Bersalamanlah Selepas Solat Jemaah Jumaat

Tazkirah Hari Jumaat Penghulu Segala Hari..

Assalamualaikum semua...
* Etuza solat Jumaat hari ini di Surau di Kampung Penagatan Ulu, Keningau
* Khatib ialah Ustaz Rais Justi yang cukup dikenali di Kampung Penagatan Ulu.
* Khatib menekankan konsep kehambaan kepada Allah dan mengharap kerahmatan Allah.
Gambar Masjid Di Pekan Ranau Sebelum Rosak 
Akibat Gempa Bumi.
Masjid Besar di Pekan Ranau, Sabah
Kelebihan Hadir Ke Solat Jemaah Jumat Setiap Minggu Tanpa Gagal.

Belum terlambat Etuza hendak lengkapkan hari Jumaat dalam blog Etuza ini. Kerana setiap hari Jumaat blog Etuza wajib meletakkan sekuramg-kurangnya satu entri berkisar hal agama atau apa sahaja yang menjurus kepada ilmu agama Islam khasnya. 

Kali ini lebih kepada tumpuan kehadiran solat Jemaah Jumaat setiap minggu tanpa gagal. Sebagai lelaki wajib hadir atau datang ke mana pun adanya surau atau Masjid harus datang bersolat jemaah Solat Jumaat bersama-sama.Kumaat yang tersirat serta wajib kita ketahui antaranya menurut pengamatan Etuza ialah:-
1. Dapat menunaikan solat Jumaat wajib yang besar fadilat pahala Allah berikan kepada jemaah yang khyusuk solat Jumaat. Sempurna tanpa berkata-kata semasa khutbah Jumaat.
2. Dapat mendengar khutbah yang mempersembahkan tazkirah yang panjang sebagai membersihkan hati, membasahkan hati dan jiwa yang gersang tandus dan kering kerana kosong dengan ilmu agama selama ini.
3. Dapat memusatkan ingatan kepada Allah yang esa, mengharap keampunan dari Allah dan dapat menjadi diri lebih berfikiran rasional agar yakin dengan kehebatan kuasa Allah.
4. Dapat berdoa dengan sesungguh hati, kerana dikatakan bahawa doa semasa solat Jumaat afdal dan diterima Allah.
5. Dapat bersalaman dengan ramai jemaah Solat Jumaat.Dikatakan sekali kita bersalam dengan orang beriman jika Allah takdirkan gugur satu dosa ketika kita bersalaman maka hapuslah satu dosa kita. Subahanallah jika kita bersalaman lebih sepuluh orang jemaah bayangkan ada sepuluh dosa kita dihapuskan oleh Allah yang maha esa. Amat hebat kelebihan Solat Jemaah Jumaat ini. 

Marilah agar kita tidak lupa datang ke Solat Jemaah Jumaat yang wajib  kepada lelaki.




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ASSALAM...JUMAAT PENGHULU HARI...HARI MAKBUL DOA...BERSOLAT JUMAAT DGN KUSYUK MNDNGAR KHATIB BERKHUTBAH ADALAH TERBAIK..

    BalasPadam
  2. Nice sharing ^^ Memang banyak kelebihan :)

    BalasPadam
  3. jadi sekarang ni masjid tu dalam pembaikan ke mcm mana pas gempa bumi hari tu

    BalasPadam
  4. Buat kaum lelaki jangan seseakli tinggalkan solat Jumaat..banyak pahalanya..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.