Di Sebalik Tabir 2018
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
2018 semakin dekat hendak melabuhkan tirai dan panji-panjinya. Pergi tidak akan kembali, kembali dengan daun-daun baru atau helaian baru pada kad haribulan yang bermula Januari, Febuari, Mac dan bulan lain hingga ke December pada tahun baru 2019.
Ramai blogger ( penulis blog ) mengilhamkan kejayaan mereka di blog, menyatakan impian yang belum dicapai dan menerangkan dengan cermat faktor mengapa impian itu belum dapat dicapai. Kemudian mereka menyatakan hasrat untuk mencapai sungguh-sungguh azam mereka di tahun baru ini.
Di sebalik tabir kehidupan Etuza 2018 ini, memang banyak kenangan yang indah telah kami lalui sekeluarga. Banyak sekali, kenangan, pengalaman dan pengetahuan yang Etuza sekeluarga alami dengan takdir dan rahmat ilahi. Antara peristiwa yang sukar di lupakan dan di minda tetap segar dalam ingatan ini ialah :-
* Dapat melancong dalam negara sendiri, ke Terengganu, Pahang dan di Sarawak juga banyak tempat di Sabah.
* Diberi kesempatan bagi Etuza memijak Universiti di Terengganu, UNIMAS Sarawak dan UMS Sabah.
* Sentiasa berusaha menunaikan solat, solat secara sendiri dan solat berjemaah. Jika tidak solat jiwa rasa tidak tenteram.
* Berusaha menaikkan sumber ekonomi, memberi kan sedekah dan berusaha berjimat semampunya.
* Allah kurniakan kenderaan baru untuk digunakan oleh semua orang yang memerlukan bantuan di sekitar keluarga Etuza.
* Berusaha secara berterusan membentuk keluarga yang sentiasa menjaga keharmonian dan kebahagiaan.
Inilah antara perkara yang dapat Etuza kongsikan kepada anda tentang kehidupan Etuza dan keluarga pada tahun 2018. Tahun 2018 banyak memberikan kebahagiaan kepada Etuza kerana secara ringkasnya banyak kejayaan yang keluarga Etuza alami atas izin dan rahmat Allah. Untuk tahun 2019 marilah berdoa semoga azam kita nanti Allah kabulkan. Paling mudah yang pelajar ambil SPM 2019 memang berazam hendak lulus peperiksaan SPM nanti. Itulah dia antara hasrat pelajar menjelang 2019.
8 Ulasan
semoga 2019 membawa bahagia kepada kita semua..
BalasPadamalhamdulillah..banyak kenangan manis yg tercatat dalam dairi 2018 cikgu..
BalasPadamAlhamdulillah...semoga kebahagiaan itu berterusan untuk tahun2 yang akan datang
BalasPadamSemoga 2019 menjadi tahun yang lebih baik berbanding 2018 dan kita semua diberikan kebahagiaan.
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga semua impian kita bakal menjadi kenyataan. Happy New Year 2019!
BalasPadamsemoga sentiasa bahagia di samping keluarga :)
BalasPadaminsya-Allah cikgu, terima kasih sebab bagi hadiah.. =)
BalasPadamSemoga cikgu dan keluarga terus dilimpahkan rahmat dan sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT.. :D
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.