AGAMA

Tazkirah Ringkas Jumaat : Ketaatan Mendirikan Sembahyang

Imej hasil take photo Etuza, gambar pohon kayu unik
di ambil di Kota Kinabalu, Sabah.
AWARD klik untuk melihat
    Solat atau sembahyang merupakan rukun Islam yang terpenting sekali. Pada Hari Kiamat amalan kita yang mula-mula sekali diperiksa ialah sembahnyang. Kata Nabi.

"Solat yang membezakan kekufuran dengan oeimanan" Nabi SAW. melaporkan yang Allah telah berkata kepada beliau:-

"KemurkaanKu akan menimpa orang yang menaruh sebarang perasaan benci terhadap sahabat - sahabatKu. Mereka yang diberkati dengan kasih sayangKu ialah mereka yang menjalankan setiap perintahKu tanpa ragu - ragu. Orang yang meningkat tinggi pada pandanganKu ialah orang melakukan Nafilah sehingga dia Ku jadikan "kekasihKu". Kemudian jadilah Aku telinganya, dengan mana ia mendengar,matanya,dengan mana ia melihat,tangannya, dengan mana ia memegang dan kakinya, dengan mana ia berjalan ( iaitu pendengarannya, penglihatannya,pemegangannya dan perjalananya sesuai dengan segala perintahKu sehingga ia tidak ingin menggunakan  sebarang anggota badanya untuk mengengkari perintah - perintahKu.)Kalau orang yang begini berdoa, doanya Ku kabulkan dan kalau ia meminta perlindungan, permintaannya Ku tunaikan"

Kesimpulan ringkas yang dapat kita ambil dari kata-kata Allah ini ialah:-
1. Seruan agar benar-benar kita teliti dalam mengerjakan solat sembahyang sebagai rukun Islam yang amat penting.
2. Sembahyang adalah WAJIB yang tidak boleh ditinggalkan.
3. Sembahyang tempat dan waktu yang sesuai untuk kita berdoa, dan bila benar - benar segala jiwa raga kita serahkan pada Allah apa juga doa kita kata Allah akan di tunaikan.
4. Semasa sembahnyang segala organ deria pada tubuh badan kita menjadi kesaksian kepada amalan sembahnyang kita. Maka marilah kita mendirikan solat dengan penuh khyusuk. 

" Sembahyang lah sebelum kita di sembahyangkan" Tunaikan yang wajib baru kita lakukan perkara lain dan keperluan dalam kehidupan ini. ( semoga tazkirah hari Jumaat ini membawa manfaat dan memberi kita keteguhan agar lebih rajin sembahyang kepada Allah yang maha kuasa- Untuk diri yang sentiasa mengharap keampunanMu ya Allah )


Catat Ulasan

0 Ulasan