Berpijak di Bumi Mekah " Kaabah! di mana letakknya, ingin melihat di depan mata"

Berpijak di Bumi Mekah " Kaabah! di mana letakknya, ingin melihat di depan mata" Part 2

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

 Kapal Terbang Arab Soudi..

Ya Allah, seriously Etuza katakan sangat-sangat bersyukur kepada Allah sebaik mendarat di Jeddah. Transit di Jeddah untuk mendapatkan bas menuju ke Mekah. Alhamdulillah. Semasa sampai di Jeddah kami semua sempurna menunaikan ibadah Wajib Subuh di ruang solat di lapangan terbang Jeddah.

Semasa dalam pemeriksaan, wanita arab bertudung rapi kulit hitam manis, tersenyum melihat Etuza. Dia berbahasa inggeris bertanyakan Etuza dari mana. From Malaysia saya jelaskan. Tapi pertanyaan berlanjutan bila dia nampak nama Etuza dalam pasport lain. Saya bagitau saya beralih agama ke agama Islam. Ya Robb! dia tanya lagi apa perasaan bila masuk agama Islam dan berapa lama dah menganut agama Islam. Etuza layan saja, kan menghormati orang Arab, Etuza bagi tau dah lama tapi tak sure sangat tahun berapa masuk agama Allah ini, sebabnya Etuza masih dalam lingkungan 5 atau 6 tahun kata Etuza. Selepas di periksa scan cap jari. Ok lulus, saya bagi salam dia balas salam. Thank You. Berdebar juga dalam pemeriksaan cap jari, ada yang kata cap jari sukar di kesan oleh mesin maka kena beratur balik ke belakang. Alhamdulillah, Etuza sentiasa berzikir dan berserah sepenuhnya pada Allah. " ya Allah mudahkan urusan kami" Aamin.

Sampai di Jeddah kami sudah berniat dengan lafaz niat " SAHAJA AKU MENGERJAKAN UMRAH DAN BERIHRAM DENGANNYA DAN SEKIRANYA BERLAKU KEUZURAN MAKA HALALLAH BAGIKU " dengan niat ini maka bermulalah pantang larang sepanjang melakukan UMRAH WAJIB. Dalam bas kami semua bertalbiah. Allah hu akbar. Kami datang ya Allah! kami datang ya Allah.

Naik bas panjang..kami seramai 40 dan 1 Mutawif.
Sepanjang perjalanan nampak saujana 
batu pasir dan bukit penuh dengan batu-batuan.

 Alangkah hebatnya Allah ciptakan Bumi Arab Soudi..
Ya Allah, berderai air mata ku kerana terlalu bersyukur dapat
di beri kesempatan melihat berpijak tidur makan minum air zam-zam
di Tanah Suci Mekah Arab Soudi..

Jujur Etuza katakan air mata berderai akhirnya, kerana emosi Etuza terpusat memikirkan sudah nampak aura nabi junjungan kita Muhammad SAW dalam zamannya membina perkembangan empayar Islam di Kota Mekah dan di Madinah serta sekitarnya di Arab Soudi ini. Etuza agak dalam jam 6.00 lebih atau jam 7 lebih kami gerak dari Jeddah ke Mekah dan sampai di Mekah sekitar jam 10 lebih. Setelah sampai di Mekah Etuza curi-curi melihat Kaabah letaknya di mana. Tapi tidak terlihat kerana Baitulharam itu sangat besar dan tinggi. Kaabah berada di tengah Masjid Baitulharam, sebab itu belum dapat melihat. berdebar sekali untuk menunggu bila dapat melihat depan mata Kaabah yang menjadi arah Kiblat umat Islam seluruh Dunia. Subahanallah.

Gambar jemaah Umrah dari 28/11 hingga 09/12/2019 ini berada
di Saei antara Bukit Safwa dan Bukit Marwah.

 Selepas Solat Jumaat, kami lima orang dalam bilik tidak lagi ambil masa berehat tetapi terus sahaja ke Lobi Hotel Royal Safwah sebagaimana yang diarahkan oleh Mutawif Ustaz Kifly. Etuza pastikan tidak terlewat kerana akan menyusahkan jemaah lain. Apapun inilah kita manusia biasa, ada juga berlaku jemaah lambat atas dasar pergi tandas dahulu. Jemaah menunggu dengan sabar kerana sebentar lagi ke Masjidilharam dan langsung berniat tawaf di Kaabah. Debaran masih terasa. Semasa di hotel tingkat 16 no bilik 1610, Etuza meninjau dari jendela. Subahanallah Etuza nampak Kaabah dan ramai sekali jemaah sedang bertawaf tanpa henti. Etuza berzikir tak henti membesarkan Allah.

Baiklah Etuza ringkaskan cerita, Etuza letak gambar-gambar keindahan di bawah hotel tempat kami tinggal Mama dan tiga kawannya berada di bilik tingkat 14 dan nombor bilik mereka 1409.

 Inilah dia keadaan persekitaran bawah hotel dan kawasan ini
adalah kawasan Masjidiharam, di mana melakukan solat di sini
masih dalam lingkungan masjidilharam di Mekah. Semasa kami 
tiba pada 29/11 suasana agak lengang dan cepat ja sampai ke Masjidilharam.

 Bangaunan Hotel sebelah kiri Hotel Safwa, kelihatan jemaah wanita
sedang menuju ke masjid Baitulharam Mekah.

 Masa ini Etuza dan jemaah lain dalam bilik sedang menuju ke Masjidbaitulharam..
Sangat bercahaya..aura keindahan agama Allah terserlah.
Aura Nabi Muhammad sangat ketara dalam ukuhuwa sunnah dia dan 
keindahan Ibadah Solah Wajib terjaga 5 waktu.

Bangunan -bangunan hotel tinggi mencakar langit..Ya Allah
hebatnya kuasaMu..

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. wah syukur kepada Allah, kalau boleh tolong doakan saya berjaya dunia akhirat ya cikgu, err..kalau tak keberatan mohon doakan supaya cita-cita saya menjadi penebar roti canai berjaya =)

    BalasPadam
  2. Tahniah menjadi tetamu Allah
    Semoga beroleh umrah yang mabrur

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...saya turut terasa keindahannya berada disana..tempat yg diimpikan oleh setiap umat islam..ketika ini 2 org abg ipar sedang menunaikan umrah..

    BalasPadam
  4. SubhanaAllah.Indahnya.Tak terungkap dengan kata-kata.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah bertuahnya dapat pergi ke sana. Saya tak tahu lagi bila dapat ke sana.

    BalasPadam
  6. subhanallah indahnya... alhamdulillah semuanya di permudahkan ya ...

    BalasPadam
  7. Subhanallah indahnya . Ya Allah bagilah aku dan seluruh keluargaku peluang untuk ke ana juga satu hari nanti. Cikgu doakan utk Lya jugak cikgu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.