Cangkuk Bunga Kertas Berbagai Jenis

Cangkuk Bunga Kertas Berbagai Jenis
Inilah gambar cangkuk batang bunga kertas.

Bunga kertas adalah sejenis bunga jenis kayu yang berduri. Sangat banyak jenis dari segi corak daun, corak bunga, berwarna-warni dengan serlahan yang sangat menarik sekali. 

Bunga kertas boleh ditanam dengan berbagai cara, antaraknya menggunakan cara bangkuk pada batang bunga kertas. Cangkuk dengan kopek satu cm pada bukaan kulit pada batang dan letak segumpal tanah basah di sekeliling batang dan bungkut menggunakan plastik cerah. Pada bungkusan plastik ikat pada atas dan bawah bungkusan plastik seperti dalam gambar. Masa batang bunga kertas dicangkuk memakan masa lebih kurang seminggu atau dua minggu akan keluar akar berwarna putih halus. Tunggu akar menjadi matang seperti agak kekuningan dan akar semakin serabut baru di kerat dan tanam ke dalam bayung yang sesuai. ( Lihat gambar kedua )

Inilah hasil tanaman cara cangkuk pada batang bunga kertas..
terus besartinggi dan mengeluarkan bunga yang rimbun..

Cara lain membenihkan bunga kertas ialah dengan cara keratan batang dengan tanam terus ke tanah atau ke bayung berisi tanah. Cara mudah juga dengan tanaman menggunakan pucuk muda bunga kertas pilihan anda. Cara paling hebat ialah dengan mengorek batang pokok bunga kertas bersama akar sekali. Pindahkan ke pasu yang anda pilih. Pasti bunga kertas tumbuh dengan banyak cabang. Ketika ini lah anda boleh menggunakan pembenihan baru bunga kertas dengan cara cantuman pucuk lain ke pucuk ranting baru. ( cara kawin ) Inilah pelbagai cara menanam bunga kertas yang mengujakan kita.

Menarik atau tidak cara menanam bunga kertas, terserah pada individu yang gemar melakukan hobi ini. Etuza kini selalunya masa senggang menghabiskan masa dengan mencangkuk batang bunga kertas. Memang menyeronokkan kerana cara tanaman ini amat di gemari di daerah Etuza. Selain itu hobi ini berbaloi kerana bunga kertas yang hidup tumbuh akan menjadi pilihan penggemar bunga kertas untuk di beli. Anda minat cubalah hari ini cara mencangkuk bunga kertas. namun awas bunga kertas berduri. Harus hati-hati dan sabar.
gambar bunga kertas yang unik cantik dan menarik
perhatian penggemar bunga kertas..

Antara nama bunga kertas yang di gunakan oleh
penggemar bunga kertas..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. dulu tiap rumah mesti ada bunga kertas.. skg nk jumpa pun kat kg Unie ni.. cara nk tanama pun mudah je sebnrnya tpi mlas tu lebih berkuasa..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak berapa banyak jenis sekarang berbagai2 tak terkira tu

      Padam
  2. Cara cangkuk ni istilahnya ialah tut atau markot.
    Intik mendapatkan dahan yang pelbagai jenis pada sayu pokok boleh gunakan cara cantuman baji.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.