Bentuklah Jiwa Anak Biar Dari Rebung ( KR 1 - Selesai )

     "Genarasiku Genarasi Kita Genarasi Alaf Baru Zaman Baru semuanya anak Kelahiran di Malaysia.Mari mendidik anak biar dari rebungnya...pandai-pandailah  agar genarasi kita mampu mengolah kehidupan mereka selepas zaman kita".

     Zaman sekarang kita didedahkan dengan  pelbagai alat teknologi baru yang bukan hanya orang dewasa yang menggunakannnya tetapi juga kini digunakan oleh kanak - kanak sebagai keperluan dan keselamatan. Maknanya zaman ini kanak - kanak atau dalam erti kata lain genarasi kita lebih terdedah awal pada alat canggih itu kemudian berbagai andaian boleh kita tafsirkan akibat dari kuasa alat teknologi canggih masa kini. Apakah alat canggih tersebut menurut Etuza!.Antaranya ini...

 Telefon Bimbit 

Sedar atau tidak sebenarnya telefon yang berbagai brand masa sekarang amat digemari oleh ibubapa untuk diberi kepada kanak -kanak yang terlalu muda usianya. Ada yang mengatakan sebagai langkah bijak ( Bijak kah! ) agar kanak-kanak itu lebih terdedah awal dengan dunia teknologi canggih zaman sekarang. Cuba kita fikirkan baik buruknya dan simpan jawapan anda dalam kalbu anda. 

Infor Penting : Dahulu tiada apa pun yang kita gunakan untuk mendapatkan informasi akibat kuno nya zaman dahulu. Era pertengahan ke arah kemodenan hidup, hanya buku teks menjadi peneman untuk belajar dan menggunakan api lilin menerangi sedikit ruang untuk mentelaah pelajaran dikala malam. Alhamdulillah kakak Etuza berjaya menjadi Jururawat yang pertama di Desa Etuza. Kakak sudah jadi Jururawat maka Etuza pula berazam hendak kotakan impian hendak jadi Guru masa itu.Bukan main tinggi juga cita-cita tu.

Kesimpulannya masa dahulu dan sekarang amat jauh bezanya. Boleh dikatakan segala informasi ilmu pengetahuan tikc ja di HUJUNG JARI, betul kan. Apa kita mahu dapat.Sungguh hebat kuasa teknologi canggih masa kini. Ialah zaman ICT tetapi bagaimana keadaan akhlak remaja? Satu pertanyaan yang kita mampu berfikir sejenak...fikirkan..kemudian buat tindakan sewajarnya kepada genarasi kita.

Kongsikan gambar2 yang Etuza dapat dari watsupp

1`. Anak buah dari Sandakan anak adik Etuza bernama Bella
Nama anak Bella : Azzah
Genarasi kami, Didiklah biar dari rebung ya Bella
Cutenya Azzah bertudung senyum pula tu kan Azzah!


Gambar 2: Anak adik Etuza yang bernama Zainab & Ime
Nama anak adik Zainab : Via 
Nama anak adik Ime  : Madiha
Cute kan...Kena didik biar dari rebungnya..


Gambar 3: Anak Etuza yang ke 5
Nama : Afif..semoga berjaya dalam hidupnya 
Tahun ini bakal hadapi PT3 
mohon doa dari teman bloggers semua.
Terima kasih.


Gambar 4 : Ini semua 4 muka tu anak kakak Etuza.
Nama kakak Etuza : Aminah ( Seorang Jururawat )
Nama Anak: Azizi, Sakinah, Iyan dan Ayisah
Alhamdulillah kiranya kakak berjaya mendidik anak 
Dah berjaya menjadi Jururawat yang bernama Sakinah
dan  Iyan ambil jurusan Fisioterafi sedang kursus
sekarang ini. Moga berjaya pada anak buah Iyan.


    Zaman sekarang keperluan mendidik anak amat kita tuntut. Percaya lah bahawa dengan ilmu yang ada ditambah lagi dengan pegangan agama yang kukuh anda boleh menakluk Dunia. Anda boleh terukai dengan izin Allah apa juga ilmu di dunia. Maksud Etuza kita akan dapat jalani kehidupan dengan penuh aman dan damai, rezeki anda mencurah dengan ilmu yang ada pada anda, kerana anda bijak mengaplikasikan ilmu yang ada. Dengan rezeki anda boleh bersedekah, boleh tunaikan hajat merantau serata dunia serta boleh menunaikan tanggungjawab kepada ibubapa dan akhirnya anda boleh pergi ke Mekah tunaikan Umrah atau Haji.InshaAllah alhamdulillah. Marilah mendidik anak biar dari rebungnya.Pasti boleh kita lakukan.

Sudah baca kah perasaan hati BLOGGER..klik SINI.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Wajah anak2 syurga. Moga membesar menjadi kebanggaan ibu bapa. Selamat maju jaya utk anakanda Etuza, Afif yg bakal tempuhi PT3 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doa Farah tu ya..kejayaan akan mengiringi bagi insan yang rajin berusaha

      Padam
  2. salam abg etuza. terima kasih atas perkongsian. comel2 semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih banyak2 JM ..kanak-kanak memang begitu kan bersih dari calit noda..ibubapa lah yang mencorakkannya

      Padam
  3. Dulu saya impikan dapat anak 5 orang. Tapi takdir Tuhan, cuma dapat 2 orang plus 1 anak angkat.

    Rupanya Tuhan tahu, 3 orang anak ini pun jenuh juga nak jaga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur IM ada juriat..menjaga anak ni kuat cabaran ujian ..ibubapa kena betul menjaga anak2

      Padam
  4. masya Allah..comel2 semua anak2 buah cikgu Etuza ya..semoga menjadi insan yg berjaya didunia dan disana..

    BalasPadam
  5. Zaman sekarang informasi dihujung jari. Zaman sekarang juga masalah sosial semakin berleluasa...

    Mudah mudahan anak2 kita jauh dari sikap negatif..amin

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang sangat terkesan pada ambe.
    Terbaik abang. Insyaa Allah ambe juga akan lakukan perkara yang sama.
    Selagi ambe mampu membuka mata.

    BalasPadam
  7. Semua cantik dan comel..alhamdulillah jika kita sebagai ibubapa tahu bagaiman cara nak mencorakkan anak2 pasti anak2 takkan mudah terpengaruh ..semoga anak2 kita menjadi insan cmerlang gemilang terbilng di dunia dan akhirat..aamin aamin

    BalasPadam
  8. Teknologi kekadang memberi kesan buruk buat anak-anak, kita kena singkap kembali sejarah kita tanpa teknologi pun boleh berjaya...

    BalasPadam
  9. masih releven pepatah melayu ni :Melentur buluh biarlah dari rebungnya.... Berjaya2 semua mereka ini.. All the best untuk anak cikgu yg akan menghadapi PT3.. InshaaAllah berjaya mcm cikgu..

    BalasPadam
  10. comel2 semuanya..

    semoga anak cikgu cemerlang dalam PT3 nya.. aaaminnn

    BalasPadam
  11. ibu bapa harus main peranan besar dalam pembentukan akhlak anak-anak. Tambahan sekarang semua maklumat mudah diperolehi. Anak harapan keluarga, agama, dan negara

    BalasPadam
  12. alhamdulillah. semoga mereka semua membesar menjadi anak2 berguna dan mampu mendidik keluarga mereka juga satu hari nanti

    BalasPadam
  13. Cabaran mendidik anak berbeza antara satu sama lain..

    BalasPadam
  14. besar pengorbanan dan agak berat tanggungjawab mendidik anak2 agar berjaya. Tahniah kpd cikgu kerana berjaya mendidik anak2 berjaya skrg

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.