Followers

Ketahui info ringkas baligh pada lelaki

Hallo Asalamualaikum bersua kembali di dalam catatan mustika.

Sibuk dengan tugasan seketika mustika blog sepi. Mustika memang rindu hendak menegur sapa dan bertanya khabar, selain itu saling bekerjasama menjadi pengikut sebagai aktiviti saling menyokong antara blogger.
Tahukah anda bagaimana hendak mengetahui bila dan apa keadaan lelaki semasa mencapai baligh. Mustika merasa tertarik hendak kongsikan maklumat rinkas yang menarik untuk diketahui ini. Kepada ibubapa yang ada anak lelaki remaja, cuba perhatikan apa yang mustika katakan ini sebagai panduan agar kita lebih tahu tahap pembesaran anak lelaki kita.
Baligh bagi lelaki biasanya bermula lebih lambat daripada peremuan. Lazimnya bermula pada umur antara 12 hingga 13 tahun. Perubahan bentuk badan disebabkan perkembangan otot dan pertumbuhan tubuh. Pertumbuhan bulu pada ketiak dan di luar organ seks akan berlaku juga. Misai dan janggut mula tumbuh. Pembesaran larning juga akan berlaku yang akan menjadikan suara lebih garau dan kasar. Pertambahan ketinggian menjadi lebih pesat hingga mencapai 3 hinnggs 4 inci setahun.


Semoga sihat selalu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Ketahui info ringkas baligh pada lelaki"

  1. www.sampara.com says:
    30 November 2009 2:03 PTG

    Thanks infonya mas, tetap postingan yaa biar rame

Catat Ulasan

Sudilah memberi komen sebagai tanda jejak anda.Semoga ada kebaikan untuk semua.

Related Posts with Thumbnails