Pemeriksaan Mengejut Tahap Disiplin Murid Hari Ini
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Hari ini ada kesempatan updatedkan paparan cerita di blog ini. Alhamdulillah dan syukur kepadaNya kerana memberikan peluang untuk mencatat memori pada hari ini, di mana Etuza fikirkan ada manfaat dan pengajaran tentang program disiplin murid di sekolah.
Pihak lembaga Disiplin Murid di bawah unit Hal Ehwal Murid telah membuat pemeriksaan mengejut ( sport cek ) tentang berbagai perkara yang melibatkan disiplin murid, seperti pemeriksaan kebersihan kuku,masalah rambut, tanda nama dan lencana serta memeriksa keadaan pakaian. Semua guru kelas diarahkan agar membuat pemeriksaan ini di Dewan Terbuka SK. Penagatan, Keningau.
Setelah pemeriksaan mengejut dilakukan nampaknya ramai murid dalam keadaan tidak betul dari segi keadaan rambut dan kebersihan kuku selain terdapat beberapa murid yang gagal tunjukkan lencana sekolah dan tidak memakai nama. Rupanya ramai murid tanpa disedari panjang rambut dan digunting rambut dengan cara yang salah.
Inilah kesempatan pihak lembaga disiplim murid memberikan nasihat, teguran dan amaran kepada murid yang sahsiahnya kurang menepati peraturan sekolah. Diharapkan agar murid yang ditegur itu akan berubah dan memperbaiki disiplin diri, dengan menjaga kebersihan , menjaga tingkah laku atau disiplin agar lebih maju ke hadapan suatu masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada lembaga HEM yang berjaya mengadakan program yang baik ini.
15 Ulasan
wow ada spotcheck. Dulu cuak juga zaman sekolah kalau ada spotcheck ni. Hehe
BalasPadamini lah benda yg paling ditakuti time perhimpunan hehehe...
BalasPadamkalau utk perempuan, kelabuhan tudung, baju nipis atau tebal, kuku klu panjang kene ketuk ngn pembaris... pastu sapa2 yg kain nya nipis atau tak pakai kain dlm... kene pakai kain batik hehehhe...
blogwalking.
BalasPadamMoga sihat.
BalasPadamlama tidak ke mari
BalasPadamPelajar semuanya patuh dan dengar arahan guru.
BalasPadamSekarang ramai murid lelaki yang potong rambut berfesyen2
BalasPadamPemeriksaan mengejut ni menampakkan pelbagai reaksikan Cikgu..
BalasPadamkalau spotcheck, selalunya rambut la yg ramai kantoi.. hehehe
BalasPadamsalam ramadhan..
SALAM RAMADAN CIKGU ETUZA
BalasPadamBagus ni supaya pelajar sentiasa patuhi undang-undang sekolah
BalasPadamMasa sekolah dulu bila time spotcheck je mula la rasa gelabah. Padahal bukan ada buat apa salah pun hahah
BalasPadamAs-salam cikgu etuza. Mau kena rotan tu kalau ada yang degil.
BalasPadambenda yang memg student takot, spot check..haha
BalasPadamteringat pulak kenangan zaman sekolah dulu ..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.