Happy Mom Day Untuk Mama
Asalamualaiku Semua
Jumaat hari ini 15 Dis 2017, sinar mentari bersinar cerah dan di tempat Etuza memang selalunya sunyi sepi, hanya kedengaran kicau burung dan terasa sejuk membaluti tubuh di pagi hari. Hahaha bersastra lah pula Etuza. Tapi hari ini mama dapat bonus ada ucapan HAPPY MOM DAY dari anak di rantau. Senyum lebar mama melihat imej dia.
Hari ini anak dari jauh khabarkan hendak balik Keningau, katanya hendak balik nak jumpa kakak yang baru balik dari Mesir tempoh hari. Rindu semua katanya, nak makan masakan mama, rindu sekali makan masakan mama. Siap whatsupp kiriman gambar-gambar kami ketika kami datang melawatnya di Universiti Malaysia Sabah. Masa ini Etuza bawa mereka makan di satu kedai makan di Kompleks Terbesar di Karamunsing Kota Kinabalu. Kawan anak Etuza ikut sekali. Ha tidak sah jika dia tidak ambil gambar selfi, jadilah gambar kenangan ini, abadikan pula di blog.
Happy mom day..
Ha suka sekali nak ambil gambar ayah dan mama guna VIVO dia..
Adoi dengan ayah lah pula...trade mark ibu jari
TERBAIK anak tersayang ..
Gambar bersama kawan sebelah dan mama..
Lepas tu bayar bil makan dan balik semula ke UMS.
Bahagia lah dia kena lawat kan..
KLIK Gambar Berbicara ( Al Quraan Qalam Allah )
Kepada mama tersayang hari-harai HAPPY MOM DAY buatmu.
4 Ulasan
Pasti anak manja ni, 😀😀😀
BalasPadamSemoga keluarga bang terus bahagia...
BalasPadamComelnya anak cikgu,..rindu masakan mamanya :)
BalasPadamsemoga panjang umur dan murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik !!!
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.