Lelaki Kalau Nak Hebat Kenalah....

Lelaki Kalau Nak Hebat Kenalah....


     Lama juga tidak beraksi di dunia maya, agaknya hati tergantung dilangit biru. Orang kata langit tidak selalu cerah, kadang mendung berarak lalu. Dalam hidup realiti pasti ada saja kekangan dalam mengurus sesuatu. Kemahuan mendalam baru akan terungkap segala sesuatu dengan jayanya. Mustika selalunya memaparkan hal-hal kehebatan lelaki ciptaanNya ini. Sudilah baca dan fahamkan agar ada rasa sebagai lelaki hebat.

Mustika kata lelaki kalau nak hebat kenalah kuat pegangan agamanya, istiqomahnya kuat dalam melaksankan tanggungjawab kepada Allah dan keluarganya. Kalau sudah berkahwin kenalah tambah lagi rencah tanggungjawab terhadap anak-anak yang dilahirkan.

Lelaki hebat jika, sabar, tabah dan pandai berkata-kata perkara yang benar sahaja.

Lelaki hebat jika, rajin usaha memcari rezeki di bumi melata ini,tidak mudah berputus asa.

Lelaki bertambah hebat jika tundukkan pandangan dengan tidak memandang wanita bukan muhrim, dia tahu hukum memandang wanita itu.

Lelaki sungguh hebat jika dia punya wibawa yang baik, suka menasihati dan menegur ke arah kebaikan demi menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Tapi lelaki tidak hebat jika selalu berpeluk tubuh, berdiam diri dan selalu beralasan, akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendung jatuh berserakan. Aduhai malangnya lelaki seumpama ini.

Jadilah lelaki hebat, dengan cara apa sekalipun agar sejuk hati ibu, dunia mu berseri - seri.

Nak pesan ini sebelum berlalu " Malaikat Izrail a.s - bertugas mencabut nyawa setiap makhluk yang hidup"

Wallhualam.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

salam, singgah sini, info menarik. nasyid sangat menarik ya..

Secara ringkas, lelaki hebat punyai ciri yang menyebabkan orang sekeliling menjadi selesa dan berasa aman. Kerana, lelaki adalah pelindung, pelindung kepada jasmani dan rohani yang berada dekat dengannya. :)

bg JM lelaki yg HEBAT adalah lelaki yg dpt jaga solatnya

Amat setuju dengan entri ini..

JM.. Listkan ntuk calon2nya ialah....

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger