Menjadi Tua Itu Pasti
Salam kepada blogger Malaysia, salam kepada semua rakyat Malaysia semoga teruk kekal dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
"Menjadi tua itu pasti. Tetapi menjalani hidup yang sihat itu satu pilihan". Dipetik dari sumber tulisan Br Adi Hashman bukunya bertajuk " Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit".
Menjadi tua itu adalah perkara yang tidak dapayt dielakkan., tetapi kualiti fizikal hidup kita apabila usia senja adalah hasil yangkita semai di sepanjang perjalanan hidup kita.
Dalam tulisan Dr Adi Hashman, mengajak kita semua termasuk dirinya iaitu, bercita-cita menyongsong hari tua kita dengan kesihatan, keadaan fizikal serta mental seoptimum yang mungkin. Semuanya adalah hasil pelaburan yang kita tanam selagi kita masih muda. Dan katanya INGAT SELALU PESANAN RASULULLAH .
" Sebaik-baik manusia adalah yang berumur panjang dan paling banyak bermanfaat kepada orang lain"
Menjadi tua itu pasti, dengan izin Allah. Teringat Etuza pada seorang teman berbual ketika Etuza ziarah teman ini di rumahnya. Katanya serius.
"Apabila, rambut mulai beruban putih, gigi ada yang sakit dan dicabut, misai menjadi putih satu persatu, rasa lemah badan dan mulai kabur penglihatan dan sebagainya yang dialami, itu TANDANYA kita sudah beransur tua dan berusia, tiada orang yang semakin tua semakin kuat" Kata-katanya ini masih dalam ingatan Etuza hingga kini. Kerana apa yang teman Etuza katakan itu, sedang Etuza alami sendiri. Subanahanllah.
Hadapi hidup ini dengan sentiasa BERSYUKUR dengan apa
sahaja nikmat yang Allah kurniakan. Etuza.
Usah rasa kesal pada apa yang kurang kita terima, tetapi bermuhasabah diri, dan bersangka baik. InshaAllah. Hari tua itu pasti, tetapi hadapi dengan tenang dan tabah. Penuhi dada dengan ilmu akhirat dengan sujud, zikir dan mengingati Allah. Kekal kan emosi yang tidak tertekan dan hindari dari berbuat dosa dari segi perkataan lisan dan perbuatan.
15 Ulasan
Gambar terbaru Etuza 10/10/2021
BalasPadamsihat dlm usia tua Alhamdulillah
BalasPadamSemoga sentiasa sihat ya,..aammin
Padamtapi cikgu tetap nampak muda
BalasPadamSyukur alhamdulillah..Kesuhatan itu Allah yang berikan..kita jaga diri dan melakukan aktiviti sihat ya
Padamsemakin tua semakin bijak, insyaallah :)
BalasPadamSubahanallah..perbanyakkan ibadah ..
PadamUmur panjang dan dengan umur itu bawa kita ke syurgaNYA. Aamiin.
BalasPadamAamiin ya Rabbal alamin
PadamSemakin berusia semakin berisi. Semoga kita semua dirahmati, dunia & akhirat
BalasPadamSubahanallah aamiin
PadamTidak nampak tuapun Cikgu, awet muda gitu
BalasPadamSubahanallah ..sudah berusia ya Umialya
PadamTtp encem ba....😂👍👍👍
BalasPadamSiapa agaknya ni..terima kasih
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.