Sebelum Bertahlul dan selepas bertahlul syarat Umrah Wajib. Part 6

Sebelum Bertahlul dan selepas bertahlul syarat Umrah Wajib. Part 6
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bertemu lagi dalam ruangan blog paparan Etuza. Etuza hanya meletakkan imej atau gambar-gambar kenangan Etuza yang saudara Samsudin kongsikan semasa Etuza menunaikan Umrah pada bermula 28/11 /2019. Terima kasih kepada saudara Samsudin yang rajin mengambil gambar dan ikhlas kongsikan kepada Etuza.

Menariknya gambar ini apabila dua situasi rambut Etuza. Situasi pertama ketika rambut masih tebal di kepala. Dan kelihatan tidak bersongkok, kerana syarat Umrah ialah tidak dibolehkan memakai sebarang pakaian berjahit termasuk kopiah, nampaklah rambut Etuza seperti tidak terurus selepas Saie. 

Secara ringkas susunan syarat Rukun Umrah Wajib ialah:-
1. Kena ada niat ihram Umrah
2. Kena Tawaf Umrah
3. Kena kerjakan Sa'ie
4 Bergunting atau bercukur ( bertahlul ) disunatkan bagi lelaki.
5. Tertib mengerjakan rukun-rukun Umrah ( tersusun )

Alhamdulillah, selesai Umrah Wajib Etuza. Semuanya atas rahmat dan izin dan kesempatan kesihatan yang Allah limpahkan. Syukur alhamdulillah ke atasMu ya Allah yang maha esa.

 Gambar sebaik selesai sa'ie 
Gambar ihsan dari handphone saudara Samsudin.

 Sempat saudara Samsudin mengambil gambar Etuza dan Isteri.
Gigih dan ikhlasnya dia mengambil gambar jemaah Umrah

 Mengusung bagasi ke Hotel Al-Safwah Towers di Mekah

Tunjukkan kad Umrah dari Malaysia yang disediakan oleh
Agen Harmony. Kena pakai kad sebab menjadi identiti diri.
Apa-apa berlaku tunjukkan kad.

 Lautan manusia menunaikan Umrah di Mekah

Ihsan gambar setelah bercukur oleh saudara Samsudin..
kepala berkilat..cukur habis..

 Gambar ini juga gambar ihsan dari saudara Samsudin.Alhamdulillah
cantik gambar ni dia ambil..
 Berada di depan Kaabah..iktikaf menunggu Solat Wajib pardhu bersama 
isteri..
Memakai kot, baju tebal di Madinah, cuaca agak sejuk..
Kena pakai baju tebal. jaket..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah... Seronoknya tengok kawan-kawan yang dah pergi menunaikan Umrah/Haji. Doakan saya juga ye.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Seronoknya menjadi tetamu Allah

    BalasPadam
  3. Illya Leya dan WP alhamdulillah sungguh hebat bila di jemputNya menjadi tetamu. Kita semua boleh dan pasti akan ke sana jua..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.