiviti seperti berlari dan jalan ke sana kemari. Kerana dengan tindakan itu badan akan berpeluh dan pastinya tubuh badan kurang selesa apabila berada di bilik peperiksaan. Sebaiknya ambil langkah ketika rehat  di sekolah dengan cara :-
* Berehat bersama kawan-kawan dengan cara duduk dan berbincang hal soalan yang mungkin diramalkan keluar. 
* Berehat dengan cara duduk dikawasan teduh seperti di taman permainan dan mengambil air untuk diminum dengan cara meminum akan menyegarkan tekak dan mengaktifkan sel otak kita.
* Membuka buku catatan melihat sport soalan, ambil langkan bersoal jawab dengan rakan atau sahabat pelajar yang lain. Pasti berkesan untuk langkah akhir refresh minda dan lebih bersemangat kembali ke bilik peperiksaan.
* Cari kawasan yang tenang di sekolah untuk relex, sebab minda kena betul-betul relex ketika hadapi peperiksaan. Relex dari memikirkan aktiviti bermain, teringat hendak bermain game dan sebagainya. Baru boleh menjawab dengan tenang.
* Fikirkan bahawa peperiksaan itu satu perjuangan, seharusnya buat yang terbaik jika tidak menyesal pun tidak bermakna lagi.

Perkara yang perlu dielakkan semasa rehat ketika peperiksaan ialah :
* Dilarang berlari - lari ( kerana malang tidak berbau )
* Dilarang bermain  di laman sekolah hingga kedengaran riuh rendah, ini akan menganggu pengawas peperiksaan yang turut ambil rehat.
* Masuk ke bilik peperiksaan dan menganggu susunan meja kerusi peperiksaan yang ada.

Etuza memohon padaMu ya Allah agar puteraku Ibnu Mustaqim diberi akal yang sihat, minda cergas dan mengilhamkan ke dirinya peluru jawapan pada tiap soalan UPSR yang bermula hari ini hingga 11hb Sept 2014. Kepada ibubapa yang lain seperti Etuza juga perasaan anda.
 
Untuk last entry Etuza nak katakan TERIMA KASIH kepada Blogger KAMSIAH atas entry yang amat bererti bagi Etuza, inilah panduan dan perhatian yang kita perlu ambil kira sebagai insan yang aktif berbelog. Semoga blogger lain turut mendapat manfaat selepas membaca entry melatup ini. Klik utuk melihat dan baca.

hakcipta@etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Persediaan minda tenang dan relax penting hadapi peperiksaan tu Umi alya

Panduan yg amat berguna dr seorang cikgu yg berpengalaman. Wajar dijadikan amalan.

Akhirnya saya dapat komen, sebab sebelum ni masuk xboleh langsung nak komen (blog lama) dan baru tau dah ada blog baru. Akan diupdate di mybloglist. :)

semoga putra mustaqim dapat menjawab dengan senang..dood luck..aminnn

Ya, betul tu...kena tenang-tenangkan diri.

Bila agaknya result UPSR keluar? tak sabar rasanya.. (padahal xder anakpun upsr..)

JM yang risau coz ada adik ambil upsr

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (233) Pendidikan (220) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (108) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger