Kuliah Maghrib Di Masjid Al-Mahabbah

 Kuliah Maghrib  Di Masjid Al-Mahabbah.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Alhamdulilah, program yang ditunggu-tunggu telah pun tiba hari ini 08.02.2020 hari Sabtu malam Ahad, pengisian rohani atau santapan rohani menerusi Kuliah Maghrib atau Ceramah bertajuk "Menjaga Hubungan Dengan Allah Membentuk PeribadiTerbaik menuju Kerahmatan Allah" Ceramah khas disampaikan oleh Tuan Ustaz Haji Mohammad Haziq.

Ustaz Haji Mohammad Haziq, berasal dari Kelantan dan kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau. Sudah 16 tahun berkhidmat sebagai guru agama di daerah Keningau, menjadikan Tuan Haji Haziq sangat dikenali ramai di Keningau, Sabah.

Alangkah bertuahnya kami jemaah yang datang mendengar ceramah yang disampaikan olehnya.


Jemaah yang hadir, alhamdulillah kehadiran ramai..sekitar 80 orang 
jemaah dikalangan jemaah lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak.

Ceramah yang menarik ini, menyentuh tentang cara kita menurut perintah Allah dalam melaksanakan perintah Allah terutamanya ibadah Solat. Menunaikan solat wajib lima waktu sehari semalam, dan menjalani ibadah yang lain sehingga setiap saat terjaga hubungan kita dengan Allah. 

Mempercayai adanya Allah, kerana Dia lah yakni Allah yang menjadikan kita hidup menjalani kehidupan di Dunia yang hanya sekadar persinggahan ini. Allah itu hanya satu, Dia lah Allah yang mentadbir alam ini. Tiada Tuhan lain yang mampu mentadbir Dunia ini kecuali hanya Allah yang maha satu.

Menjaga hubungan dengan Allah termasuk percaya dan beriman  kepada perkara ghaib yakni beriman dan percaya adanya Allah. Beriman dan percaya adanya Malaikat, percaya dan beriman kepada Al-Quran dan mengamalkan ajaran al-quraan, beriman kepada Rasulullah SAW dan percaya kepada hari kiamat, hari akhir zaman. 

Jemaah wanita yang hadir menambah ilmu melalui ceramah hari ini.

Secara kesimpulannya, ceramah ini memperingatkan kita agar perbaiki akidah kita, dengan melakukan serta menjaga hubungan dengan Allah, dengan mengingati Allah lalu buat apa yang Allah suruh, buat apa yang baik, pasti Allah akan merahmati kita. Tuan Haji Haziq menekankan bahawa apabila kita ingat Allah pasti Allah akan  ingat kita dan ini bermaksud Allah sayang dengan kita. 

Selain itu kita dituntut akar memperbaiki akhlak kita dengan sentiasa bersyukur pada semua nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat kehidupan atau rezeki sama ada banyak atau sedikit kita wajib bersyukur atas semua yang kita miliki itu datang dari Allah, allah yang memberikan kita rezeki tanpa Allah kurangkan atau lambatkan. kerana kita bangun dari tidur dipagi hari Allah berikan kita nyaya dan dapat menghirup udara. Dapat menunaikan solat, dapat menikmati makanan dan minuman dengan itu kita perlu bersyukur kepada Allah yang maha esa.

Secara ringkas itulah yang Etuza dapat kongsikan dan apa yang Etuza fahamkan hasil pendengaran Etuza pada ceramah kali ini di Masjib Al-Mahabbah, Keningau Sabah. Kami berharap akan dapat lagi mengadakan majlis murni ini pada masa dan tarikh yang akan kita ketahui. Pasti dengan menjemput pegawai lain untuk berkongsi ilmu di dunia dan di akhirat.

Ikhlas penghargaan dari kami kepada penceramah



Kami jemaah dari Kampung Penagatan, mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Haji Mohammad Haziq, atas kesudian memberi ceramah yang sangat menarik kepada kami semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga di lain hari dan kesempatan dapat lagi bersama-sama. Salam sayang dan jumap lagi di lain penceramah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Memang kita digalakkan memperbaiki akhlak dan menjaga hubungan dengan Allah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...seronok berada dlm majlis ilmu mcm ni...

    BalasPadam
  3. Tajuk pun dah best apalagi pengisisannya. Moga diperbanyakkan lagi majlis2 macam ni terutama untuk anak2 muda

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. semoga sentiasa dikurniai santapan jiwa yg barokah.

    BalasPadam
  5. Terima kasih datang membaca..Semoga teman blogger jg termasuk golongan hambaNya yang berakhlak baik dan taat pada perintahNya

    BalasPadam
  6. ramai yang datang ye, moga banyak lagi aktiviti di lakukan di masjid al mahabbah...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah moga2 ilmu hamg disampaikan memberi 1001 manfaat buat kita. InsyaAllah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.