Para lelaki harus melindungi wanita, bukan wanita yang melindungi lelaki. Lelaki yang ambil kesempatan terhadap wanita harus dijauhi oleh wanita beriman.

Para lelaki harus melindungi wanita, bukan wanita yang melindungi lelaki. Lelaki yang ambil kesempatan terhadap wanita harus dijauhi oleh wanita beriman.


Tumit Tinggi: Dasar lelaki tak kenang budi



Catatan ini saya copy paste dari BH, sedih juga bila perkara seumpama ini berlaku terhadap wanita. Seharusnya lelaki kena hargai wanita yang sangat tulus mencintai. Jangan ambil kesempatan terhadap wanita seperti itu, kerana ke mana lelaki pergi akan dibayangi dosa masa silamnya, kita tidak akan selamat jika kita menipu orang yang jujur. Hai lelaki mari fkirkan bersama.

TT nak bagi satu situasi minggu ini...dan harap mendapat maklum balas daripada rakan TT di luar sana. Peringatan ya, situasi ini bukan TT alami tapi kawan baik TT, yang pada TT nasibnya tak pernah baik bila membabitkan spesies lagi satu tu...lelaki. 

Kawan TT, yang usianya lebih kurang TT lah, ada teman lelaki. Jauh muda daripada dia. Kalau ikut istilah orang sekarang, anak ikan. Tapi dia punyalah marah kalau orang gelarkan buah hati dia anak ikan, `Bukan anak ikanlah, boyfriend I.” Yalah, boyfriend pun boyfriendlah... 

Awal perkenalan semuanya indahlah...yelah, tengah harum lagi...macam mak TT selalu cakap, new broom sweeps well. TT tengok budak laki ni pun, baiklah orangnya...sopan, pandai hormat orang, cuma masalahnya kewangan tak berapa stabil dan macam-macam masalah dalam keluarganya. Tapi itu semua tidak mendatangkan masalah pada pasangan kekasih ini.


Tapi, sudah nama perhubungan bukan, pasti ada dugaan. Dugaannya, ditakdirkan teman laki kawan TT n sakit, sakit kuat jugalah sampai berubat berbulan-bulan lamanya. Sayang punya pasal, kawan TT reda berpisah seketika...dipisahkan jarak, berbulan tak bersua muka hanya sesekali mendengar suara dan menerima SMS melepaskan rindu. 


TT tabik kat kawan TT ni sebab setia. Dalam masa berbulan ni, bukan tak ada spesies buah hati yang menghimpit tapi dia tetap setia. Kerana nakkan buah hati segera sembuh pun, kawan TT ni sanggup berhabis. Dia tangguhkan bayar hutang dia dengan bank asalkan teman lelaki dapat berubat betul-betul. Baguskan? 

Tup tup, minggu lalu, kawan TT telefon TT, angin satu badan je nada dia. Tanya khabar TT macam biasa setiap kali berhubung atau berjumpa, tapi macam bertih jagung dia meluahkan rasa sedih, kesal, marah dan geramnya.


“I dah tak tahan TT...I ni punyalah berkorban untuk dia, hutang tangguh bayar sampai bank call tak habis-habis tuntut hutang...kereta I pun nak kena tarik dah sebab banyak tunggakan. Tapi sebab bertekak benda kecil, I merajuk, dia cakap I melenting dan cakap I buat perangai macam tu pasal dia banyak hutang kat I. 

“Paling tak tahan, dia boleh cakap dengan I, dia tak ada masa nak fikir pasal I sebab dia nak fikir hal dia pun tak larat sebab dia yang sakit sekarang ini. Siap suruh I faham keadaan dia.” 

Helloooo...eh TT pun naik geram dengar ni. ishh laki ni...kalau makwe kau tu tak faham keadaan kau, tak adalah dia bersusah payah ikat perut, tangguh hutang dan setia menunggu. Dah memang patut pun kawan TT ni nak merajuk, bila tak berapa sihat, berhari-hari, berminggu-minggu langsung tak dengar khabar berita. SMS, call tak berjawab, nak terima daripada dia lagilah jangan harap. 

Bila dapat cakap atau SMS, khabar tak tanya, sakit pening kawan TT dia tak peduli, yang dia tahu, nak cerita yang dia tengah `miang’, teringatkan kawan TT. Boleh?


TT tahu sangat betapa seksanya hidup kawan TT ini sepanjang buah hati dia sakit. Sunyi, tak berkepit dengan boyfriend tu, satu ceritalah, itu TT malas nak campur. Tapi dari segi kewangan, dia bersungguh-sungguh cari duit, nak langsaikan hutang dia lagi, nak tolong teman lelaki yang senang cerita, keluarga pun bukannya senang. Dah sayang, TT faham, sedikit sebanyak berkorban, takkan nak bersama ketika seronok je kan? 

Tapi kalau buah hati pun tak boleh faham dan nak teman wanita je yang faham penderitaan dia, susahlah. Pada TT, perhubungan yang sihat ialah apabila kedua-duanya sanggup susah dan senang bersama, memahami satu sama lain, bertolak ansur dan kalau setakat bergaduh perkara kecil tak payahlah dibiarkan berpanjangan. 

Kawan TT minta pandangan TT, apa dia patut buat. Dia kata tiap kali bertekak dengan teman lelaki dia ni, si lelaki ni asyik nak menang walaupun sah-sah dia yang salah. Minta maaf macam terpaksa tapi akan selit ayat-ayat yang menyakitkan hati. 

Ish, yang U tunggu lagi buat apa? Tanya TT, kalau TT lah, lama dah angkat kaki. Ye ke? Entah, TT pun tak tahu....susah nak cakap sebab tak berhadapan situasi begitu. Kalau anda macam mana?

 xy@bharian.com.my

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

mmg sakit hati ade pakwe cmtuh~
-actually tolak ansur tu penting. ngeee =)

Salam hormat pada silent_5ilhque.
Tahniah & syabas tidak terhingga mustika ucapkan kerana cik adalah orang yang pertama ( the first) membuat catatan dalam ruang ulasan blog mustika. Mustika anggap anda adalah orang yang perihatin, orang yang baik, selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap memilih lelaki. Cuma mustika x tahu anda da kahwin ke belum..jadi kalau anda belum married..beruntunglah lelaki yang akan berjaya mencuri hatimu. Tahnah dan terima kasih banyak.

hihihi... tersengih-sengih eyes2eyes bace komen balas mustika ni hah~
-eyes2eyes blom kawen ag. stakat merancang tu, ade lar. doakan kami ye =)

Jodoh adalah ketentuanNya, ia kadang2 diluar jangkaan, sebaiknya kita harus menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita dengan hati terbuka, nak salah mak ayah, memang tak boleh maklumlah rata2 sekarang ini 'trend cari sendiri'

Klau jm dh lama angkat kaki mmg x tahan dgn perangai lelaki begitu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (233) Pendidikan (220) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (108) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger