Majlis Perpisahan Dengan Guru Pelatih IPGM Kampus Keningau.

Majlis Perpisahan Dengan Guru Pelatih IPGM Kampus Keningau.

Majlis Perpisahan Dengan Guru Pelatih IPGM Kampus Keningau.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Hello! Apa khabar anda yang sering datang melihat entry di laman Etuza ini. Harap semuanya sihat dan ceria. Baiklah terus kepada cerita atau peristiwa hari ini sekitar jam 10.40 pagi di sekolah Etuza di adakan Majlis Perpisahan Dengan Guru Pelatih dari IPGM Kampus Keningau secara ringkas sahaja. Di adakan di bilik guru sahaja.

Inilah yang sering berlaku di sekolah Etuza atau di Jabatan Kerajaan lain. Di mana ada pelapis baru yang datang latihan di setiap jabatan atau organisasi, sebaik selesai tempoh latihan pasti akan diadakan Majlis Perpisahan. Begitulah di sekolah Etuza, dan kali ini tiga orang guru pelatih ini datang latihan intensif selama sebulan di sekolah Etuza. Masa mereka mengajar masuk kelas hanya ada tiga waktu sahaja dan mengikut opsyen masing-masing. Guru pelatih tersebut ialah Jason, Veronica dan Prisca Jasinta.  

Guru Besar memberikan ucapan dan paling penting ada ucapan
terima kasih kepada mereka bertiga.

Dalam ucapan Guru Besar, mewakili semua guru, ialah ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas usaha membantu sekolah dalam banyak perkara yang melibatkan berbagai program walaupun hanya sebulan sahaja latihan diberikan. Pastinya telah meringankan tugas beberapa orang guru dalam membentuk sahsiah dan disiplin murid di sekolah ini. Syabas dan tahniah kepada mereka semua kerana berjaya menjalani tugas yang diamanahkan oleh pihak IPGM Keningau. Guru besar tidak lupa agar guru pelatih selama berada di bilik guru, apa juga karenah guru-guru dan situasi yang mungkin tidak baik di sekolah mohon lupakan dan hanya mengambil perkara yang baik-baik untuk panduan di masa akan datang.

 Guru Besar menerima hadiah berbentuk Panden dari Guru Pelatih

Dalam ucapan wakil guru pelatih yang disampaikan oleh Cik Veronica, mereka bertiga amat berbesar hati di arah untuk bertugas atau latihan intensif sebulan di sekolah ini. Semua guru-guru sangat kometted dalam tugas dan ringan tulang untuk membantu mereka mendapatkan dokumen kajian dan sentiasa memberikan kerjasama.

Salah dan silap serta kekurangan mereka, mohon di maafkan dan mereka akan meneruskan latihan lagi di IPGM Kampus Keningau hingga bulam Mei 2019. Mereka mohon doa agar mereka beroleh kejayaan dan akan menjawat tugas sebagai Pegawai Penolong Pendidikan di mana juga mereka di postingkan. Akhir sekali marilah lihat gambar-gambar kenangan kami yang sempat bergambar dengan bakal guru muda ini.

Bergambar bersama Etuza di bilik Pusat Sumber Sekolah

Jason, Veronica, Prisca Jasinta, Mama dan 
Cikgu Moita ( Guru Pemulihan Khas )

Cikgu Jason memang guru lelaki muda yang kelihatan berstyle
kemas dan amat berbudi bahasa..Teringat pula Etuza masa muda dahulu..

Ini dia guru muda belia tersenyum manis..Happynya semakin dekat 
nak genggam Ijazah Pendidikan..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

semoga sukses terus cikgu2 muda itu

salam kenalan dari oohsenyum.com

maaf tak comment pasal entri awak.

sebenarnya saya datang sini nak ajak awak....jom tukar suka sama suka link, kalau sudi sila comment di blog saya ye di

https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

Nanti saya add ke bloglist oohsenyum.com secepat mungkin!

Moga dipermudahkan urusan mendidik anak bangsa.

Masa abis praktikum dulu x ada pun majlis mcm ni. Huhuhu. Tp kami berenam celebrate di Bangsar Food Court, KL.

Semoga mereka semua terus berjaya dlm mendidik lebih ramai anak bangsa utk menjadi insan2 berilmu, tokoh dan pemimpin masa hadapan negara... aamiin.

Artikel terima kasih buat Cikgu Etuza. Semoga ukhwah sentiasa diberkati.. aamiin :)
https://khirkhalid.com/2019/02/aspirasi-keusahawanan-dan-penghargaan-rakan-blogger/

Semoga mereka berjaya menjadi guru yang cemerlang.

Tahniah buat bakal pendidik

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (524) Agama (500) Ucapan (488) Berita (421) Dunia Blog (380) Doa (363) Promosi. (362) Info Lelaki (341) Tips Blog (291) Pengalaman (287) Anak (281) Pendidikan (272) Nasihat (242) Kasih sayang (238) Pelancongan (217) Berita Keningau (212) Rasa Bahagia (203) Hadiah (182) Alam Semulajadi (180) Gambar (159) Keluarga (140) Sejarah (132) Ekonomi (130) Segmen (124) Blog (110) kesihatan (91) Percutian (79) Tentang lelaki (76) Bunga (66) Cinta (59) Isu Semasa (59) Motivasi (58) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Makanan (52) Budaya (51) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (38) Haiwan (36) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Sajak (31) Perkahwinan (30) Kucing (29) Sekolah (28) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (18) Restoran (15) Iklan (14) Tazkirah (12) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Kuiz (6) Masjid (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Hari Raya (4) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger