Indahnya Hidup Jika Kita Selalu Positif

Indahnya Hidup Jika Kita Selalu Positif


Anda rakan blogger dan reader semua..
Apa khabar di hari minggu yang ceria
Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya.

Indahnya Hidup Jika Kita Selalu Positif
Blogger kena baca / silent reader kena baca
tazkirah ringan dari Etuza.
Hidup ini sebenarnya sangat indah apabila kita sentiasa berfikiran positif dan selalu memandang ke hadapan dengan merujuk kepada keyakinan kepada kuasa Allah. Kita yakin sebenar2nya kita hidup harus gembira, dengan adanya nafas baru hari ini, esok dan akan datang. Lafazkan kesyukuran dan warnakan hati dan jiwa dengan zikrullah kerana kita selalu melihat keindahan pesona  alam kehidupan di sekeliling kita.

 
gambar anak etuza  di Mesir yang di tengah melihat
 sesuatu dalam agaknya khabar biaya pengajian dari
JabatanPerkhidmatan Awam( JPA )
 kini dalam akaun mereka
Alhamdulillah.
Disinilah nanti lahir sebuah perasaan ya Allah indahnya kehidupan ini, indahnya kehidupan kita yakni hambaNya yang punyai akal mentadbir arah kehidupan kita sendiri.InshaAllah adanya niat yang baik hari ini dalam apa juga urusan pasti kita dalam perlindungan Allah.Sebaliknya jika ada sekecil zarah niat hendak berbuat kejahatan pasti kita terlepas dari rahmatNya.lalu pelbagai anasir kuasa kejahatan merosakkan jiwa kita. Mohon cepat2 agar kita jauh dari sikap membuat kejahatan.
Kadangkala kita harus merencanakan sesuatu dalam kehidupan kita, agar seisi keluarga khasnya anak-anak kita turut merasakan nikmatnya lazatnya sebuah kehidupan yang bersifat sementara ini. Rencana yang kecil pun jika niat kita untuk mencari keredahaan Allah demi untuk menerapkan nilai murni yang tinggi kepada keluarga dan anak-anak pastinya akan besar fadilat atau hikmahnya kepada kita. Semua itu berdasarkan kuatnya iman kita teguhnya keyakinan kita kepada Allah bahawa Dia lah yang menentukan berjaya atau tidak sesuatu yang kita rancang itu.




 Kadangkala ada kedengaran insan di sekeliling kita merungut hal kehidupan mereka. Ada yang menyalahkan diri dan ada yang menyalahkan takdir. Apakah sikap seperti ini harus kita teladani, harus kita biarkan seolah menghukum insan itu dari terus berada dalam takuknya yang merungut atas kehidupan yang sedang dinikmatinya. Alangkah bagusnya jika kita dapat menghampiri saudara kita itu dengan niat yang ikhlas bahawa fikirkan lah satu nikmat yang amat besar fadilatnya, iaitu "BERSYUKURLAH KERANA KITA MASIH HIDUP" kita masih bernafas hari ini. Kita harus ucapkan syukur kepadaNya walau apa keadaan kita.
Kita dikalungkan satu nyawa hari ini dan ini satu bukti kita harus merasa bahagia dan indahnya hidup ini. Bahagianya rasa hidup kita dengan hanya ingat satu perkara iaitu kita ada NYAWA hari ini. Siapa yang beri adalah Allah. Semuanya terzahir rasa bahagia rasa indahnya hidup ini dengan wujudnya sikap positif diri kita.Fikirkan siapa kita untuk menghukum takdir Allah, siapa kita yang harus hukum diri menjatuhnkan diri ke lembah hina dengan membiarkan diri tanpa berusaha, jika ini berlaku gelaplah masa depan kita. Rasa bahagia, rasa nikmat hidup yang sungguh lazat walau sementara ini kita tidak akan nikmati lagi. Mari lah hari ini, jika ada kekurangan, kalau ada kelebihan dalam tabir hidup kita mari pulangkan dan fikirkan bahawa hanya satu sahaja iaitu semuanya apa yang kita ada itu milik sementara dan Dialah yakni Allah yang memberikan kita nyawa dan kesempatan itu. Oleh itu nikmatilah hidup dengan penuh rasa bahagia agar kehidupan kita lebih bahagia di masa-masa akan datang.Wllahualam.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

16 ulasan

Cikgu pernah maklum byk salah ejaan dalam blog kan..so JM nasihatkan..better check semua ejaan yg di gunakan kerana ia menggambarkan kebijaksanaan seorang PENULIS BLOG. Cikgu terima dgn positif ya...baca semulaapa yg di di tulis dan jika ada tersalah taip sila betulkan.

Sbg contoh..READER bukan RIDER..itu 2 maksud yang berbeza..READER merujuk kepada pembaca..RIDER merujuk kepada penunggang...ahaahha...nanti membaca pun x faham apa yg cuba di sampaikan...lelama mereka malas nk baca hihih...teguran di beri kerana JM sayang sama cikgu Etuza tu eheheeh

ejaan bnyk tertinggal huruf tu boleh di terima lagi kalau salah perkataan tu mcm x best je..

Boleh ye Cikgu..jgn lepas ni cikgu bermasam muka ngan JM lak..JM pun bukan perfect..kalau ada yg salah dari JM..jgn malu dan segan utk tegur ye..JM terima dgn hati terbuka

@Jari Manis
asalam JM hahaha ya ya betul..mohon maaf memaang lemah BM ni..alamak it's ok terima dgn hati yang sangat senang teguran JM..bestlah awak JM..syukur dapat kawan blogger macam JM..

Terima kasih ya JM

Ye Setuju dgn paparan dari entri ini. Pokok pangkal nya kita sebagai seorang HAMBA ALLAH..perlu sedar perlu muhasabah diri..apa tujuan Allah ciptakan kita..ujudkan kan di muka bumi in...kita perlu tahu hala tuju dan tujuan seenar hidup..adakah utuk mencari rezeki semata2..mencari hiburan semata2..ingatlah..kita hidup di dunia ini hanya sementara..ia merupakan jambatan kita ke akhirat..beraa byk bekalan yg kita ada utk akhirat..ingatlah besar tanggungjawab kita sbg hamba Allah..jadi marilah kita sentiasa bersyukur kerana masih di beri nyawa dan peluang utk hidup di dunia ini...

ehhh...panjang pulak komen nya..dah boleh up satu entri ni...ahaha...apa2 pun marilah kita muhasabah siri termasuk diri JM sendiri kekadang leka huhhu

@Jari Manis
Subahanllah JM betul setuju..alhamdulillah ya

hidup ni sangat singkat...so buangkan perkara2 negatif yg boleh mengundang berbagai rasa yg tak elok...amik yg positif ja...

setuju paparan etuza...

masih berusaha untuk jadi positif sentiasa..a good read indeed!

Alhamdulillah dapat pembiayaan sepenuhnya dari JPA, tahniah..

Saya sentiasa berfikiran positif, tidak suka sesakkan fikiran dengan perkara2 negatif..

@umi alya
Satu pegangan yang baik dan perlu dicontohi tu UMI

Cigu...

sama lah dengan bunda, kalau tak cek balik 2 3 kali selepas update entri pasti banyak typo nya...

salam perkenalan dan saya suka pengisian blog ini..terima kasih

cuba dan terus mencuba utk berfikiran positif setiap masa :)

alhamdulillah berita yg anak etuza smpikn pastinya melegkan hati kan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger