29 Dec 2018 Ada Apa Di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah

29 Dec 2018 Ada Apa Di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah

Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua.

29 Dec 2018 hari Sabtu hari ini di Padang Merdeka Bandar Kota Kinabalu, ada apa di Padang Merdeka Kota Kinabalu, terpampang banner sana-sini menarik perhatian ramai orang. Majlis Rumah Terbuka bermula 10.00 pagi hingga 11.30 malam dan DI JEMPUT HADIR SEMUA. Inilah antara keterangan banner di tepi jalan Bandaraya Kota Kinabalu. Kami tertarik untuk datang melihat-lihat ada apa di Padang Merdeka hari ini. Pasti ada yang menarik.

Rupanya Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Kristmas   bersama pemimpin yang antaranya ialah Tim. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Sabah Datuk Shafie Afdal. Selain itu diadakan  juga pameran dan jualan sekitar Padang Mereka. Pada masa Etuza datang melihat -lihat acara  kelihatan sedang berlangsung  peragaan pakaian beragam kategori kanak-kanak di atas pentas yang akan digunakan sepenuhnya malam ini. Menurut sumber lain ada juga jamuan makan terbuka pada sebelah malamnya nanti. 

Anak Etuza ada mengambil beberapa gambar kenangan kami di Padang Merdeka Kota Kinabalu hari ini. Mari kita saksikan. 


Astaka Padang Merdeka Bandaraya Kota Kinabalu, telah siap di hias

Pintu Gerbang utama masuk ke arah Istana dan Padang Merdeka KK, Sabah

 Banner Majlis Rumah Terbuka Krismas 2018

Melukis dan mewarna batik turut di sajikan di Padang Merdeka

Antara beberapa kraftangan etnik Sabah. Ada BARAIT berbentuk sikutan

 Keychain boleh tulis nama sendiri lalu di sembur varnis

 Siap dua keychan Etuza dan Alya..cantik pula nampak

Sedang pilih mana satu kepingan kayu nak di lakar depan belakang

Pelukis berbakat di Padang Merdeka..ni Etuza nak cuba, berapa dia minta bayar ja..


Siap lah lukisan wajah Etuza dalam konsep KARTUN. Tak berapa pasti sama atau tidak tu. Apapun kini dalam tangan Etuza untuk menjadi kenangan Etuza. Terima kasih Azmi yang sudi menyumbang jasa bakti untuk melukis potret Etuza. Kata saudara Azmi, jenis lukisan ada berbagai jenis, ada lukisan berkonsepkan kartun, lalu Etuza pilih konsep kartun. Konsep lain ialah lukisan halus bak wajah sebenar yang di lukis.

Insan bernama manusia ni sebaik-baik makhluk Allah, apabila di gilap kemahiran yang ada, pasti akan memperolehi kejayaan dan membawa rezeki hasil usahanya yang halal. Apapun asalkan di jalan yang halal pasti sentiasa ada rezeki yang mengiringinya. Kepada saudara di luar sana, cari lah rezeki di jalan yang benar. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan. Salam hormat.

Imej Kartun Etuza hari ini..Kenangan hari ini.Gambar sekadar hiasan blog.
Top Pengkomen Unggul YEASLMN - Tahniah

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Nda sudah teturun pi KK. Sana sini jemputan urg kawen

    BalasPadam
  2. cantik lukisan tu cikgu.. adalah iras cikgu sikit sikit

    BalasPadam
  3. benar makhluk ciptaan Allah ni masing masing diberi kan Allah kelbihan nya masing masing

    BalasPadam
  4. Rumah terbuka krismas. ..Mesti meriah kan cikgu. .

    Lukisan tu pon cantik. .Ada jugak iras-iras cikgu

    BalasPadam
  5. Cantik2nya kraf yg dijual,sangat kreatif dia org menarik perhatian pelanggan

    BalasPadam
  6. Wah ade Timb. Perdana Menteri dtg ya. Cantik keychain dan kraftangan tu. Gambar lukisan Cikgu Etuza pun oklah ade iras2. Hihi. Ehh, tiba2 ada link blog Yeaslmn bawah sekali. Hehe tq cikgu

    BalasPadam
  7. Cantik lukisan tu Cikgu.Boleh di frame kan..

    BalasPadam
  8. Wahh.. terbaik lukisan tu. Mmg unik, kreatif dan hensem :)

    BalasPadam
  9. menarik.. maga ada rezeki untuk datang ke kk lagi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.