Tema Maron Di Majlis Hari Raya 2019
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Agak lama admin blog Etuza ini menyepi diri dalam dunia penulisan blog ini. Agak kekok dan malu rasanya apabila baru malam ini timbul di udara maya. Terfikir sejenak apa cerita hendak kongsikan, kerana terlalu lama menyepi membuatkan benar-benar kehilangan mood untuk mencatat menulis di laman Etuza ini.
Untuk kali ini, Etuza kongsikan informasi Majlis Hari Raya di sekolah Etuza yang telah berlangsung mingu akhir Bulan Syawal yang lalu. Etuza memakai Baju Melayu dan lengkap bersamping dan memakai kopia hitam bersalut warna kuning. Agak terkejut sesampai di kawasan sekolah awal pagi hari itu, ramai murid datang meluruh dan mengucapkan ucapan Selamat Hari raya.
Jadi model seketika di depan bunga-bunga kertas peliharaan Etuza
Meriahnya majlis hari raya peringkat sekolah Etuza, semua warga sekolah memakai baju hari raya masing-masing. Majlis di isi dengan beberapa pengisian seperti ucapan dari Guru Besar, ucapan dua orang kakitangan sekolah yang berpindah sekolah di tempat lain, persembahan lagu-lagu hari raya dan akhir seklai ialah acara penyampaian hadiah.
Paling menyeronokkan ialah apabila tibanya acara menjamu selera, sambil mendengarkan lagu- lagu hari raya yang tidak pernah halwa telinga puas mendengarkan lagu hari raya ini.
Sedondon memakai baju raya bertema maron
Gambar kenangan Etuza di majlis hari raya peringkat sekolah
Gambar kennagan bersama rakan setugas
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Gambar paling best apabila bergambar bersama
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Sabah
iaitu En. Masly Wahip
12 Ulasan
lama menunggu post baru cikgu, selamat hari raya cikgu =)
BalasPadamcantik pulak warna maroon ni ya cikgu
BalasPadamCantiknya Cikgu dan mama pakai baju sedondon, purple gitu..
BalasPadamselamat hari raya cikguuu .. walaupun dah masuk zulqaedah
BalasPadamselamat hari raya cikgu walaupun dh lepas raya heheheh
BalasPadamIni bakal menjadi kenangan terutama bila Cikgu dah bersara nantikan.Allahu.Gambar-gambar ini pengubat rindu Cikgu pada suasana sekolah dan mengajar.
BalasPadamsalam raya
BalasPadamSegaj cikgu berbaju melayu. .
BalasPadamMeriah juga sambutan hari raya di sekolah Etuza.
BalasPadamWahh smart cikgu Etuza berbaju melayu warna maron.. alhamdulillah, hari raya merapatkan lagi tali persaudaraan, kekeluargaan dan juga ukhwah perkenalan dal suasana penuh keceriaan.
BalasPadamYe laaa laam betul menyepi..kalau dulu hari2 ada entri baru
BalasPadamZumal pun dah lama tak singgah blog cikgu. Semoga terus sukses berblog
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.